Dr Asri, Dato' Mohamed Khusrin, Dato' Seri Najib
Hari ini berita panas masih lagi tentang kes penangkapan Dr Asri. Namun tumpuan hari ini lebih tertumpu kepada JAIS, Jabatan Agama Islam Selangor. Ramai yang mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh JAIS terhadap Dr Asri, termasuk juga Perdana Menteri sendiri.
Tajuk Akhbar berita KOSMO lebih menarik dan sensasi, SELANGOR BERCELARU, akibat kes penangkapan Dr Asri, wah dalam masa sehari sahaja SELANGOR sudah bercelaru. Ini sudah jelas menunjukkan andaian kita dan juga kenyataan YB Saari di entry saya yang lepas bahawa apa yang berlaku hanyalah satu lagi usaha atau 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL' dengan menggunakan JAIS sebagai alat yang paling mudah untuk 'mencelarukan' dan menjatuhkan kerajann PR Selangor.
Mungkin juga terserlah segala tanggapan negatif yang sudah sedia ada terhadap pentadbiran JAIS di bawah Ketua Pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Baca apa yang terkandung dalam laporan berita di SINAR HARIAN:
"Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan malam kelmarin kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Beliau berkata, penahanan itu tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.
Katanya, sebelum ini beberapa cubaan tangkapan terhadap Dr Asri berhubung kesalahan yang sama tetapi sering menemui kegagalan.
“Beberapa cubaan untuk menangkap beliau telah dilakukan tetapi gagal dan cuma sekarang baru berjaya,” katanya.
:Mohammed Khusrin berkata, siasatan terhadap Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.
Mohamad Khusrin berkata, setakat ini tiada sebarang dakwaan dibuat ke atas Dr Asri manakala tempoh siasatan akan dilanjutkan bagi membolehkan Jais mendapatkan bukti."
Apa ertinya atau maksudnya dari berita dan kenyataan di atas,
1. tiada pertuduhan dibuat keatasnya, apatah lagi tentang tuduhan menyebarkan fahaman Wahabi seperti yang didakwa-lansung tiada.
2. TANGKAP DULU, kemudian baru siasat. baru buat pertuduhan....sangsi...kita boleh sangsi...begitu susah payah mereka berusaha untuk menangkap Dr Asri, kemudian rupa-rupanya, belum pun ada pertuduhan, baru nak siasat.
sama saja seperti ISA, tangkap...tuduh, kurung, siksa, brainwash dan macam-macam lagi taktik jahat dan kotor untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang individu. JAIS punya kuasa itu itu juga mungkin.
Biarlah itu kerja mereka untuk siasat, buat kerja mereka dengan baik, kemudian kemukakan bukti dan bukan sekadar cakap-cakap, agak-agak apatah lagi reka-reka cerita.
Memandangkan watak Pengarah JAIS sudah muncul dalam cerita besar ini maka ianya membuatkan saya teringat tentang perjalanan SELCAT sesi pertama dahulu, di mana Tuan Pengarah JAIS hilang pertimbangan apabila terpaksa menjawab pelbagai persoalan tentang penyalahgunaan kuasa dan harta dalam isu BALKIS. Dia lansung hilang sabar dan menyoal balik kepada Pengerusi SELCAT YB Teng.."apa masalahnya, saya tidak nampak ada apa-apa masalah', merujuk kepada surat rasmi yang datang dari BALKIS, namun penandatangan surat tersebut bukanlah Pengerusi BALKIS yang sah.
Anda boleh baca di sini. Tajuk yang diberikan oleh berita di Harakahdaily lebih sensasi, JAIS Tidak kesah dengan BALKIS yang diketahui sebagai HARAM....anda boleh baca siri siasatan SELCAT di sini.
Wang zakat sebanyak RM138,771.76 telah dibelanjakan untuk Kompleks Wawasan milik BALKIS, yang didakwa sebagai menempatkan anak-anak bermasalah dari golongan yang susah, namun pegawai yang bekerja di sana mengakui bahawa tidak semuanya dari golongan yang susah. BALKIS berjaya memerah wang yang banyak dari harta yang dikumpulkan dari wang zakat rakyat Selangor.
'DRAMA JAIS dan DR ASRI' ini saya rasa lebih menarik dan boleh mengoncang keyakinan dan kehairanan seseorang.....dengan kenyataan klasik yang keluar dari mulut Perdana Menteri 1 Malaysia.
Najib persoal penahanan Asri
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.
Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, tindakan menahan Mohd. Asri adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat.
"Saya tidak tahu motif penahanan Mohd. Asri yang bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
"Saya tidak tahu apa yang didakwa mengenai fahamannya tetapi banyak lagi penceramah yang memberi ceramah tidak pula ditahan, tetapi Mohd. Asri ditahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Najib mengulas penahanan Mohd. Asri ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang dihadiri kira-kira 100 orang malam tadi.
Perdana Menteri menegaskan, persoalan mengenai motif penahanan Mohd. Asri perlu ditanya kepada kerajaan negeri Selangor.
Apa-apa pun kita yakin pasti ada hikmahnya...paling tidak JAIS yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Agama Islam, memegang amanah rakyat untuk membantu golongan yang susah dan memperkasakan umat Islam dan Islam secara keseluruhannya menjadi tumpuan, Ini adalah peluang yang terbaik untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam JAIS dan MAIS dan segala dakwaan yang dibangkitkan oleh rakyat mengenai institusi ini dapat dibersihkan dengan segera.
2 comments:
Hmm, makin jelas nampaknya tangan ghaib yang dimaksudkan Dr Asri.
Cuma saya terfikir, JAIS memperalat Kushin atau Kushin memperalat JAIS, atau kedua-duanya diperalatkan?
ha..ha..tu yg susah nk jawab tu...
Kerajaan BN, PR Sngor, JAIS, Khusrin..
Kalau Pengarah yg memperalatkan JAIS..hebatla dia..mmg sah dia buat JAIS tu mcm dia punya saja...NAJIB boleh tepuk tangan...
Post a Comment