8 Perkara Mengenai Diri Saya-UMMUASIAH
UMMU Asiah...Asiah di kanan sekali dan Asma' di sebelahnya...rakan baik anak-anak, Wasilah Saari...'the three young activists'
8. Akhir sekali saya pernah juga dipenjarakan semasa mengikuti demonstrasi aman anjuran PROTES..memprotes kenaikan harga barangan pada 26hb Januari 2008. Saya dan kawan2 ditangkap sebelum kami sempat sampai di tempat perhimpunan. Kami hanya dibebaskan dari penjara pada jam 7.10 min malam Isnin 28hb Januari. Dapatlah saya merasakan tinggal di dalam lokap penjara Pudu dan beberapa jam di lokap Mahkamah Jalan Duta. Saya ada menulis mengenai pengalaman saya.....'OPS PADAM 3'
Hari ni saya perlu selesaikan satu tanggungjawab yang telah diberikan oleh silversarina. Kena tulis lapan perkara mengenai diri sendiri...banyak tu boleh buat buku. Nasib baik belum banyak kawan dalam alam bloggers ni...if not jadi 'famous' la jugak...okay...where do i begin...anyway apa-apa pun moga ada kebaikan dan pengajaran yang dapat diberikan maupun diambil mengenai kisah diri sendiri ini.
1. Mulanya, of course, tarikh saya dilahirkan...ha..ini kena pergi cari dalam buku-buku sejarah, bilakah tarikhnya. Saya buat sedikit reference dari buku 'Siri Cendekiawan Islam' '365 HARI DALAM SEJARAH' keluaran Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.
Tahun ini, bila tiba tarikh hari lahir saya, anak saya yang sulong Anas, memberitahu saya.."Ummi, tarikh hari ini ialah hari di mana Hassan Al-Banna syahid..".pada tahun 1948..As-Syahid Hassan Al-Banna, seorang pejuang Islam terkemuka dan pendiri gerakan Ikhwanul Muslimin terkorban dalam keganasan yang dilancarkan oleh Raja Faruq..dipetik dari buku tersebut..."Moga Allah kurniakan juga kepada kita kemuliaan sebagai Syuhada' ".
Pada tarikh ini juga Republik China telah didirikan oleh gerakan penentangan rakyat China yang dipimpin oleh Sun Yat Sen pada tahun 1912.
Dalam negara pula pada tarikh ini seorang pemimpin juga telah dilahirkan iaitulah Tun Hussein Onn(Allahyarham) pada tahun 1922. Perdana Menteri Malaysia yang ke 3.
Bagi tahu la juga...tarikhnya ialah pada 12hb Februari...lambat lagi kalau nak bagi hadiah pun..:)
2. Nama saya???...nak bagi tau ke..ramai blogger pun tak letak nama sebenar, tapi why not kan..ada beberapa kali bila saya beritahu nama kpd teman yang berbangsa Arab, mereka mengatakan maksud nama saya lebih kurang sebagai 'energetic..or..aktif'..ye...ke?..Nama saya Nashita bt Md Noor...selamat berkenalan semua..
3. Saya anak yang ke 5 dari 12 orang adik beradik..i.e 3 orang darinya dari anak ayah dengan isteri yang no 2.
4. Berasal dari Kedah-DUN Pengkalan Kundor. Sekarang tinggal di Gombak.
5. Saya berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Anas(15), Ammar(12), Asma'(9) dan Asiah(7). Tak ada rezeki untuk mempunyai anak yang lebih ramai kerana selama 5 tahun pertama perkahwinan saya mengalami 5 kali keguguran sebelum mendapat anak yang pertama pada 2 hb Oktober, sehari selepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5. Tanda2 sakit nak bersalin mula terasa masa kami berdua keluar makan di JJ sempena menyambut ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah.
Lagi 3 lagi...apa ye....
6. Saya mendapat pendidikan tinggi di University of Wollongong dengan biasiswa PETRONAS dalam bidang perakaunan. Tapi tak terikat untuk bekerja dgn Petronas sebab di tahun saya balik tu mungkin tengah tak de kerja banyak, so di releasekan oleh Petronas. Ada kawan-kawan yang tak kerja dgn Petronas kena la bayar balik loan mereka. Untung juga saya, tapi lagi untung kot if dapat kerja dgn Petronas...Bonus lumayan!!!!...Ke Australia pada tahun 1985 dan balik pada tahun 1991..lama tu..6 tahun. Apa taknya sempat berkahwin di sana pada tahun 1988. Perkahwinan yang diarrange oleh sahabat-sahabat.
7. Sekarang saya tidak bekerja di mana-mana pejabat, pejabat di rumah saja. bekerja ikut masa sendiri. Suami beri peluang untuk saya berkhidmat kepada masyarakat. Alhamdulillah. Dengan kemudahan yang ada seperti kenderaan, komputer, internet, sedikit wang perbelanjaan, dan yang terutamanya masa dan tenaga saya gunakan untuk membantu golongan yang dizalimi. Saya bergerak aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sejak 10 hb April 2001. Tarikh di mana 10 orang tahanan Reformasi ditahan di bawah ISA. Tarikh itulah saya mula mengenal dengan lebih mendalam lagi apa itu ISA (Internal Security Act, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Tahan Tanpa Bicara). Lebih-lebih lagi saya memahami apa kah kezaliman sebenar yang terkandung dan tersembunyi di sebalik akta tersebut.
Gambar ehsan dari blog Jeff Ooi-Lensa Malaysia..All in the Family joined the demo at IOI Mall Puchong 4 Feb 2007Sebelum dari tarikh tersebut saya bergiat aktif dalam aktiviti reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya. Mula dari tarikh tersebut, saya sentiasa mengikuti setiap demonstrasi yang diadakan walaupun ketika itu saya sedang mengandung dalam tempuh 7 bulan atau 8 bulan.
Gambar kenangan di 'centre court' Penjara Pudu..di belakang ada pagar tinggi sebelum memasuki blok penjara..rehat2 sebelum dibawa ke dalam lokap at around 3-5am.8. Akhir sekali saya pernah juga dipenjarakan semasa mengikuti demonstrasi aman anjuran PROTES..memprotes kenaikan harga barangan pada 26hb Januari 2008. Saya dan kawan2 ditangkap sebelum kami sempat sampai di tempat perhimpunan. Kami hanya dibebaskan dari penjara pada jam 7.10 min malam Isnin 28hb Januari. Dapatlah saya merasakan tinggal di dalam lokap penjara Pudu dan beberapa jam di lokap Mahkamah Jalan Duta. Saya ada menulis mengenai pengalaman saya.....'OPS PADAM 3'
Sekian saja kak rina dari saya...nak cerita lagi jadi buku pulak.
5 comments:
1/ Terimakasih sebab sahut tag akak.
2/ Alhamdulillah dapat jugak kenal siapa ummuasiah ...banyak tu.
3/ Sayu dan sebak bila baca penglibatan ummuasiah dalam GMI .
InsyaAllah kita sama-sama berdoa agar segala urusan menegakkan keadilan diteruskan selagi kezaliman tidak ditegakkan.
Ada housemate akak di UIA dari kelantan, kita orang panggil kak pah , dia belajar sama U dengan Ummuasiah dan buat Dip Ed di UIA tahun 88 , mungkin kenal.
Berdiri bulu roma akak baca autobiografi ni...buat buku bagus jugak.
DUN Pengkalan Kundur.. dekat tu.. akak DUN Kubang Pasu!
Kak Rina..actually bagus gak bagi cabaran ni...dapat satu entry 'percuma'..jenuh jugak dok pikiaq beberapa hari tu...betul gak some people kata mcm satu 'burden' or more to a responsibility..lagi tak buat dok teringat.
If tau nama penuh mayb boleh ingat but as of now daya ingatan dah kurang banyak...
cikmilah..
if akak dok di kawasan KL ni InsyaAllah bnyk peluang utk buat kerja and involve dalam kerja2 macam ni.
ooo...akak pun oghang kedah ka..bekas kawasan che det lah ya...saya Batu 3 Tandop..bapa saudara saya ex YB kawasan tu.Bila balik on the 10th of march jenuh dok kena perli n kena kata macam2 oleh mak, ayah, n sedara yang penyokong kuat BN..tapi kena sabaq banyakla..diam saja sejak dari dulu bila kena perli..tak suka nak gaduh2 sesama saudara.
Kak Nash,
Walaupun ur writings macam very cute and more funny, but banyak makna tu... hehhe
By the way, ur birthday sama dengan My MOTHER!!!!!!! hahahahah... patutla boleh ngam! hehhe
So kali ini ada seorang lagi insan untuk saya ucapkan selamat hari lahir!
Yours,
Nalini
Post a Comment