Saturday 28 June 2008

Peringatan melalui peristiwa kematian

Hampir seminggu saya biarkan blog ini tak diupdate...

Peristiwa yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan kami sekeluarga berlaku pada hari Sabtu 21hb Jun 2008.

Hari Sabtu kami pada minggu tersebut bermula dengan acara kami sekeluarga keluar awal pagi untuk mengambil kad laporan 3 orang anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Ammar darjah 6, Asma' darjah 3 dan yang kecil sekali Asiah darjah 1. Rancangan awal ialah untuk singgah minum pagi dulu sebelum ke sekolah. Tetapi dua orang anak perempuan kami memang dah tak sabar lagi untuk ke sekolah untuk menerima kad laporan masing-masing. Untuk dua orang anak perempuan ni, kami tidak lah begitu risau sangat dalam bidang matapelajaran agama atau subjek KBSR. Tetapi untuk abangya memang agak rasa 'lemah' sedikit bila perlu mengambil kad laporan.

Ammar anak kedua...bila menceritakan kisah diri anak saya ini..ramai yang memberi komen ianya adalah 'sindrom anak kedua'...entah ye entah tidak..

Seperti biasa keputusan peperiksaannya adalah tidak bagus....Hari Isnin ini pelajar-pelajar rangkaian sekolah Islam Al-Amin akan menduduki peperiksaan PEKERTI, iaitu peperiksaan subjek Islami..Jadi dengan keputusan yang tidak memberangsangkan saya dan suami berazam akan membuat last minute crash revisiom dengan dia..jadi sebaik habis berehat sekitar jam 3 petang kami mula duduk dengannya untuk mengulangkaji. Untuk lebih concentrate saya telah silentkan handphone.

Sekitar jam 4.30ptg menjenguk sebentar handphone...rupanya ada 3 missed call dari Angah..kakak suami saya. Cepat-cepat return call Angah. Angah memaklumkan yang, Ainol, suami kepada Ipah, adik suami saya telah kemalangan di Felda Palong dan keadaan dia critical. Pada masa tu dihantar ke hospital Segamat.

Sukar juga nak dipercayai, macamana kemalangan di kawasan kampung sebegitu boleh jadi begitu parah. Kami berpesan kepada Angah untuk pergi lihat dulu Ainol di hospital dan hubungi kami semula. Beberapa minit kemudian Angah mengesahkan keadaan Ainol dan dia sedang dihantar ke hospital Muar.

Kami sekeluarga bergegas bersiap menyediakan pakaian untuk ke Muar. Bersiap sedia membawa pakaian untuk 3 hari jika perlu. Kami bertolak sekitar jam 6ptg dan tiba di bandar Muar jam 8 mlm. Itulah pertama kali kami sekeluarga tiba di Bandar Maharani itu. Waktu malam kelihatan sangat cantik ada sungai besar yang mengalir...sayang tak dapat menikmatinya dengan lebih lama.

Kami terus menuju ke hospital Muar dan bertemu Ipah dan keluarga suaminya di sana. Ipah nampak tenang menceritakan keadaan suaminya. Doctor akan membedah nya malam itu juga. Keadaan luarannya tidak ada luka atau pendarahan. Tetapi organ dalamannya banyak yang rosak. Limpanya pecah, hati juga perlu dibuang, ususnya juga luka. Sudah tentu dia berada dalam kesakitan yg amat sangat. Doctor memberitahu yang keadaannya dalah kritikal dan tidak stabil. Ipah, adik ipar saya nampak begitu tenang sekali menerima berita tersebut.

Kami semua berkumpul di hadapan bilik bedah, dan dapat melihat dengan jelas suasana di dalam tempat ruang pesakit. Ipah dibenarkan berada disisi suaminya sebelum dibawa masuk ke bilik bedah. Kami melihat dari hujung katilnya. Ipah memgang erat tangan suaminya sambil berkali-kali menunduk dan mengucupi tangan dan jari jemari suaminya...penuh kasih sayang. Kemungkinan ada pesanan-pesanan dan kata-kata terakhir yang ingin disampaikan.

Sebaik keluar suami saya bertanya kepada adiknya..ada tak minta dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum masuk ke bilik bedah..Ipah mengangguk.

Setelah dibawa masuk ke bilik bedah kami beredar keluar untuk mencari hotel untuk bermalam di bandar Muar. Kami bermalam di Hotel Classic. Sekitar jam 2 pagi suami menerima panggilan dari adiknya mengatakan suaminya dah selamat dibedah dan doktor berjaya mencari punca pendarahan dalaman iaitu di bahagian ususnya. Pembedahan berjaya menghentikan pendarahan. Alhamdulillah, lega sedikit rasanya.

Keesokan paginya, kami bangun sedikit lewat jam 6.30 pagi. Angah menalipon saya bertanyakan khabar Ainol...saya katakan dia dah selamat dibedah. Lega Angah mendengarnya. Kemudian teringat saya untuk melihat handphone suami, ada 1 missed call dan 1 sms. Cepat-cepat saya buka, miss call dari Ipah dan sms dari Ipah.."Bang, Ainol dah meninggal"..sms pada jam 4.39am. Terkejut saya dibuatnya...cepat2 saya menjerit memanggil suami saya yang berada di dalam bilik air...begitulah akhirnya..Allahyarham Ainol Azlan binti Saini..suami kepada adik ipar saya pergi jua menghadap Ilahi...begitu cepat..begitulah ketentuan Allah kepada setiap manusia.....

Ipah adik ipar saya tetap nampak tenang dan sabar menghadapi kenyataan tersebut ketika kami bertemunya di rumah mayat hospital Muar. Sekujur tubuh suaminya dapat dilihat menunggu saat untuk dibedah siasat oleh pihak hospital kerana itu procedurenya. Selepas itu seua proses mandi, kafan dn solah jenazah dilakukan di Rumah Mayat tersebut.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Bangkahulu, perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Ipah dan ibu mertuanya naik bersama kereta jenazah. Sebaik tiba di kawasan rumah, sudah begitu ramai orang yang sedia menanti. Penuh kawasan rumah dan sepanjang jalan. Ipah dan Allahyarham suaminya adalah guru di Sekolah Menengah di Felda Palong.

Sebaik pintu van jenazah dibuka...Ipah telah jatuh pengsan dan terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah...mungkin kesabaran, kepedihan dan kesdihan kehilangan seorang suami dipendam dan sampai ke kemuncaknya...keadaan menjadi semakin pilu, sedu dan tangis jelas kedengaran....anak-anak mereka Aliff 11 tahun, Aiman Hakimi 8 thn menangis tersedu-sedu..Aina Nabilah 4 thn masih terpinga-pinga tidak memahami apa-apa..anak-anak saudara termasuk anak saya Asiah menangis teresak2 melihat Mak Itamnya pengsan dan diapapah masuk.

Semangat Ipah pulih kembali untuk mengucupi dahi suami tercinta dan mengiringi jenazah ke kuburan....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya sebaik jenazah disemadikan....selepas itu bermula hidup adik Ipar saya Latipah Mansor dalam dunia tanpa suaminya...semoga Allah memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan...saya sendiri mengambil masa beberapa hari untuk 'back to normal' selepas meneriam berita kematian dan menyaksikan sebuah kematian berlaku..apatah lagi untuk Ipah dan ahli keluarga mereka yang terdekat...

Bacaan Talkin di tanah perkuburan juga membuat saya merenung akan kehidupan saya sendiri...Syukur kerana Allah sering beri peringatan untuk kita yang hidup....

9 comments:

zlaa said...

Innalilah. Muga roh arwah diampun dosa dan dicucuri rahmat.

Neeza Shahril said...

Innalillah.. semoga roh suami Ipah tenang disana..
tak tertahan air mata neeza mengenangkan perasaan isteri yang kehilangan suami dikala anak2 masih kecil...
tapi ketentuan Ilahi tiada siapa yang dapat halang...
semoga Ipah tabah hadapi hari-hari yang mendatang...

Dalam Dakapan Ibu said...

Innalillah... semoga isterinya Ipah tabah menghadapi dugaan ini... especially dengan anak-anak yg masih kecil...
Semoga roh Arwah suaminya ditempatkan bersama-sama org yg beriman...

Aina@Azila said...

Semoga Allah merahmati roh Ainol.

Saya rasa, saya dapat rasakan apa yg Ipah rasa. Saya mengalamnya dua kali, 1st, kematian ibu saya, 2nd, kematian bapa saya. Zahirnya, saya nampak tenang...sampaikan nurse dan doktor kat kat saya "You are a strong lady"..tapi di dalam hati, hanya Allah yang tahu, terutama semasa berita kematian ayah saya, bermakna, saya sebatang kara sebab tak ada adik beradik.

I can imagine how Ipah feel.

Abang Long said...

AL FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat NYA. AMIN.

ummu asiah said...

Zlaa..

Itulah yang kita harapkan..pengampunan dari Allah..takutnya kalau difikirkan..tapi tak lama..kena selalu diperingatkan.

ummu asiah said...

Neeza..

mesti tangkap nangis punya adik sorang ni..sebab tulah sedih sgt..sebab sedang letakkan diri kita dalam dirinya yang kehilangan orang yang tersayang

ummu asiah said...

DDI @Ja..

Thnks for berbalas visit..memang kesian tengok anak2 dia..few days lepas tu..i teringin sgt nak call n tanya khabar..tapi takut tak tahu nak ckp apa..but my friends advise me to keep in touch wth her sbb memang trauma seorang isteri yg kehilangan suami..so i called..she sound okay saja in fact dia sibukkan dirinya selesaikan urusan harta dan pinjaman2 yang ada..untuk memudahkan simati juga.

ummu asiah said...

Aina...
Belum habis membaca kisah2 Aina rupanya..speechless..Moga Allah terus berikan kekuatan dan kesabaran pada Aina..Ipah juga kehilangan mak masa umur dia 3 thn, my hsbnd 5th, and adik kecik masa tu 3 mths. Ayah mereka terus kahwin lain n tinggalkn my hsbnd sendiri dgn atehnya, n adik2 lain dgn Angahnya..kehidupan mereka mmng penuh kesusahan dan penderitaan juga..

Abg Long

Terima kasih di atas do'a...moga kita semua sentiasa bersedia dgn kematian yg akan tiba paa bila-bila masa saja.