Selepas 6 tahun 6 bulan...........
Alhamdulillah, petang tadi sekitar jam 4.15ptg, saya menerima sms dari salah seorang isteri tahanan ISA..."Salam. Suami saya sudah dibebaskan, skrg on d way 2 Bukit Aman"
Suami kepada kawan saya ini, Abdullah Minyak Silam, adalah seorang rakyat Indonesia tetapi sudah berstatus Permanent Resident di Malaysia. Kawan saya ini pula adalah rakyat Malaysia.
Suaminya ditahan pada bulan February 2002, dan dihantar ke KEM Tahanan Kamunting pada bulan Mac 2002. Ketika sebahagian rakyat Malaysia bergembira menyambut kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac tahun ini, sahabat saya ini menerima berita bahawa penahanan suaminya disambung lagi 2 tahun. Begitulah kejamnya ISA...tidak ada limit untuk sesuatu penahanan...tidak ada satu tarikh yang boleh diharap untuk menanti kepulangan insan yang tersayang.
Bagaimanalah hendaknya seorang isteri dan anak-anak ingin membuat perancangan???
Lebih teruk lagi, bagi mereka yang berasal dari tanah seberang iaitu Indonesia, sebaik mereka dibebaskan dari KEMTA mereka akan terus dihantar pulang ke Indonesia. Sedangkan kehidupan mereka adalah di sini, keluarga mereka juga adalah berasal dari sini. Di sinilah tanah tumpah darah anak-anak mereka. Di sinilah mereka mencari rezeki. Setelah pulang ke sana belum tentu ada yang dapat pulang semula ke sini...Maka selepas episod pembebasan ini, keluarga terpaksa melalui satu lagi episod baru dalam kehidupan mereka.
Apa-apa pun syukur kepada Allah dengan 'pembebesan' ini, walau pada hakikatnya mereka masih lagi dibelenggu dengan akta yang zalim ini.
Kami masih lagi menunggu berita sekiranya ada lagi beberapa orang tahanan ISA yang berasal dari Indonesia akan dibebaskan bersama, termasuk lah ayah kepada Allahyarham Adik Aina Mardhiah, Shahrial Sirin.
Kami di GMI akan terus mendesak kerajaan untuk membebaskan kesemua tahanan ISA.
Mengapa mesti masih ada PEMBEBASAN TERPILIH INI????
Nak tahu lagi bagaimana mereka melayan keluarga tahanan ISA ini even untuk kes bila tahanan sudah mahu dibebaskan dari KEMTA?????
Mereka tidak akan beritahu dengan lebih awal, dan tidak ada makluman rasmi dari pihak berkuasa. Bagi kes terbaru ini..isteri Abdullah hanya mendapat sms dari warden KEMTA yang membawanya ke Bukit Aman, Bukit Aman juga memaklumkan perkara yang sama kepada isterinya, Siti Normah. Bagi isteri yang lain seperti Puan Fatma isteri Shahrial Sirin, beliau hanya mampu berharap dan berdo'a agar suaminya yang juga senasib dengan Abdullah turut sama dikeluarkan dari KEMTA. Dia belum diberitahu secara lansung katanya, cuma mendapat makluman dari Siti Norma...jadi katanya "saya belum tahu kebenarannya kak"
Kenapakah mereka perlu dibawa lagi ke Bukit Aman, kenapakah mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka untuk bersama anak dan isteri?????
Bagaimana pula perasaan isteri-isteri tahanan yang lain yang ditahan dan dituduh atas tuduhan yang sama???....Bagi pihak berkuasa apabila mereka tidak dibebaskan maknanya mereka belum pulih, masih mengancam keselamatan negara...atau apakah mereka ingin terus menyeksa isteri-isteri yang tidak tunduk kepada ancaman SB-SB dan terus berjuang mendedahkan kejahatan mereka yang masih menggunakan akta zalim ini.???
Amat kejam dan zalim.
3 comments:
Di doakan supaya syaitan bisu juga mendapat laknat Allah.
abg long..
:) syaitan bisu yg menyelinap masuk ke tubuh manusia, membuatkan manusia lupa kan diri mereka yang sebenarnya. Lupa akan Pencipta dan siapa kah 'Penguasa' mereka yg sebenar-benarnya
alhamdulillah.. berkat doa anak isteri akhirnya bebas jua. Tapi masih ramai lagi kan disitu. Semoga Allah bukakan hati orang2 yang zalim ni untuk berubah..
Post a Comment