Sunday, 3 August 2008

Malam Seni 'Tanpa Bicara'

Alhamdulillah...Syukur yang teramat sangat....program yang dirancangkan terlaksana dengan jayanya...dengan izin Allah yang Maha Esa.... Terima Kasih kepada semua yang terlibat dan turut hadir.

Kezaliman ISA telah dapat dibongkarkan....Kejahatan Penguasa ISA telah dapat didedahkan..

Bukan sahaja bagi mengenang dan menghayati kezaliman ISA pada mereka dan keluarga mereka yang masih menjadi mangsa Akta yang ZALIM INI, namun penonton juga dibawa mengenang kembali peristiwa yang berlaku di Kampung Memali pada 19hb November 1985...di mana ramai yang SYAHID lantaran bencinya mereka kepada ISA...As Syahid Ibrahim Mahmud/Libya yang benci kepada kezaliman ISA dibunuh kejam oleh pemerintah ketika itu dan berbelas lagi bersamanya dibunuh Syahid dalam pertempuran di antara orang kampung dengan pihak berkuasa......Sejarah ini disampaikan oleh saudara Rahmat melalui deklamasi sajaknya...yang amat berkesan sekali...

(saya masih ingat...penghujung tahun 1985, ketika itu saya baru menjejakkan kaki ke bumi Australia..dan kami ditayangkan dengan video peristiwa MEMALI dari kacamata pemerintah...lansung tidak tahu apa itu ISA ketika itu...untung anak-anak saya kini dapat memahami akan kezaliman ISA dan sama-sama mengutuk akta yang kejam ini)

Sejarah hidup ringkas Dr Burhanuddin Al-Helmy yang juga bekas tahanan ISA turut dipersembahkan melalui lagu puitis dari saudara "Black" - Amin Iskandar...Allahyarham menderita kesakitan akibat penahanan tanpa bicara di bawah akta zalim ISA.


(Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy)


Memetik kisah yang ditulis tangan oleh Allahyarham sendiri dalam buku keluaran PAS GOMBAK..."HARI-HARI AKU DIZALIMI"....Buku catatan ini disimpan selama 40 tahun oleh ahli keluarga sebelum ianya diamanahkan untuk diterbitkan...itulah antara trauma yang dilalui oleh keluarga tahanan ISA.

(Sebahagian dari Isteri dan anak-anak tahanan ISA terkini yang turut hadir)

"Dari pagi 29hb Januari 1965 saya telah mula disoal-siasat setiap hari pada waktu-waktu pagi, petang dan malam. Paginya bermula dari jam 9 pagi dan malamnya berakhir pada jam 12 malam atau lebih. Setiap hari sekurang-kurangnya saya digari sebanyak enam kali. Bilik kurungan lokap itu tidak cukup angin menyebabkan saya susah hendak bernafas. Kelemasan menyebabkan saya sakit dada dan bersin-bersin. Saya terasa panas pada pembuluhan nafas dan paru-paru saya. Sepanjang ditahan hingga berbelas kali saya diserang penyakit lelah. Kemelaratan saya terus berlaku." di bawah tajuk asal "SETIAP HARI DISAKITI"

Kejahatan SB yang menyoal siasat tahanan dan menyeksa tahanan disampaikan dengan begitu real sekali melalui lakonan 2 orang anak muda...sepak, terajang, bertubi-tubi sampai ke tubuh 'tahanan ISA'....kata MC, itu baru 0.1% deraan yang dipertontonkan.


(kau mau lawan aku ya...tak nak mengaku..tak nak tandatangan..PM sendiri pun kami boleh bunuh kalau mengancam keselamatan negara tauuuuu!!!!!)


Kesengsaraan hidup anak-anak dan isteri tahanan ISA disampaikan dengan penuh keluh kesah, benci, sedih dan dendam oleh anak muda yang berbakat besar...Saudara Hafiz Bai..dan dinukilkan oleh Nahdia Ariffin.

'Tahan Tanpa Dibicara' disampaikan melalui sebuah nasyid yang berkumandang jelas di segenap Medan Bazar Taman Melawati, juga disampaikan oleh Saudara Hafiz Bai...

Saudari Suria Janib pula membawa penonton mendengar sajak mengenai iSA yang telah 48 tahun dibiarkan mencengkam rakyat Malaysia


Akhir sekali lagu ISA....disampaikan oleh Sdra Black bersama ADUN Hulu Kelang dan keluarga tahanan ISA...

Sekian dulu laporan ringkas buat waktu ini....Moga ISA tidak akan menemui kita lagi selepas ini dan akan dikuburkan menjadi sejarah hitam kepada rakyat Malaysia.....

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA!!!!
MANSUHKAN ISA!!!!
TUTUP KEM KAMUNTING!!!!!
CUKUP 48 TAHUN MENZALIMI!!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam Ummu Asiah,

Saya dari blog 'Black' terus dtg sini sgn harapan nak baca kalau2 Ummu Asiah ada tulis pasal Malam Seni Tanpa Bicara..

Alhamdulillah.. dpt saya baca di sini.

Tahniah Ummu Asiah!!
ISA mesti dihapuskan.. LAWAN tetap LAWAN!!

ummu asiah said...

rd..
balik dari prog tu terus update..tido at 3.30 am....tak boleh tidor sebab makan berat lepas habis program..kelaparan.

Unknown said...

ummu asiah...

saya sendiri belum faham ke mana perginya sifat kemanusiaan sesama Islam.

ahir2 ini, saya sendiri lebih banyak menggunakan masa mendekati Allah...sungguh kerdil dan sementara rasanya di dunia.
"Kuasa" itu juga boleh di ambil bila2. Janji Allah.....semua akan di hisab, dan ada balasan setimpal semua kekejaman dan juga semua kebaikan manusia jika tidak di dunia maka di akhirat.

Pp

ummu asiah said...

Pp..
Masalah di dunia ni timbul bila hati manusia kotor dengan hasad, dengki.gila kuasa dan cintakan harta dan dunia..
di mulut saja sebut ttg Islam, AL-QUran, percaya pd Allah dan Rasul..tapi hakikatnya lain..

Sprt kata Ustaz Badrulamin..pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj salah satunya ialah yg penting ialah penyucian hati..dari hati yg suci dan bersih lahir segala kebaikan yang tulus ikhlas