Thursday, 21 August 2008

P044-Merdekakan Rakyat (16-18-08-08)

Sudah berhari tak update blog. Tetapi hari ini saya mesti update juga sebab orang dah hampir masuk gear 5 sekarang, saya baru nak update dan masukkan gambar-gambar dan cerita di hari penamaan calon.

(Bersama 'bahan kempen')

Petang ni sekali lagi kami akan bertolak ke Pulau Pinang dan kawasan Parlimen Permatang Pauh akan kami jejaki sekali lagi. Jadi sebelum terlambat lebih baik saya habiskan juga entry berserta gambar-gambar yang diambil untuk dikongsikan bersama.


(Undilah Calon Parti Keadilan Rakyat-Merdekakan Rakyat)
Alhamdulillah, kami sekeluarga sempat juga spend a few days di Permatang Pauh. Tak sangka begitu besar dan luas sekali kawasannya sehingga menjangkau ke tempat yang kami selalu pergi iaitu di Seberang Jaya, rumah adik saya di kawasan Seberang Jaya juga, di jalan Siakap.

(terserempak pula dengan Kak Zumrah dan Ustaz Badrulamin-sempat juga posing)

Kami ke sana malam jumaat untuk hari penamaan calon. Itu plan asalnya kerana nak ke gerai GMI di muktamar PAS di Ipoh. Tapi saat akhir kami ubah plan bila Saudara Zahir sekeluarga, sahabat dan orang kuat PKR juga telah ada di sana. Kami tinggalkan 3 orang anak yang kecil di rumah kakak di Minden Heights, jadi kami bebas bergerak dengan anak sulong, Anas sahaja selama 3 hari kami di sana.

(posing dengan adik-adik dari Kelantan ni-berbangga melihat mereka memakai seragam t-shirt merah hitam ISA Zalim)

Pengalaman bersama-sama di hari penamaan calon adalah satu pengalaman yang amat manis dan berharga. Begitu ramai sekali manusia yang datang atas rasa kemahuan sendiri, ingin melihat satu harapan baru untuk rakyat Malaysia. Jerit dan sorak kepada pihak lawan jelas kedengaran. Kelibat Najib dan menteri lain jelas kelihatan.
(ramai kan rakyat di sini, ini perarakan di atas jalan menuju ke padang Institiut perguruan tu...atas padang dah tersedia menanti lebih ramai rakyat)

Sebaik kami masuk ke kawasan perarakan, rombongan menteri-menteri ni pun turut juga hadir. Jadi berpeluanglah untuk berada di barisan hadapan sekali menyaksikan mereka berjalan masuk. Entah kenapa hati menjadi sangat geram dan marah lebih-lebih lagi melihat muka menteri ini secara live...terus keluar jeritan dari mulut.."ZALIM..ZALIM"...dah tahu nak jerit apa yang paling sesuai. kalau berdiri saja macam tak betul pulak rasanya.




(rombongan menteri ni diarak hebat oleh polis-polis..mereka yang masuk terlebih dahulu)

Sambil menunggu ada juga kumpulan yang creative yang bersama mereka ialah Pemuda PKR iaitu Low Chee Cheong yang dulunya aktif bersama kami di GMI dan juga Sdri Ginea yang bersama saya merengkok dalam penjara Pudu. Mereka bermain Badminton di gelanggang yang ada di sana. Di jaring racket tersebut bertulis "SMASH ISA", "SMASH AUKU", "SMASH RASUAH", "SMASH BN" dan lain-lain lagi. Sambil bermain ada yang tolong menjeritkan SMASH itu dan ini. Saya juga tak melepaskan peluang bermain 2 kali.

(sesi bermain badminton)

Lebihan masa digunakan untuk duduk-duduk dan berjalan berkenalan dengan seramai mungkin orang ramai. Terserempak juga dengan kawan-kawan termasuk Kak Hamidah, yang datang dari Sungai Petani sekeluarga, Anak menantu dan cucu. Semua mai sekali. Sudah tentu juga sekeluarga, anak, cucu dan menantu YB Saari Sungib dan Kak Jije yang juga besan kepada Kak Hamidah, begitu juga Saudara Zahir sekeluarga.
(kata Zahir, kami macam pelancong pilihanraya, saya bersama keluarga Zahir Hassan posing sebelum menunggu jalan clear untuk keluar)

(selesai proses penamaan calon)


Cuaca yang panas terik tidak menghalang semua orang untuk terus menunggu sehingga selesai proses penamaan calon. Selesai acara, cuaca bertukar mendung dan berangin, jalan keluar sesak dengan orang ramai. Akhirnya hujan lebat turun mencurah-curah membasahi bumi Permatang Pauh beserta selautan manusia yang inginkan perubahan bukan saja di bumi Permatang Pauh malah untuk seluruh bumi Malaysia yang kita cintai.

(menunggu dengan sabar proses bantahan...mikrofon buat hal...jenuh kami menunggu tengah panas)

Kami terus melangkah tanpa menghiraukan hujan yang membasahi seluruh badan kami. Perjalanan yang jauh sedikit pun tidak terasa kepenatannya. Namun bila badan melabuh di atas kerusi kereta, maka mulalah seluruh badan menggigil kesejukan, mata sudah tidak mampu untuk dibuka lagi, perut pula sudah berekroncong minta diisi...tapi terpaksa menahan sabar lapar, dahaga, kesejukan kerana semua jalan jam teruk...ada kereta yang tersadai di atas highway BKE Butterworth Kulim Express terpaksa ditarik oleh lori. Mungkin pemiliknya lupa bahawa dia telah park keretanya di atas lane tengah di sebuah lebuh raya.


Begitulah menunjukkan betapa ramai manusia yang telah datang dari seluruh pelusuk negara. Hinggakan ke dua laluan kiri dan kanan highway dipenuhi kenderaan meninggalkan satu lane sahaja sebagai laluan kenderaan.

(munzir dan anas membantu mana yang boleh-tolak kereta dan tunggu dalam kereta sementara kami keluar merayu undi)

Hari Ahad pagi dan petang kami melaporkan diri untuk bertugas di markas Wanita di jalan Siakap. Di sana ada YB Haniza Talha, Kak Salma dan juga Kak Hamidah. Kami sempat keluar menjalankan tugas berjumpa pengundi di kawasan Seberang Jaya, kawasan kubu kuat Ariff Shah. Sukar nak diduga mood orang setempat especially bila perlu pergi di kawasan flat dan apartment sebab sukar nak jumpa penghuni.

(lagi gambar pelancongan-destinasi ceramah di ladang milik anak Boon Siew. tak balik rumah or mandi dari 7am to 12am)

Sebelah malamnya pula kami pergi ke tempat ceramah yang membariskan penceramah yang hebat2 termasuklah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun Tuan Guru tidak dapat hadir kerana uzur dan digantikan dengan Datuk Paduka Husam. Memang ramai betul orang ramai yang hadir tapi sudah tentu majoritynya bukan pengundi setempat.


(sayup mata memandang-lautan manusia di tempat ceramah)

Selautan manusia memenuhi ladang Boon Siew. DSAI tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat dari kemalangan yang dilapurkan melibatkan 10 buah kenderaan. Semua yang hadir terus sabar menunggu walaupun DSAI dtg hampir jam 12tghmlm. Helicopter berlegar di atas kepala beberapa kali dengan menyalakan suluhan lampu yang terang sebaik DSAI tiba.

(pemandangan yang indah di pagi hari dari atas jambatan pulau pinang)


Hari Isnin kami bertolak dari Bukit Jambul-(dari apartment kakak yang kami tumpang menginap) jam 9pagi. Hujan turun dengan lebatnya pada pagi tersebut, malang tak berbau, van kami terlibat dalam kemalangan kecil di atas jambatan pulau pinang. Pecah la sedikit bumper belakang van..dan pemilik kancil yang melanggar pula yang meminta ganti rugi..untuk mengelakkan kesesakan, kami tidak memanjangkan perkara tersebut dan terus beredar.


(markaz di seberang jaya)

Bila sampai di kawasan Markaz jalan siakap, seberang jaya, air sudah mula melimpahi jalan dan rumah-rumah. Banyak kereta-kereta yang dipark di bahu jalan sudah hampir dimasuki air, termasuklah kereta-kereta petugas di markaz tersebut. Maka kami kaum wanita tidak dapat keluar untuk bertugas pada pagi tersebut. Masa diisi oleh ketua di sana iaitu kak Salma untuk menerangkan situasi semasa di kawasan tersebut.


Sudah tentu isu besarnya ialah keperluan lebih ramai lagi petugas untuk keluar berjumpa dengan pengundi setempat. Kak Salma merayu lebih ramai lagi dapat datang untuk membantu dan cuba berada di sana beberapa hari.

Sdra Zahir, suami, Munzir, Anas dan beberapa orang pemuda telah bertungkus lumus menolak kenderaan yang tersadai di dalam air ke tempat yang lebih selamat. Tinjauan dan pertemuan dengan penduduk setempat memberi maklumat bahawa bencana banjir kilat seperti itu telah berlaku semenjak 20 tahun yang lalu. dan wakil rakyat yang dikatakan baik dan sentiasa membantu penduduk juga tidak membantu apa-apa.

Ketika kami semua hendak beredar kelihatan beberapa orang jurugambar berada di kawasan tersebut, rupanya Ariff Shah telah datang meninjau kawasan banjir tersebut. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan berat hati pada jam 11 malam hari Isnin dan tiba di rumah jam 3.30pagi. Kami berazam InsyaAllah untuk pergi lagi ke Permatang Pauh pada hujung minggu ini.

Alhamdulillah, selesai sudah proses update saya. Sehingga berjumpa lagi minggu depan InsyaAllah.

6 comments:

Abang Long said...

Hanya mampu bercakap dengan tuhan. Berilah kemenangan kepada orang yang DIZALIMI.

silversarina said...

Semoga Keadilan Berjaya Dengan Kemenangan ,InsyaAllah.

Anonymous said...

Ummu Asiah,

Mesti masa saya tulis comment ni Ummu Asiah sudah pun berada di P44 (esok Selasa hari bersejarah)..

Sejahat mana pun perancangan mereka menipu undi, perancangan Allah mengatasi segalanya..

Sungguh rasa teringin sekali nk pergi P44 ni!!! Huwaaa!!!!!!

Thanks for sharing this beautiful experience :)

ummu asiah said...

abang long..

semoga Allah Kurniakan kemenangan dengan usaha yang telah kita lakukan. Kalau belum menang kita lipatgandakan usaha

ummu asiah said...

Kak Rina...

Moga Keadilan tertegak..kezaliman dihapus dan dihancurkan.

ummu asiah said...

RD..

Masa RD tulis tu..kami on d way dan bersiap=siap nak balik. konon nak join convoy Tan Sri Khalid di Jusco PERDA, tapi tak kesampaian sebab jalan di mana-mana jam..

Sabar menanti detik 8 mlm 26-08-08