Wednesday, 19 August 2009

KES 'OPS BUBAR DUN PERAK'

Sudah begitu lama blog ini tidak dikemaskini. Namun saya sering kemaskini kedudukan saya melalui facebook yang dirasakan lebih cepat dan mudah.

Dengan capaian internet yang sering menyakitkan hati walau sudah cuba menggunakan pelbagai cara, streamyx, P1 dan kini Celcom Broadband...semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi, namun sebagai pengguna walau apapun bayaran bil tetap berjalan walaupun perkhidmatannya tidak dapat digunakan.

Buat masa ini sejak hari Isnin 17hb Ogos 2009, saya beserta suami bermusafir sebentar di Kuala Kangsar. Anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah kawan-kawan yang prihatin akan nasib diri kami.

Komen di antara mereka ialah "Tak apa, kami tidak berpeluang berjuang, biarlah kami membantu menjaga anak-anak di rumah".

Alhamdulillah, khidmat dan bantuan begini memudahkan urusan kami maka kami berasa tenang untuk meninggalkan mereka dan meneruskan misi perjuangan dan perjalanan kami walau hanya dalam masa 3 hari sahaja.

Apa kesnya ya??

Ianya bermula dengan kerakusan kerajaan Barisan Nasional dan ketamakan mereka merampas kerjaan Negeri Perak secara zalim pada 5 hb Februari 2009. Walaupun kami bukanlah tergolong dalam rakyat Negeri Perak, namun tindakan zalim Najib dan kuncunya tetap menimbulkan rasa marah di hati kami, mereka perlu ditentang, tindakan mereka perlu dihalang. Bagi kami rakyat tidalk boleh berdiam diri dengan segala kezaliman yang berlaku di depan mata secara terang-terangan.

Pada hari Jumaat 6 hb Februari, rakyat Perak dan rakyat Malaysia sama-sama cuba menghalang kerajaan zalim BN merampas Perak. Mereka berkumpul sebaik selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah.

Kekecohan berlaku sebaik pihak polis sendiri termasuk SB dan FRU bertindak kasar dan zalim. Rakyat dibedil dengan gas pemedih mata, rakyat dibelasah oleh pihak polis sendiri. Ternyata polis amat zalim di bawah pemerintahan Perdana Menteri semenjak pemerintahan Tun Mahathir Mohamad hingga ke era Najib nampaknya bertambah zalim.

9 orang awam telah ditangkap, kesemua mereka yang ditangkap apabila ditonton di dalam video rakaman orang awam adalah mereka yang cuba menenangkan pihak FRU dan polis dari bertindak ganas dan zalim terhadap kanak-kanak dan kaum wanita termasuk saya sendiri dan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Suami saya pula ditangkap ketika beliau sedang merakamkan gambar keganasan polis. 4 orang lagi ditangkap selepas perhimpunan apabila gambar mereka disebarkan melalui media massa. Diantara mereka hanya seorang sahaja wanita yang ditangkap.

Mereka semua telah didakwa di mahkamah dengan setiap orang diikat jamin sebanyak RM4000.00!!!!! dengan dua orang penjamin.

Setelah 6 bulan berlalu akhirnya Alhamdulillah, kes ini sudah mula dibicarakan pada hari Isnin 17hb Ogos. Sebanyak 1000 keping gambar dipersembahkan sebagai bahan bukti dan 3 keping CD rakaman hari kejadian.

Saksi-saksi yang terdiri dari jurugambar polis sudah mula dipanggil memberikan keterangan bagi pihak Timbalan Pendakwaraya (TPR). Seramai 8 orang peguambela yang membela kesemua 13 orang yang dituduh (OKT) atau bagi kita menggelarkan mereka sebagai Tahanan Politik (TAPOL).

Saya secara khusus memohon agar Peguam Augustine Anthony serta Charam Singh membantu membela bagi pihak suami dan rakan-rakan TAPOL yang lain kerana mereka pakar dan berpengalaman.

Kes ini adalah satu kes yang berkait rapat dan secara lansung dengan suasana politik semasa, mempunyai kepentingan kepada masyarakat dan negara, maka ianya perlu diuruskan dengan sebaik mungkin, perlu dilawan, ditentang dan dihujhkan dengan sebaik mungkin.

Kemenangan untuk kes ini adalah kemenangan untuk rakyat secara keseluruhannya....kerana ianya bagi membuktikan bahawa, rakyat berhak untuk berkumpul bagi menyatakan pendapat dan perasaan mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Rakyat berkumpul dengan niat untuk menyatakan perasaan tersebut, berarak, berucap dan kemudiannya bersurai. Rakyat mahu suara mereka didengar. Tidak ada niat untuk melakukan rusuhan, tidak ada niat untuk menimbulkan huru hara ataupun kekecohan.

Kekecohan serta huru-hara hanya timbul apabila pihak keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan yang melakukan RUSUHAN dan merempuh rakyat...menembak mereka dengan jarak dekat dengan peluru yang berisi gas pemedih mata.

Perbicaraan yang dijalankan dengan pihak TPR membakwa bukti-bukti gambar hanya mendedahkan lagi kesahehan dakwaan kita. Memang gambar-gambar bukti ada individu2 yang tertuduh..walaupun ada saksi polis yang gagal mengecam mereka...sungguh pelik....ini hanya kerana, mereka saksi2 dari jurugambar polis hanya menjalankan arahan dari pihak atasan untuk pergi dan ambil gambar 'rusuhan', 'huru-hara' dan rakyat yang 'aggressive'...itu sahaja...ketika TAPOL didalam lokap polis tidak ada pula siri kawat cam dilakukan.

Huru hara dan keganasan polis tidak pula dirakamkan oleh mereka, kehadiran pegawai polis yang tidak beruniform namun berpakaian sama warna pada hari kejadian, yang 'ditanamkan' sebagai peserta perhimpunan untuk memulakan aktiviti rusuhan tidak pula dirakamkan.

Inilah beberapa perkara yang peguambela kita yang handal-handal belaka akan cuba dedahkan dalam siri perbicaraan ini.

Nantikan laporan mengenai perbicraan ini yang amat menarik dan melucukan...bagi saya ianya hanya mendedahkan 'kebodohan' polis, kebiadaban mereka yang hanya bekerja menurut arahan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang waras dan berprinsipkan nilai-nilai murni lebih-lebih lagi yang digariskan dalam Islam dan mana-mana agama sekalipun.

Apa-pun...semuanya terpulang kepada Hakim yang mengadili...Puan Hakim seorang yang beragama Islam, sekiranya dia menimbang dan mengadili sesuai dengan prinsip diri sebagai seorang Hakim yang adil dan tidak bergantung kepada majikan, sebaliknya pergantungannya hanya kepada Allah, maka keadilan yang sebenarnya pasti akan tertegak jua...jika sebaliknya dirinya sendiri bakal diadili di Mahkamah Allah di mana semua mulutnya ketika itu sudah terkunci mati.......

Kes yang ditangguhkan pada jam 4.30 petang semalam (setelah saksi sudah tidak tahan lagi ingin membuang air...he...he...istilah..takut sampai nak 'terken&#ng'...boleh dipakai di sini:))...akan disambung pada jam 2.30 petang hari ini.

Semalam Augustine Anthony membangkitkan akan makna sebenar perkataan 'aggressive' yang sangat suka digunakan oleh polis terhadap peserta perhimpunan...hari ini mungkin definisi perkataan 'perusuh' yang suka digunakan oleh akhbar no 1 di Malaysia 'Utusan Malaysia' pula cuba dibangkitkan.

Jurugambar polis mengambil gambar peserta yang diandaikan oleh mereka sebagai 'aggressive'.

Augustine bertanyakan kepada saksi 'aggressive' adalah perkataan melayu atau Bahasa Inggeris?

Saksi menjawab "Bahasa Melayu"

Augustine bertanyakan lagi "cuba kamu eja perkataan tersebut"

Saksi menjawab "agresif"

Maka Augustine menyatakan ejaannya yang sebenar dan dari mana datangnya perkataan tersebut agar saksi lebih faham dan tahu di mana hendak dan bagaimana hendak digunakan.

Saksi menjawab "saya tidak faham/pandai bahasa Inggeris"

Puan Hakim menyatakan bahawa "hanya Augustine sahaja yang faham akan makna sebenar 'aggressive'...anda tahu????

Memang menarik perjalanan perbicaraan ini, kami yang hadir boleh tersenyum atau tertawa ikut perasaan ketika itu, tetapi bagi Puan Hakim dia terpaksa melindungkan mukanya yang ingin tertawa dan tersenyum dengan mengangkat buku bahan bukti gambar menutupi mukanya....ha...ha...ha...

Nukilan
Isteri TAPOL Kuala Kangsar

No comments: