Thursday, 20 August 2009

Lepak-lepak di atas Lebuhraya PLUS semalam.

Kita sentiasa menjangkakan dan mengharap perjalanan kehidupan kita yang sentiasa tenang dan lancar, namun semuanya terpulang kepada Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.


Kami bertolak balik dari Kuala Kangsar lebih kurang jam 6.45 petang, dan kami menjangkakan sekitar jam 10 malam kami sudah dapat bertemu semula dan menjemput dua orang anak perempuan kami.

gambar menunjukkan sebuah dari trailler yang terbalik merentang jalan.

Namun setiba di KM 408 (lebih kurang) sekitar 1 KM dari exit ke Lembah Beringin, kenderaan menjadi sesak dan lansung berhenti tanpa dapat bergerak.

Teringat juga saya untuk menghubungi PLUS lansung dimaklumkan tentang kemalangan yang baru sahaja berlaku diantara 2 buah raja di lebuhraya...sebeuah lori trailer dan kontena...dua-dua besar dan panjang. Saya dimaklumkan juga bahawa kedua buah kenderaan tersebut merentangi keseluruhan laluan lebuhraya menuju ke utara.

Setelah semua pengguna lebuhraya jemu menunggu setelah berhenti dalam tempoh 20 minit, kelihatan kebanyakan pemandu menutup enjin kenderaan masing-masing dan keluar berlegar-legar di luar.....satu suasana yang bagi saya amat luarbiasa dan agak menakjubkan.

Di tengah kegelapan malam, di laluan lebuhraya PLUS yang senantiasa sebuk dengan kenderaan yang dipandu dengan laju membelah malam...namun semuanya kini jadi terhenti dan lansung tidak dapat bergerak.

(menurut suami saya, katanya..bayangan lampu tu menunjukkan kelajuan kenderaan di sebelah highway sana...dan kami statik tak bergerak:) )

Trauma juga saya bila membayangkan cerita-cerita yang ditonton di TV mengenai bencana-bencana yang berlaku di lebuhraya, namun akhirnya saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk keluar dan berjalan di atas lebuhraya dengan senang lenangnya.

Mungkin ini satu lagi pengalaman yang amat berharga buat saya sepanjang perjalanan ini.....Alhamdulillah...

Akhirnya setelah sejam tersangkut di dalam kesesakan akibat kemalangan, kami semuanya dapat keluar dengan selamat dan selesa menuju ke destinasi masing-masing. Pada jam 11.30, baru anak-anak dapat diambil dari rumah sahabat kami.

Melihat kepada keadaan dua buah lori besar yang terbalik dalam kemalangan tersebut dengan sebuah darinya, kepala kenderaan begitu remuk sekali, saya tertanya-tanya...bagaimanakah ianya boleh berlaku....harap-harap bukan disebabkan kelalaian pemandu2 yang memandu dengan laju dan merbahaya.

Saya hantar sms ini kepada adik Nalini saya "Kami stuck dlm traffic jam near exit Lembah Beringin. Lansung tak gerak. dah 30mins. I am now standing n walking on d hiway freely!!...but no broadband to update in FB:("

4 comments:

silversarina said...

Lepak atas highway memang amat jarang dapat dirasai... harap tak de kematian dalam kemalangan tu .

Selamat berpuasa buat Nashita dan family .

Anonymous said...

Salam kak umi, kawasan tu memang selalu bab-bab kemalangan bas dan lori ni. Bermula dari persimpangan Bukit Tagar sampai Rawang memang kerap saya tengok kemalangan di situ. Harap pihak kejuruteraan PLUS dapat mengkaji perkara ini dengan serius. Kemungkinan permukaan jalan yang licin menjadi punca,selain daripada faktor kelajuan.
Sila lihat posting saya beberapa ketika dulu:

http://biaqpila.blogspot.com/2008/11/bas-terbalik.html

ummu asiah said...

kak rina

entahlah..suami kata nampak tangan terkulai..tapi memang remuk terukla kepala truck tu..mengerikan

Terimakasih Kak Rina

Selamat Berpuasa dan beramal ibadat.
Moga Kak Rina sentiasa sihat.

ummu asiah said...

Biaqpila..

terimakasih tinggal komen.

Rasanya yg bas ekspress terbabas kat rawang pun area2 tu jugakla.

Untuk kes kami nasib baik waktu malam n cuaca pun okay..kira tak dak masalah utk lepak2..buat nya waktu siang mau berasap jugak.

mmg patutlah PLUS buat kajian.

Akak akan baca..n tlg buat complaint sekali kat PLUS..dok bayaq tol mahai2 pastu tak mau nak atasi masalah pengguna...mana boleh...