Monday, 10 August 2009

Apakah Tahanan di Lokap tidak layak tersenyum???

Saya tidak tahu dan tidak dapat mengagak apa akibatnya dari penulisan ini. Iyalah, di dunia ini Mahkamah adalah satu institusi yang tertinggi...perlu dihormati kedudukannya, perlu dipatuhi...namun sejauh mana, perlu dinilai semula mengikut tahap keadilan yang bukan hanya terletak pada kata-kata sahaja namun pada perlaksanaannya.


Namun yang saya tahu, sebagai manusia kita punya hak untuk mempunyai perasaaan, gembira-kita tersenyum, terlebih bahagia kita tertawa, bersedih kita berduka, bermuram durja, sakit hati kita bermasam muka, tidak setuju, marah-kita memberontak.

Bukan hanya kerana seseorang itu punya kuasa, maka seseorang bisa sahaja menekan dan menghalang seseorang dari meluahkan perasaannya....

Tapi...entahlah...mungkin saya tidak arif dengan etika ketika berada di dalam mahkamah dan adab-adab yang perlu dipatuhi...yang saya tahu pasti, bila masuk ke kamar mahkamah, bila Tuan Hakim atau Majistret sudah ada di tempatnya, anda harus tunduk...terpaksa la tunduk...suka atau tidak.

Lain-lain arahan jelas yang perlu dipatuhi ialah seperti di bawah (ini dari pengamatan saya sejak keluar masuk ke beberapa buah mahkamah):

1. Tidak boleh ambil gambar..(tapi saya pernah buat 'jahat' di mahkamah Kuala Kangsar, saya ambil gambar barang bukti yang baru dibawa masuk...apa lagi kena jeritla dengan pegawai polis yang bertugas..dari pengamatan saya polis di mahkamah KK terlebih sangat strictnya berbanding di Kuala Lumpur.

2. Handphone perlu dimatikan atau di'silent'kan

3. Tidak boleh bercakap, tidak boleh membaca, tidak boleh duduk cara silang kaki atas kaki (apa tah panggilannya), tidak boleh letak tangan atas belakang kerusi..kiranya kena duduk secara serius..tidak boleh santai2 macam di kedai makan.

Perkara di atas adalah cerita sampingan saya, apa yang ingin saya sampaikan ialah apa yang berlaku kepada kami berlima Tahanan Politik ketika dihadapkan di hadapan Majistret di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk pendengaran kes reman kami.

Kami berlima di sini ialah, saya, Aiman Athirah, Kak Salmah, Cikgu Laila dan Kak Hayati.

Awal-awal lagi salah seorang dari kami sudah ditegur, apabila salah seorang dari kami meletakkan kedua belah tangan di atas perut. Terus kena tegur dengan garangnya " Turunkan tangan ke bawah"...

Kemudiannya sekali lagi kami ditegur dan disindir dengan sinisnya oleh Puan Majistret apabila saya sendiri telah tersenyum, dan aksi saya tersenyum telah dilihat oleh Puan Majistret. Lantas Puan Majistret mengeluarkan kata-kata ini kepada peguam kami, Lateefa Koya.

Puan Majistret: "Your clients seemed to be very happy to be in the lockup"....

eeee....geram saya mendengarnya.....Peguam kami yang amat memahami tegas menjawab...

Lateefa: "No, Puan, They are all very stress"....

eeeee....geramnyaaaaa....

Nak tahu kenapa saya tersenyum.....kedudukan kami berdiri di hadapan majistret, juga berhadapan dengan sebuah tingkap bercermin yang membolehkan kami dengan jelas melihat aksi mereka yang berada di luar. TAPOL lain yang sudah dibebaskan meriah berlegar-legar di luar di hadapan kami. Bagi TAPOL lelaki mereka semua sudah menyalin pakaian lokap mereka ke pakaian ketika masing-masing ditangkap di peristiwa DEMO 1 Ogos.

Inilah dia pemuda yang bersemangat tu..kebetulan pulak abah asiah terambil gambarnya:)

Salah seorang dari mereka dengan bangganya memperagakan dan menayang-nayangkan kepada kami logo dan tulisan yang tertera di T-Shirtnya...dengan jelas sekali..."ABOLISH ISA, HIMPUNAN MANSUH 1 OGOS 2009. TUNTUTAN KAMI: ISA DIMANSUHKAN: BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA: TUTUP KEM KAMUNTING"

Apakah saya tidak layak untuk tersenyum melihat sokongan yang jelas terpampang di hadapan mata???

Akhirnya dalam hujah penggulungan peguam kami Lateefa mengatakan lebih kurang bermaksud seperti di bawah:

"Puan, sekiranya permohonan tambahan jumlah hari reman ke atas mereka diluluskan maka ianya adalah berbentuk hukuman ke atas mereka"

Maka memang jelaslah...kami telah dihukum sebelum didapati bersalah!!!!!

Entah kenapa setelah hampir yakin bahawa kami akan disumbatkan semula ke dalam lokap, air mata sudah tidak dapat lagi dibendung dari gugur, walau saya cuba menghalangnya. Tidak mahu dilihat oleh musuh-musuh yang gembira dengan kejayaan konspirasi mereka...saya menangis sebagai tanda perasaan yang saya sendiri sukar menilainya, kelihatan Aiman yang kelihatan dari susuk tubuhnya cekal dan bersemangat waja, juga merah mukanya.

Kami berpelukan dengan peguam-peguam kami yang terus memberi kata-kata semangat dan azimat...kata Lat kepada saya..."It's okay Kak Nash, I know you are a fighter"......

Kami juga bersalaman dengan sahabat-sahabat selokap yang lain yang telah dibebaskan...kami tahu mereka juga amat berat meninggalkan kami....solidarity.....

Polis wanita perkasa di sebelah kanan inilah yang telah menarik saya dari belakang dan kemudiannya menghumban saya dengan kasarnya ke dalam truck polis!!!!

Saya juga tewas dengan perasaan saya, sebaik saya dengan kasarnya telah dihumban masuk ke dalam truck polis untuk dibawa ke Lokap...sebelum itu saya bersama Nahdia, bermatian mempertahankan diri dari dibawa dengan paksa ke satu lokasi dan matlamat yang tidak diberitahu kepada kami. Ketika itu saya juga keliru dengan perasaan saya, kenapa saya menangis.

Saya tertarik dengan kata-kata isteri YB Sivarasa ketika diinterview oleh Malaysiakini:

"we must hold majistrate accountable...continued detention is unacceptable, majistrate need to be educated how to implement law of remand. The use of remand to PUNISH is WRONG!!!"

Hakikatnya, bukan kami sahaja yang dihukum, anak-anak kami turut juga dihukum!!!!

1 comment:

kulupSakah said...

dalam satu kes saya dibicarakan, saya juga seperti nk tergelak bila melihat org2 teerbongkok2 hormattkan majistret tapi sham telah menSMS saya agar jangan berkasar dgn hakim..kihkih! dia tahu laki dia ni bukan boleh percaya sangat..
memang pun saya ada meninggi suara dgn majistret tapi terkawal..
kahkah...