Thursday, 6 August 2009
Sekiranya anda yakin polis menahan anda dengan tidak sah dan berniat jahat...anda tidak perlu takut.
Terus bangun dan lawan....'hasut' orang lain untuk bangun melawan.
Ajarkan mereka hak yang ada pada mereka.
Ajarkan juga pada pihak berkuasa tentang hak yang patut mereka hormati.
Kami dipesan oleh seorang peguam kami bahawa kami tidak perlu menyerahkan IC kami sekiranya diminta oleh pihak polis, tanyakan apa tujuan sebenarnya, jika mereka mahukan maklumat, berikan saja maklumat tersebut, tunjukkan saja IC tersebut.
Anda tidak perlu menjawab apa-apa soalan yang ditanyakan oleh pihak polis.
Anda punya hak untuk mendapatkan peguam.
Banyak lagi...namun secara keseluruhannya...anda harus terus bangun dan lawan.
Lawan tetap lawan, namun sudah tentu ada harga yang harus anda bayar.
Kami seramai lebih 40 orang telah dihumban kedalam lokap dan kami kaum wanita seramai 5 orang telah ditambahkan jumlah hari reman di lokap berbanding dengan yang lain yang dibebaskan pada hari kedua.
Kami dicaj dimahkamah kerana menghadiri perhimpunan haram dan kami bertiga orang wanita dikenakan caj tambahan kerana tidak mempunyai IC dan polis gagal menentukan kerakyatan kami!!!!!
Polis cuba memenjarakan kami semalam lagi di lokap namun peguam handal kami seramai 9 orang berjaya membebaskan kami dengan ikat jamin tambahan.
Jelas atau tidak tentang niat jahat polis???
Credit perlu diberikan kepada Sdri Aiman Athirah serikandi yang menyemarakkan perjuangan ketika itu, juga Kak Salmah yang turut sama menyemarakkan semangat. Ya..kita perlu belajar mengenai hak kita dan bagaimana untuk bangun melawan. lawati blognya http://aljundiathirah.blog spot.com/ LAWAN TETAP LAWAN!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam kak nashita. Senyum sendiri baca perkongsian akak dan kak laila. Walaupun agak terkilan saya tak dpt turun kerana keadaan yg tgh sarat sekarang ni namun MEWAJIBKAN hubby turun! :). Istilah 'gila' oleh polis pada akak tu sebenarnya adalah istilah 'bijaksana' yg patut mereka gunakan. Sebenarnya polis tak suka 'tahanan politik' bijak sana mcm akak, kak laila dan Pak Abu. Sebab dgn kehadiran insan mcm akak n kak laila.. kem tahanan pun jadi medan teruskan demo! Manakala Kem Kamunting perlu nyahkan Pak Abu cepat2 sebab nnt lebih byk pekung terbongkar dan dibongkarkan oleh Pak Abu.
Akak telah berada di medan yg bukan semua org bersedia dgn medan sebegini.. dan akak sejak saya kenali dlm demo juga tidak pernah pudar dlm perjuangan ini sejak Pak Abu ditahan hingga kini. Saya sgt suka dan teruja dgn ketulinan semangat juang akak yg telah teruji! Teruskan perjuangan!!
ummuanis yang dikasihi..
terima kasih di atas kata-kata perangsang dan dorongan ini..amat bermakna buat bekalan sepanjang perjalanan perjuangan..
Ingat lagi kan kita berdemo depan pudu jail selepas baba anis ditangkap disumbat dalam pudu jail tu...
haha.. ye ye.. masih segar dingatan sbb sebelum tu saya n my kakak pun lari kena kejar FRU yg memegang cota. Masa tu baru kawin :). Tapi walaupun ditangkap dlm keadaan baru kawin, tak pernah serik nak turun demo!!! Sebab yakin itu hak kita dan mereka takkan dpt pedayakan kita!!
lawan tetap lawan! Lawan sampai TURUN! Minyak dah turun. Lawan tetap lawan, lawan sampai MANSUH!PPSMI dah mansuh. Lawan tetap lawan sampai MANSUH ISA!!
masa dema Palestin lepas pregnant 5 minggu :)).. insyaAllah mujahid yg lahir nie.. ameen..
Post a Comment