Saturday, 1 August 2009

"Himpunan MANSUH sekali dalam 49 tahun-Cikgu Laila

gambar ketenangan jalan di hadapan sogo pada jam 1 pagi 1 ogos 2009...khabar dari blog ini, LRT tak berfungsi esok jam 7am-3pm...dari blog ini pula mengkhabarkan bahawa jalan masuk KL dilencongkan dan sesak di luar KL...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dari dalam bilik di kala jam menunjukkan 2.30am..saya terdengar kekecohan dari luar bilik...terus tinjau dari lubang kecil...kelihatan 2 orang wanita di depan dua pintu...dalam hati berkata..."oh 2 orang ni rupanya.."

Terus buka pintu dan bertanyakan masalah mereka....seorang terkunci dari luar gara2 nak membantu seorang lagi kawan...

"aiiiittt...engkorang rupanya...tak tidor lagi ke..."...tanpa sedar saya pun belum tidor lagi...entahla...mata mengantuk..badan pun letih...tapi tak rasa nak tidor...

Kawan yang dua orang tu pun katanya tak boleh tidor...

Saya tegur kawan yg ditolong oleh seorang kawan lagi...."amboi...berada di tempat rahsia ye"....nasib baik saya tak bocor rahsia...

"u..tolong la topup sikit..."....hah...ingatkan tolong topup handphone seperti kebiasaan...rupanya baru perasan topup writing dia.....

"well....siapalah saya untuk topup apa-apa yang berupa ajakan menuju kejayaan perhimpunan ni"...

tulisan pun mungkin orang baca tajuk sahaja...bukan ilmu yang saya sampaikan...sekadar menyampaikan pengalaman yang tidak seberapa...

tapi...memang benar...rasanya...inilah julong2 kali rakyat Malaysia cuba lakukan sesuatu secara besar2an dan terang-terangan dalam membantah akta zalim ISA...saya tidak mahu mengatakan sesiapa yang tak attend itu rugi...

tapi saya...saya tidak mahu ketinggalan...kecuali sesuatu yang telah Allah telah tentukan ke atas diri saya dan keluarga...

Tapi sebagai rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman yang menimpa kepada sahabat sendiri dan ramai lagi rakyat...dan khususnya sebagai seorang AJK GMI walaupun tidak 'sehebat dan seglamour' Syed Ibrahim dan Puan Norlaila...dalam diam saya rasa terharu dan bangga dengan apa yang GMI ingin laksanakan pada 1hb Ogos ini...

Saya terharu dengan sambutan rakyat...saya terharu dengan panggilan, desakan dan arahan semua Pimpinan Parti Politik dan NGO secara terang-terangan...

Ambil saja seruan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam edisi Harakah terkini...

"Saya amat bersetuju dengan perhimpunan 1 Ogos. Untuk itu saya kirim salam kepada semua rakyat supaya hadir beramai-ramai nanti. Ia merupakan kewajipan kita untuk memperbetulkan kesilapan UMNO yang menzalimi rakyat. Negara ini bukan hak mutlak UMNO tetapi hak rakyat. Bila rakyat pilih nak demokrasi, untuk apa disekat?"

Sekian...moga kita semua selamat dan aman....sekian topup RM 5 saya...

Nashita Md Noor


To:**** @yahoogroups.com
From: laila****@yahoo.com
Date: Fri, 31 Jul 2009 11:33:10 -0700
Subject: Just To Share:Himpunan MANSUH sekali dalam 49 tahun...


Salaam,

"Kalau umi kena tahan polis macam dulu tu, Tuait tau apa nak buat kan?" tanyaku pada Suhaib dalam perjalanan ke satu tempat "rahsia" di K.L .
"Ya...." jawab Suhaib tanpa menoleh padaku.
"Himpunan ni, himpunan aman, so jika ada polis nak tahan kita, just keep quiet dan ikut arahan.... InsyaAllah lawyers akan tunggu kita di balai berkaitan.Hampir semua YB2 wanita dah pesan kat Umi, jangan takut kena tahan..." tambah ku lagi.

Ini hanyalah kisah aku dan Suhaib. Nasib kita tak sama.Banyakkan doa supaya tak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Apa yang penting, kedatangan/kehadiran ke himpunan bukanlah kerana kami mangsa ISA,tetapi ialah kerana ingin menyatakan pendirian kita dengan cara yang paling lembut kepada penguasa ISA bahawa kita tidak perlukan akta itu lagi... and on top of everything, perkara itu dilakukan Lillahi taala.

Himpunan ni bukan diadakah setiap tahun , mahupun sekali dalam 5 tahun, tetapi mungkin inilah kali pertama dan terakhir....

Kepada sesiapa yang masih tak pasti untuk hadir.... masih ada sedikit masa lagi untuk memikirkannya dan bertindak mengikut firasat yang terbaik.....

Moga Allah permudahkan segalanya.

Norlaila.

No comments: