Tuesday, 4 August 2009

Himpunan Mansuh...LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

Dikongsikan dahulu bersama pembaca yang dikasihi gambar2 sebelum perhimpunan dijalankan. Saya benci dengan connection P1Wimax saya...saya tak dapat upload gambar..saya hanya boleh copy gambar dari blog org lain dan paste di entry blog saya.....

Kami dipenjarakan selama 3 hari 2 malam di pusat tahanan sementara Bukit Jalil yang baru dibuka pada 27 Hb July 2009...maka kami bernasib baik kerana tandas yang terbuka dan terdedah itu masih bersih...kami hanya dapat mandi pada jam 1.00 hari Isnin....2 hari tak mandi...dan 3 hari menahan diri dari membuang air besar!!!!!...Alhamdulillah dengan tidak makan nasi selama 3 hari kami selamat dari menyimpan makanan berat dalam perut...hanya sedikit roti yang dikongsi bersama dan air kosong....


Sepanjang perjalanan dari Hotel Plaza ke Pertama Complex kami bertemu dengan ramai penyokong.Sempat mengambil gambar. Kami berhati2 dan berusaha supaya tidak ditangkap sebelum perhimpunan bermula....memakai baju purple....akhirnya kami 3 orang telah ditangkap dengan tuduhan lebih dari yang lain dengan cubaan memenjarakan kami lebih lama dari yang lain....gambar dari blog Merah Hitam.


Ini gambar yang diambil oleh Nora dari blognya....dia terlepas kali ni...tengok tu...masih 'sopan' memakai jubah purple...sempat lagi mengambil peluang melaungkan kata-kata semangat..."ISA ZALIM,MANSUHKAN ISA!!!!"


Ini gambar di hadapan pertama kompleks ketika kami mula dikepung dan dikawal oleh polis...Ammar anak saya berbaju kuning turut ditangkap dan dihantar ke lokap juvenile di Petaling secara rahsia dan penuh penipuan...

Ada SB yang datang dan cuba menyelak baju Ammar...ini adalah satu provokasi...saya terus menjerit dan menghalang tindakan SB tersebut...terus menarik perhatian orang ramai ke arah kami.


Solat zohor di dalam truck apabila polis dan SB menghukum kami dengan menutup pintu truck...bila masuk dalam truck...kami tanggalkan pakaian luar kami.....

4 comments:

QAYYIM HAFIDZI said...

makcik memang best! teruskan perjuangan..sempat juga tengok rakaman makcik kena tangkap, semangat memang tak luntur.

betul! LAWAN TETAP LAWAN!

jzkk atas doa untuk abi

Unknown said...

Qayyim..

ya..kita semua akan teruskan perjuangan InsyaAllah...

dan abi perlu terus sihat dengan izin Allah untuk teruskan perjuangan untuk umat Islam di bumi Palestine...dan ilmu beliau yang tinggi dalam sejarah Islam, sejarah perjuangan umat Palestine dan sejarah tanahair kita sendiri...

Teruskan beri kata-kata semangat pada ummi dan abi.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

hebat sungguh...ummi kagum dengan semangat juang yang tinggi..rasa diri ini kerdil..

jangan patah semangat dengan dugaan yang kecil ini..

lawan tetap lawan..!!

ummu asiah said...

ummi anni..

ish..samalah orang tu:)

kita pun kagum gak..

InsyaAllah sama-sama kita jadi serikandi penegak agama dan pejuang keadilan!!!!