Gambar-gambar di Program Khas SOLAT HAJAT DAN PIDATO GAZA
Dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan dari Program SOLAT HAJAT PERDANA dan PIDATO KHAS Gaza yang telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam bermula sebelum waktu Maghrib.
Alhamdulillah bersyukur kita menjadi rakyat Selangor kerana mempunyai Pimpinan yang sedar akan nasib rakyat dan ummah secara keseluruhannya. Majlis Solat Hajat telah diadakan khusus untuk Gaza dan khusus juga untuk para sukarelawan yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk membela nasib rakyat Palestine.
Seluruh dunia membuka mata dengan apa yang berlaku, seluruh dunia juga bangun membantah kezaliman Israel dan mendo'akan kesejahteraan nasib para sukarelawan.
Beliau menegaskan tentang sifat Yahudi yang bodoh dengan tindakan mereka menzalimi rakyat Palestine dan kebodohan mereka sentiasa terserlah. Palestine tidak pernah kalah dan tidak pernah menyerah kalah.(timbul perbezaan pendapat tentang penggunaan istilah Yahudi, Israel dan Zionis, penceramah ini menggunakan istilah Yahudi)
Beliau juga menceritakan tentang perbualan telefon beliau dengan salah seorang sukarelawan dari MAPIM, Sdra Mustapha Mansor yang mengatakan beliau sebolehnya tidak mahu pulang selagi misi bantuan tidak berjaya.
1 comment:
Pandangan luar biasa setelah Pakatan Rakyat memerintah.
Stadium dimanafaatkan ilmu manafaat mendapat berkat dasar muafakat memberi khidmat - tanah air kita wajar miliki dasar yang lebih menyerlahkan kesediaan kepimpinan memimpin ummat.
Post a Comment