PENJARA PUDU 1895-2010 DAN SAYA MENGHUNINYA!!!
Jeriji Besi memisahkan ruang legar tempat kami lepak sebelum dimasukkan ke dalam lokap...sekarang sebab dah diruntuhkan..ianya bukan rahsia lagi...
Ini di ruang legar sebelum dimasukkan ke dalam lokap yang sebenarnya...letih sangat semua terbaring seadanya.
Malam ini pada jam 10 malam tembok Penjara Pudu benteng pertama dan terakhir akan dirobohkan. Rupanya ramai yang bernostalgia dan bersedih dan kesal dengan peristiwa ini.
Bagi kebanyakan mereka yang bersedih dan kesal kerana ianya adalah satu sejarah, lambang sejarah dan warisan walaupun ianya menempatkan orang-orang yang dituduh dan didakwa telah melakukan kesalahan.
Sayangnya Menteri di Malaysia memandang tempat ini sebagai sesuatu yang tidak ada faedahnya.
Bagi kebanyakan mereka yang bersedih dan kesal kerana ianya adalah satu sejarah, lambang sejarah dan warisan walaupun ianya menempatkan orang-orang yang dituduh dan didakwa telah melakukan kesalahan.
Sayangnya Menteri di Malaysia memandang tempat ini sebagai sesuatu yang tidak ada faedahnya.
Tidak mahu saya mengulas panjang tentang ini, dan saya juga sekiranya tidak membaca keluhan-keluhan rakan-rakan di Facebook, Twitter dan blog, mungkin saya juga tergolong di dalam rakyat yang tidak tahu dan tidak ambil tahu.
Penjara Pudu mempunyai kesah nostalgianya yang tersendiri pada diri saya, suami, anak-anak dan kawan-kawan, kerana siapa sangka, saya sendiri jauh dari dapat menduga bahawa nama saya terpahat dalam senarai penghuni penjara Pudu!
Ketika kami dipenjarakan, anak-anak, suami dan kawan-kawan berdemonstrasi setiap masa. Asiah anak yang kecil ketika itu berumur 7 tahun...tidak dapat ditafsirkan perasaannya dan anak-anak yang lain..namun dari maklumat kawan-kawan bukan main lagi dia bersemangat berdemonstrasi. Ketika ada yang hendak pergi solat dia beria katakan yang dia mesti solat sebab nak berdo'a untuk umminya.
Saya dan 44 yang lain tiba di perkarangan Penjara Pudu pada jam lebih kurang 3 pagi 27hb Januari 2008. Kami semua kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap pada jam hampir masuk waktu subuh.
Lansung tidak dapat menerima kenyataan itu, tidak pasti apa perasaan sebenar yang bermain dalam fikiran kami semua.
Saya, Nora, Aiman Athirah, Azi, Fatimah, Mai Suharah, Ginie, Saraswathy, Vijaya, Kogi dan seorang lagi lupa pula namanya. Kami semua tahanan politik wanita disumbatkan di dalam satu sel.
Perkara pertama yang sangat saya takuti dan cuak sebenarnya ialah tentang kesah-kesah yang pernah saya dengar tentang betapa kotornya tandas penjara dan betapa ianya tiada dinding menutup aurat!....Ya Allah itulah satunya perkara pertama yang menjadi tandatanya...bagaimana nak memijak kaki di lantai tandas yang kotor....eeeeuuuuuuu.....
Kami melepasi syarat untuk ditanggal pakaian dan memakai baju lokap kerana kami membantah bahawa kami bukannya banduan!!!. Seperkara lagi kami juga membantah apabila warden penjara menjerit kepada kami untuk masing-masing bertinggung di atas lantai. Sekali lagi kami jelaskan yang kami bukannya banduan. Alhamdulillah kami lulus dua saringan tersebut.
Oleh kerana kami tiba di dalam lokap sebaik azan berkumandang kami memohon untuk ke tandas mengambil wuduk dan membersihkan diri ala kadar dengan barang keperluan penjara yang diberikan. Berus gigi separuh batangnya, sebutir kecil sabun dan satu tuala good morning.
Oh..lupa untuk dinyatakan bahawa syarat khusus masuk penjara ialah anda dicabut nikmat dari memakai kasut.
Kami memohon menggunakan tandas warden, Alhamdulillah dibenarkan maka ianya bersih...Syukur!!!
Kami mengambil wuduk dan solat berjamaah, terasa syahdunya, membaca mathurat beramai-ramai, airmata mengalir deras.
Rakan-rakan bukan muslim sudah masuk ke dalam sel, kami menyusul kemudiannya memasuki ke dalam sel dengan melalui banyak sel-sel lain di kiri dan kanan...kejutan budaya melihat cara pakaian mereka dan kami beristighfar berkali-kali dengan pandangan yang sungguh menjolok mata.
Kami masuk ke dalam sel dan mencari ruang untuk melabuhkan diri di celah rakan-rakan yang nampak nyenyak tidur...saya cuba melelapkan mata namun gagal. Kesejukan simen begitu menggigit hingga ke tulang-tulang, bingkas bangun dan duduk bernasyid dan bernyanyi sendirian. Saya tidak keseorangan dan disambut dengan merdu suara Aiman Athirah.
Kami menyanyikan lagu-lagu yang mendidik jiwa dan nasyid perjuangan....keenakan semua dibuai mimpi dan kesyahduan perasaan saya dan Aiman terusik dengan bauan yang menusuk hingga ke kerongkong dan menyesakkan dada....hancing sekali. Rupanya sel kami letaknya betul-betul berhadapan dengan tandas dan waktu itu ialah masa di mana semua tahanan yang lainnya 'dilepaskan' untuk ke tandas.
Rupanya mereka mempunyai masa yang tertentu sahaja untuk ke tandas, sekiranya tidak tahan maka mereka membuang air di dalam plastik atau mungkin terbarai di mana sahaja.....
Terlalu banyak lagi kesah yang pernah saya rakamkan sebelum ini....maka kali ini saya ingin sekali berkongsi tentang kesah hantu di dalam salah satu sel, yang sebenarnya terletak betul-betul juga berdekatan sel kami.
Kesah hantu ini diceritakan oleh salah seorang warden. Lebih kurang ceritanya banduan itu adalah banduan akhir. Dia pandai melukis dan suka melukis. Beliau melukis satu potret wajah di dalam selnya. Saya tidak lagi ingat jalan ceritanya samada beliau membunuh diri atau dia dihukum bunuh. Cerita warden tersebut, apabila malam menjelma dan bila suasana gelap potret wajah tersebut akan menjelma dan bercahaya seolah hidup. Mereka sering nampak bayang-bayang berkeliaran dan wajah yang 'glowing' di dalam sel tersebut.
Warden-warden disitu mengajak kami untuk pergi sendiri melihat. Tak silap saya semua kawan-kawan saya pergi mengikut warden dan lihat sel tersebut, kecuali saya...saya memang penakut. Khabar mereka kepada saya memang benar mereka melihat wajah yang bercahaya tersebut.
Pada malam tersebut kebetulan rakan-rakan kami yang lain ramai yang telah dibebaskan oleh majistret kecuali saya, Aiman, Mai Suharah, Azi dan Fatimah. Maka pada malam keduanya kami memohon untuk tidur di luar sel kami. Kami memohon untuk tidur di ruang yang terbuka betul-betul di hadapan pintu lokap yang di hadapan. Kami membentangakan kain yang ada sebagai alas dan kami berlima mula mengambil tempat tidur masing-masing. Saya dengan cepat memastikan agar saya dapat di ruang yang tengah dan Aiman tidur di tepi saya.
Memang saya benar-benar gerun dan takut sekiranya saya terjaga sendirian di waktu malam. Syukur saya tidur dengan lenanya hinggalah ke waktu Subuh, cuma Aiman menegur saya kerana saya telah menolak semua orang jauh ke tepi!!...Terbawa kesah hantu dalam mimpi mungkin.
Cukup ini sahaja kesah dari saya buat malam terakhir tembok Penjara Pudu yang mungkin sedang diruntuhkan...banyak lagi yang telah dikesahkan...mungkin patut saya bukukan.....
Forgotten Memories - Pudu from fatul ghazali on Vimeo.
1 comment:
pada hari yg sama juga, kami sekeluarga nyaris ditangkap ketika ramai kami dengar dibawa ke sana. kami diugut nak ditangkap sekeluarga lalu kami duduk di atas tar jalan minta mereka mengangkat kami.
kawan kami junaidi dilokap di balai polis kepong..ke hulu ke hilir balai kami cuba cari...
penat tapi itulah ceritanya..
Post a Comment