Thursday, 3 June 2010

Inilah akibatnya bila Pegawai Penyiasat terlebih 'INTELLIGENT'

.....AKIBATNYA????........RAKYAT MENDERITA!!!

Skrip perbicaraan di bawah adalah cross examine oleh Peguambela Augustine Anthony bersambung dari keterangan yang diberi oleh Saksi DSP Fadhil kepada DPP. Skrip perbicraan yang lalu boleh dibaca di tajuk ini : "Adakah patut minta Hakim buat kerja Polis: Kecoh sampai mahkamah kena henti rehat". Selainnya boleh dibaca di sini.

S : Apa maksud sekumpulan orang ramai?

J : Sekumpulan orang lebih dari 1 orang.

S : Dalam keterangan anda katakan sekumpulan orang lebih dari 10 orang, sekumpulan orang lebih dari 15 orang, apa maksud?

J : Sekumpulan orang sejumlah 15 orang.

S : Setuju dengan saya mereka ada dalam 1 kelompok?

J : ya.

S : Jika anda kata sekumpulan orang 20 orang mereka ada dalam 1 kelompok?

J : Ya.

S : Jika seorang berada 100m daripada sekelompok orang itu adakah masih ada dalam kelompk itu?

J : Berkemungkinan ya.

S : Rujuk pada laporan polis P 43, ada beri nama tangkapan?

J : Ya.

S : Sebut di dalam mahkamah nama lokasi tangkapan?

J : saya tak pasti.

S : Berikan saya lokasi tepat tangkapan lokasi Mohd Faiz?

J : Tak pasti.

S : Berikan saya lokasi tepat tangkapan Zulhaizam?

J : Di atas jalanraya di hadapan Masjid Ubudiyyah.

S : Setuju dengan saya di atas jalanraya bukan di perkarangan Masjid?

J : Ya.

S : Berikan lokasi tepat Isha Ridwan ditangkap?

J : Tak pasti.

S : Berikan lokasi tepat dimana Bad Latif Mansor ditangkap?

J : Tak pasti.

S : Berikan lokasi tepat di mana Ade Helmi ditangkap?

J : Di perkarangan Masjid Ubudiyyah.

S : Anda setuju lokasi tepat Ade helmi berlainan dari lokasi Zulhaizam?

J : berlainan.

S : Beritahu saya nama lokasi Yusof Jaafar ditangkap?

J : tak pasti.

S : Berikan juga lokasi tepat di mana Hj Mohd Ismail ditangkap?

J : tak pasti.

S : Berikan saya lokasi tepat tangkapan dibuat atas Idris Mohd Talib?

J : tak pasti.

S : Anda setuju bermakna anda bukan ingat apa yang berlaku pada hari itu?

J : Tak semua tapi boleh ingat.

S : Ini bermaksud ada perkara yang anda ingat dan tak ingat?

J : Setuju

S : Anda setuju dengan saya semua kandungan P 43 adalah tepat?

J : Setuju.

S: Seramai berapa orang anggota polis Kanan yang wakili?

J : 5 orang. Daripada D9 5 orang.

S : Bersama anda ada 6 orang? Anda bersama 5 orang?

J : Ya.

S : Ikut anda berapa pegawai?

J : ramai pegawai.

S : Anda keluar bersama anda berapa pegawai?

J : 5 pegawai D 9

S : Bersama DSP Fadhil berapa officers?

J : Lebih dari 7 orang.

S: selain dari 6 pegawai berapa ramai?

J : Tak pasti.

S : jadi hari ini anda telah lupa berapa pegawai bersama anda pada hari itu?

J : setuju.

S : Anda pernah beri keterangan di mahkamah sebelum ini?

J : Ya.

S : Berapa kali?

J : Banyak kali.

S : DSP Fadhil tahu prosedur bila lengkapkan borang serahan?

J : Ya.

S : Setuju dengan saya semasa barang kes diberi kepada pegawai lain khususnya IO, tarikh dan masa serahan mesti diletakkan?

J : Ya.

S : Anda juga tahu PDRM keluarkan borang khas untuk barang-barang yang dirampas dari tempat rampasan?

J : Ya.

S : Anda juga tahu bahwa borang khas barang yang telah dirampas perlu diisi di kawasan barang kes dirampas?

J : Ya.

S : Rujuk pada P44 borang. tadi beri keterangan borang serah ini tiada masa serahan seperti P44?

J : Tak setuju, ada.

S : Mana?

J : atas.

S : Borang serah menyerah dengan tarikh dan masa yang ditulis oleh DSP Fadhil sendiri?

J : Ada.

S : Yang ditulis oleh DSP Fadhil sendiri?

J : Tak ada.

S : Adakah DSP Fadhil sediakan Borang Bongkar?

J : Tak ada.

S : Lihat barang kes Item 1, 1 kaki berapa inci?

J : 12 inci, tadi saya kata 2 kaki 14 CM.

S : Ini yang diisi sendiri oleh DSP Fadhil masa serah menyerah, jadi saya katakan CM CM tu hanya rekaan pada hari ini saja?

J : tak setuju.

S : P 44 yang dibungkus oleh IDD 45, anda setuju dengan saya IDD 45 tak ada sebarang meterai cuma balutan saja?

J : Ya.

S : Rujuk sebatang kayu 2 kaki 14 cm P 46, setuju dengan saya tiada sebarang tandaan dibuat?

J : Tiada.

S : P 49 ada 6 biji batu, ini laporan serah menyerah bertanda A1-A6 ( setiap batu kononnya ditanda atau dirujuk sebagai batu A1, A2, A 3, A 4, A 5 dan A 6). Tunjukkan saya batu A3.

J : Ada di antara A1 - A6.

Peguambela : "Can we have this recorded Puan".

S : Ok between A1 - A6 mana satu [batu A3?]

J : Tidak boleh ditujukkan.

Peguambela : Ambil batu kecil A7 - A18.

S : Mana A 12?

J : Tidak boleh [tunjuk]

S : P 54 anda ada sebut satu botol air minuman mineral bertulis "Air Cincau Yeop dan Yong",

tunjukkan mana?

Saksi : Gelak-gelak dan senyum-senyum [untuk makluman Saksi seringkali kelihatan tersenyum-senyum sambil memandang ke arah semua OKT di dalam kandang orang salah]

Peguambela : "People are suffering here".

S : Apa yang ditulis di dalam borang serah menyerah tak ada dalam P54 setuju?

J : tak setuju.

S : Apa yang ditulis dalam borang serah menyerah, tak ada dalam P 54

J : Tak setuju.

S : Selain dari Yeop dan Yeong apa lagi ditulis?

J : Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

S : P 56 saya rujuk item 5 P 44 1 cawan kaca halus yang dikutip di perkarangan jalan kata catat P 56, apa yang tertulis?

J : P 56 ialah satu cawan berisi serpihan kaca.

S : Anda setuju dengan saya P56 bukanlah 1 cawan kaca?

J : SETUJU.

S : Apakah P 56?

J : SATU......CAWAN.......PLASTIK! (dengan nada yang agak sinis menyebut satu satu ayat dengan perlahan-lahan..diikuti dengan deraian gelak ketawa dari semua dalam mahkamah....macam main-main pulak dia)

S : Anda setuju dengan saya 1 cawan plastik tidak wujud dalam borang serah menyerah?

J : tidak setuju.

S : Sekarang lihat P44 mana ada tulis satu cawn plastik?

J : Tak ada tapi tertera.........(cuba nak menjelaskan )

S : Itu soalan saya, tolong jawab dengan tepat.

J : Tak ada.

S : Anda setuju tak ada cawan plastik?

J : Tak ada.

S : So anda setuju dengan saya 1 cawan plastik di hadapan anda adalah the 1st reference in court?

J : tak setuju.

S : Anda setuju dengan saya bungkusan sampul surat yang mengisi 6 batu besar tidak dimeteraikan?

J : Setuju.

S : Setuju dengan saya sampul surat hanya distaplerkan?

J : Setuju.

S : Setuju dengan saya sampul surat berisi IDD 51 yang diisi dengan batu-batu kecil juga tidak dimetraikan?

J : setuju

S : Setuju dengan saya IDD 55 sampul surat untuk 1 cawan plastik tidak dimetraikan?

J : Setuju.

S : dalam P 56 berapa cebisan kaca yang ada di dalamnya?

J : Tak tahu tapi banyak.

S : Anda tahu kaca ni datang dari mana?

J : Tak tahu.

S : Anda ada cadangkan di sini serpihan objek yang dibaling oleh PERUSUH. Anda tahu siapa mereka ni?

J : tak ingat. Ya.

S : Sila beritahu mahkamah lokasi tepat di mana 6 batu batu besar di mana 6 batu besar P 49 yang dikutip oleh anda.

J : Hanya 1 yang saya kutip. di atas jalanraya di perkarangan masjid.

S : tahu yang mana satu?

J : TAK INGAT.

S : Anda tahu 1 batu besar dibaling oleh siapa?

J : Salah seorang dari..........[cuba nak panjangkan ayat]

S : SIAPA?

J : TAK INGAT.

S : Anda tahu salah satu batu yang dikutip P 49 dikutip oleh siapa?

J : oleh seorang pegawai saya.

S : Saya pegang 1 batu sekarang anda tahu siapa yang kutip batu ni?

J : Tak pasti.

S : Saya pegang batu kedua, siapa yang kutip batu ni?

J : Tak pasti.

S : Saya pegang batu ke 4, siapa yang kutip batu ni?

J : tak pasti.

S : Saya pegang batu yang ke 5 siapa yang kutip batu ni?

J : tak pasti.

S : saya pegang batu ke 6 siapa yang kutip batu ni?

J : tak pasti.

S : Anda setuju anda tak pasti ke enam enam batu dikutip oleh siapa, pegawai mana?

J : Tak setuju.

S : Kenapa [tak setuju]?

J : Sebab salah satu batu tu saya yang kutip...[dengan nada yang buat orang ketawakan dia]

S : So anda tak pasti yang mana satu anda kutip?

J : YANG ITU SAYA PASTI [sekali lagi dengan nada yang buat orang ketawa]

S : Ada pernah anda tengok batu ni sebelum ni?

J : tak pernah.

S : Oleh kerana tak pasti baru manakah dikutip, dan kita semua tahu anda telah kutip 1 batu, anda tak pasti batu yang dikutip oleh anda pada hari ni?

J : SETUJU[gelak lagi]

S : Setuju dengan saya kesemua batu-batu ini dikutip oleh anggota-anggota pada hari itu dan diberi anda?

J : Setuju.

S : Semua dikutip diberi pada anda selepas kejadian?

J : Setuju.

S : Selepas batu dibaling?

J : Immediate tak setuju, beri pada saya setuju.

S : Setuju dikutip diberi pada DSP?

J : Setuju. Diserah pada saya di IPD.

S : jadi batu-batu ini tidak diserahkan pada DSP di masjid atau di istana?

J : Setuju.

S : Satu batu yang dikutip oleh anda diberikan pada siapa?

J : Pada anggota saya.

S : Anda tidak serahkan borang serah?

J : Ya

S : Pukul berapa batu diserahkan?

J : Bila laporan polis dibuat lebihkurang jam 6.30petang.

berakhir....akan disambung pada tarikh 28,29 Jun dan 1 Julai 2010.

No comments: