Wednesday, 2 June 2010

Terkini: Astro Awani: Rakyat Malaysia Selamat.

Alhamdulillah...syukur..Allah Hu Akbar...terkini dari Astro Awani sekitar jam 11.50 tadi telah terdapat hubungan dengan wartawan mereka Ashwad Ismail memaklumkan mereka semua selamat 12 orang aktivis dari Malaysia. Kini mereka berada di Jordan dan dalam proses untuk pulang.

Ashwad menceritakan detik-detik cemas yang mereka lalui ketika tentera Israel mengepung mereka dengan kapal-kapal kecil dan juga yang turun ke dek kapal melalui helikopter.

Beliau telah digari dan katanya memang beliau menyaksikan tembakan peluru hidup dari tentera Israel. Menembak aktivis yang jarak dua orang darinya. Beliau terpisah dengan jurukamera yang dihantar ke dek bawah kapal dan beliau diatas.
Katanya lagi aktivis dari Malaysia telah menjadi Frontliner dalam menentang askar Israel yang masuk ke kapal. Begitu juga menurut Tuan Haji Noorazman yang menjadi Ketua Misi Malaysia di dalam temuramah awal dengan beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia dipilih menjadi pihak yang mengawal keselamatan.

Laporan yang mengatakan bahawa aktivis dari atas kapal menyerang mereka dengan benda tajam adalah tidak benar. Lihat di sini. Mereka hanya menggunakan pancutan air dari pili bomba untuk menghalang tentera Israel dari memasuki kapal.

Beliau telah dibawa ke penjara di Ashdord sebelum dibebaskan.

Mesej ringkas darin Ashwad Ismail di Astro Awani sebentar tadi ialah apa yg dirasakan oleh Palestine mengenai 6 dekad penindasan oleh Israel sedikit dirasainya selama 28 jam ditawan dan dizalimi oleh tentera Israel. beliau digari plastik dan merangkak menyelamatkan diri..Allah hu Akbar!!!

2 comments:

Aina@Azila said...

Alhamdulillah... sesungguhnya setiap yg berlaku ada rahmatnya. Disebalik kejadian Flotilla Attack ini, tirai yg menutup Palestin semakin terbuka. Mesir mula membuka sempadannya dan bantuan kemanusiaan mula masuk ke Gaza.

Semoga yg terkorban di Flotilla attack terkorban sebagai syahid. Meniggal dalam perjuangan... alfatihah....

ummu asiah said...

Azila,

dan lebih terserlah kezaliman Israel dan tipu helah mereka dan lebih lagi menaikkan semangat manusia sejagat untuk membantu rakyat Palestin untuk oecahkan tembok tembok yg ada.