Thursday, 24 June 2010

Himpunan Mansuh: Waran tangkap dikeluarkan...Jangan la tangkap lagi.

Hari ini bermula buat kali pertamanya perbicaraan kes tangkapan 29 orang peserta Perhimpunan Aman, 'HIMPUNAN MANSUH' bagi membantah mendesak akta ISA dimansuhkan.

Seramai hampir 600 orang telah ditangkap pada hari kejadian, ramai juga yang ditangkap awal lagi sebelum perhimpunan dijadualkan bermula, termasuk kumpulan saya dan rakan-rakan yang lain.

Pemandangan di tempat kami 600 orang yang telah ditangkap diletakkan sementara pada 1hb Ogos 2009.

Dari sejumlah 600 orang tersebut cuma kira2 dalam 60 orang yang telah disumbatkan ke dalam penjara baru Bukit Jalil yang lainnya telah dibebaskan. Dari jumlah 60 orang tersebut pula, hanya 29 orang yang telah didakwa di Mahkamah, dengan yang lainnya telah dibebaskan oleh Majistret di perbicaraan permohonan reman yang dijalankan di sebuah bilik di Penjara Bukit Jalil.

Gambaran kami yang tidak puas hati dengan sikap polis yang menipu ini..dia kata peguam kami tak kesah pun, tak ada peguam kami yang datang bila kami mohon untuk jumpa peguam yang dah ada diluar..bila dia dah tak boleh berhujah dan kalah sebab dia meniupu dia kata saya tak betul macam orang gila

Setelah beberapa kali sebutan kes dijalankan Hakim menetapkan hari ini bermulanya perbicaraan walaupun pada tarikh sebutan kes dijalankan sudah sedia maklum bahawa pihak Pendakwaraya belumpun menyediakan dokumen kepada pihak peguambela.

Hari ini kami yang didakwa telah hadir di Mahkamah tepat pada masanya dengan ada juga yang datang lewat. Kelewatan pihak OKT walaupun seorang akan menyebabkan kes terganggu dan terhalang. Kes terpksa ditangguh beberapa lama.

Perut lapar...terpaksa ditahan...banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam mahkamah selain duduk dan mendengar..Sebagai selingan hari ini dapat khabar berita siling di kafe mahkamah pula runtuh dan runtuh lagi akibat kebocoran....

Inilah ujian yang sering perlu dilalui...menunggu dan menunggu....memang payah apabila ramai OKT yang terlibat. Pihak DPP pula tidak memberikan peluang yang mudah untuk yang tidak mematuhi peraturan. Siapa yang gagal hadir akan dimohon supaya waran tangkap dikeluarkan. Maka setiap orang OKT sentiasa harus mematuhi segala peraturan untuk menjaga kebaikan diri lebih-lebih lagi rakan OKT yang lain yang cuba sedaya upaya berdisiplin.

Buat persembahan isi masa luang...

Seorang dari kami OKT telah melanjutkan pelajarannya ke Yaman maka sudah tentu beliau tidak hadir, dan DPP membuat permohonan agar waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kerana tidak mengikut prosedur mahkamah untuk memohon pelepasan bagi ke luar negara untuk satu tempoh masa.

Teringat saya nasib Adik Faiz, OKT Kuala Kangsar bersama suami saya yang ditangkap di Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009. Beliau mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke Jordan selepas ditangkap. Peguambela membuat representasi khusus di Mahkamah agar beliau diberi pelepasan selama dua tahun untuk melanjutkan pelajaran. Permohonannya telah ditolak dan beliau gagal melanjutkan pelajaran ke luar negara..namun tidak bermakna beliau tidak boleh teruskan pengajiannya, rezekinya masih di bumi yang tercinta.

Sebahagian teman selokap kami yang dibebaskan sehari awal dari kami...saya, cikgu laila, aiman, kak yat dan kak salma bermalam semalam lagi dan didakwa di mahkamah.

Syukur...untuk kes adik yang sedang berada di Yaman, penjaminnya telah dipanggil ke hadapan dan Hakim mendapatkan penjelasan. Ustazah Nuridah yang duduk di sebelah saya tidak henti-henti berdo'a dengan menyebut nama-nama Allah yang Maha Tinggi, Mulia dan Berkuasa. Alhamdulillah, keputusan yang baik berpihak kepada OKT.

Masih ada 3 orang OKT yang gagal hadir pada awal pagi tersebut, maka peguam memohon agar kes ditangguhkan kerana kes ini harus dibicarakan sekali dengan semua OKT hadir.

Suami bersama penyokong yang menanti memberi sokongan kepada kami di perkarangan Penjara Bukit Jalil...ketika ini kami tidak tahu di mana anak kami Ammar yang juga ditangkap dipenjarakan...siksanya jiwa...

Peguambela juga memaklumkan kepada Hakim bahawa dokumen yang diperlukan untuk menjalankan perbicaraan kes ini belum mereka dapati dari pihak Pendakwaraya dan disokong oleh semua peguambela bagi 29 orang OKT dengan hujah yang sama.

Maka kes ini terpaksa juga ditangguhkan ke satu tarikh yang lain iaitu pada 7-9hb Julai dengan syarat Pihak Pendakwaraya perlulah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Jangan terus menganiayai kami dengan hanya tahu menangkap, sumbat dalam penjara, buat tuduhan dan fitnah yang tidak berasas, tetapi akhirnya semuanya hanya rekaan semata.

Di dalam truck polis...panas berbahang...merenung masa hadapan...

Perhimpunan Aman lagi

3 hb Julai..bakal tiba dengan satu lagi perhimpunan aman yang telah dirancang bagi membantah pemberian Lesen Judi oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Aiman Athirah sahabat yang sama-sama saya ditangkap dalam kes Mansuh juga kes PROTES yang masih di dalam perbicaraan berkata...."Macam mana ni kak...serik la kena datang ke mahkamah ni"

Memang bunyinya macam orang putus asa dan keletihan...tetapi sebenarnya kami tak suka ditangkap...tapi...siapa yang suka ditangkap??..adakah orang yang suka ditangkap???.....persoalannya juga..kenapa mesti tangkap.....soalan yang tiada kesudahan...

Bicara saya pada Aiman " 3hb Julai ni..kita kena berhimpun lagi....takkan pula kita tidak mahu turun berhimpun sebab 'takut ditangkap'...Ini jalan yang kita pilih..."

Aiman menyambung lagi sambil tersenyum meleret..."Kita lari nak kak, kalau polis nak tangkap kita...."

Jawap saya.."Ha...ini baru betul jadi kes seperti kes PROTES kita, Inspektor Anand tuduh kita cuba melarikan diri bila ditangkap....".....ha...ha....kami gelak bersama-sama....

Akhirnya saya katakan pada Aiman...sambil menunjuk jari ke arah muka..."Kita pakai purdah nak tak Aiman".....ha...ha....sekali lagi kami ketawa membuang rasa jemu, bosan dan marah dalam hati sebab sentiasa perlu tunggu dan terus menunggu....

Moga Allahh tetapkan hati-hati kami di landasan yang benar yang telah kami pilih dan menghitungnya sebagai pahala amal yang bakal menaglir juga kepada ibu bapa kami yang telah melahirkan kami ke dunia untuk menjadi golongan yang menentang segala kezaliman bagi memastikan anak-anak dan generasi yang bakal dilahirkan oleh anak-anak kami dan kita semua hidup dalam dunia yang benar-benar selamat dari pemerintah yang ZALIM.

Ha..ha...Aiman dalam mood tidak puas hati dan marah sambil merenung kad pengenalannya..gambar ini mungkin boleh jadi bukti bahawa ada kad pengenalan bersama kami kerana polis membuat tuduhan bahawa kami tidak mempunyai kad pengenalan diri ketika diminta..alasan sebenar kami ialah kami tidak mahu memberikan IC kami pada polis yang tidak beruniform..tah siap pula dia...kami nyatakan kami akan tunjuk IC dan beri maklumat yang dikehendaki...tetapi polis itu mengugut untuk mendakwa kami dan memang benar, saya, aiman, dan Cikgu Laila didakwa di mahkamah dengan satu tuduhan tambahan dari yang lainnya.

Ironinya ialah, Kak Salmah dan Kak Yati yang ditangkap bersama kami telah menyerahkan IC mereka kepada polis, namun setelah dibebaskan IC mereka tidak dipulangkan dan tidak tahu di mana. Mereka telah membuat laporan polis...dan kalau anda nak tahu...HARI INI DI MAHKAMAH BARU SEORANG POLIS YANG BERNAMA YANTI DATANG MEMBERIKAN IC MEREKA BERDUA!!!!!

Gambaran dari dalam truck...kami 'diseksa' dan 'dihukum' dengan dikurung dalam truck berjam-jam kerana kami tidak menyerahkan IC kami..kami solat Zuhur di dalam truck ini....kenangan......

No comments: