Thursday, 26 March 2009

SELCAT DAY 4...Setujukah anda jika dikatakan BALKIS ZALIM????

Tarik nafas anda panjang-panjang dan dalam-dalam...mohon kepada Allah untuk memberikan kesabaran yang tinggi dalam melalui episod yang baru dalam pendengaran awam ini....

Kami seperti biasa tiba lambat ke dewan..banyak perkara perlu diuruskan sebelum keluar dari rumah dengan selesa.

Laporan kami terima dari Kak Aliza yang istiqamah berada di sana setiap hari mengikuti suaminya YB Saari Sungib.

Sebaik kami membelok keluar dari plaza tol menuju Shah Alam...kami terima sms dari beliau..."panas,panas, jabatan pendaftaran kena bubar, bukan BALKIS saja".....hhmm...saya terfikir mungkin kerana melalui maklumat semalam...mesyuarat khas yang kononnya diadakan oleh BALKIS untuk membuat keputusan pembubaran NGO tersebut sebenarnya tidak sah, kerana tidak menepati syarat-syarat wajib...satu darinya sudah tentu mengenai keahlian...sedangkan sebaik selepas 8/3/08 kebanyakan ahli BALKIS yang suami mereka telah kalah secara automatik bukan lagi ahli BALKIS, YDP nya juga sudah hilang kelayakan kerana suaminya bukan lagi seorang Menteri Besar.....tetapi Jabatan Pendaftaran Selangor tetap menerima dan mengesahkan notis pembubaran tersebut...setelah menerima satu surat khas dari Kementerian Dalam Negeri....Ini andaian saya...itulah akibatnya apabila pekerja bawahan terpaksa dicucuk hidung dan sanggup membiarkan diri mereka dicucuk dan ditarik hidung sesuka hati...

Sebaik sampai ke bangunan Annex...terima lagi satu sms.."cepat-cepat, Datin Khairiah dah nak mula"....bergegas kami melangkah ke dewan di tingkat 2. Sebaik melangkah kaki ke dalam dewan terdengar YB Teng berkata.."Okay, kita tangguh dulu bahagian ini ke hari Rabu 1hb April".....alamak dah tangguh ke pulak...baru sampai.

Rupanya Datin Khairiah CEO PNSB dan pegawainya masih belum bersedia dan dapat menyediakan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan segala perbelanjaan yang ditanggung oleh PNSB untuk membiayai segala perbelanjaan BALKIS melancong ke merata tempat dan berbagai pembelian dan pembayaran yang lainnya. Nampaknya sidang SELCAT ini akan berpanjangan..tarikh asalnya hanyalah dari 23-31Mac. Pasangan suami isteri yang terhangat diperkatakan belum lagi dipanggil mengadap.

Turut hadir setiap hari, isteri YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor, Puan Noraini Samsuddin PA isteri MB Tan Sri Khalid dan Puan Aliza, isteri YB Saari...khusyuk mendengar mengambil pengajaran apabila mereka mengurskan persatuan isteri ADUN kini PEKAWANIS

Saksi seterusnya yang dipanggil ialah Puan Hafizatul Akma Abdul Jalil yang merupakan Pegawai MAIS yang diletakkan di Kompleks Wawasan BALKIS sebagai pengurus di sana. Sebelum diambil sebagai kakitangan MAIS, beliau sudahpun bekerja di kompleks tersebut dan gajinya dibayar oleh sebuah Syarikat, Mentari Corporations. Apabila MAIS mengeluarkan tawaran mencari pekerja untuk diletakkan di Kompleks tersebut beliau telah membuat permohonan, dipanggil untuk temuduga dan diterima bekerja atas jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam dan diletakkan di Kompleks Balkis bersama 4 orang kakitangan yang lain.


Beberapa perkara yang dibangkitkan setelah disoal oleh JK SELCAT ialah seperti di bawah:

1. Tugas beliau ialah menjaga pelajar-pelajar di sana.

2. Pelajar terdiri dari anak-anak perempuan remaja yang bermasalah dari Tingkatan 3 hingga 5 seramai lebih kurang 70 orang.

3. Waktu bertugasnya secara rasmi ialah dari 8.30am-5.30pm. Namun dia terpaksa juga bertugas di sebelah malam dari jam 8 malam hingga 11.30mlm.

4. Sumber gajinya ialah dari Baitulmal Selangor.

5. Menurutnya tidak semua pelajar datangnya dari keluarga yang tidak berada, ada juga yang berada. Ada yang mak bekerja tetapi ayah tidak bekerja.

....untuk point diatas sudah tentu lari dari tujuan asal seperti yang disebut oleh Pengarah MAIS semalam yang mengatakan semuanya dari golongan miskin. Dan asas yang digunakan oleh Majlis Fatwa dan JAIS untuk membenarkan wang LZS digunakan atas dasar pelajar yang ada di sana dari asnaf fakir miskin.

6. Kebajikan nya di sana tidak terjaga menjadi penyebab utama beliau memohon jawatan tetap dengan MAIS...

7. Bila berlaku peralihan kuasa dari BN ke PR, beliau terus mendapat arahan untuk mengosongkan rumah yang didiaminya dengan kata lain dia dihalau keluar dari rumah sedangkan beliau ketika itu baru 20 hari melahirkan anaknya yang ke 5.

8. Beliau amat tertekan dan sedih, jadi beliau mencari jalan kepada siapakah beliau harus memohon simpati untuk terus tinggal di sana sehingga habis pantang dan habis tamat tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

9. Beliau mendapat maklumat bahawa Zaharah Kechik sudah tidak lagi menjadi YDP Balkis sebaliknya diambil alih oleh isteri bekas Menteri Besar Selangor iaitu isteri Mohd Mohd Taib, Puan Sri Asbi Rohani Asnan , Maka beliau bersama suaminya telah berusaha pergi sendiri ke rumah Puan Sri dan menyerahkan surat rayuan dan bercakap sendiri dengan Puan Sri. Puan Sri menerima surat tersebut walaupun beliau bukanlah YDP Balkis yang sah.

10. Namun pada 16/4/08 beliau menerima surat yang ditandatangan oleh Puan Sri Asbi sebagai YDP BALKIS untuk membenarkannya tinggal di rumah milik Kompleks Balkis hingga tempoh pantang selama 40 hari pada 30/4/08. Beliau masih merayu untuk terus tinggal di sana memandangkan beliau masih tidak sehat dan tertekan dengan seorang bayi dan 4 orang anak kecil yang lainnya.

10. Pada 30/4/08 beliau mendapat panggilan dari Pengurus Kompleks tersebut iaitu Puan Jamaliah yang bekerja dengan BALKIS supaya beliau segera keluar dari rumah tersebut.

11. Bekalan air dan letrik terus dipotongkan dari kediamannya. Sedangkan bekalan air dan letrik di kompleks tersebut masih berfungsi. Tinggallah beliau dan anak-anak yang kecil dalam keadaan yang tidak selesa menyelesaikan tugas untuk berpindah. Pekerja kompleks tersebut telah menolong beliau mengemas semua barangan dan keluar dari sana.

Ternyata, BALKIS amat KEJAM, ZALIM, TIDAK BERHATI PERUT DAN TIDAK MENGENANG BUDI TUAN YANG MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MEREKA DARI WANG ZAKAT ORANG ISLAM DI NEGERI SELANGOR.

BALKIS adalah sebuah NGO...tiada punca pendapatan melainkan dari sumbangan orang ramai dan ahli. Mereka memohon dari MAIS untuk membantu mereka membiayai penyelenggaran kompleks mereka. MAIS tidak bersetuju dengan permohonan tersebut, sebaliknya MAIS membantu membayar gaji pekerja di sana dengan wang zakat, yang kemudiannya ditukar status pekerja tersebut dengan mengambil mereka bekerja sebagai pekerja tetap MAIS...diletakkan di Kompleks tersebut. Setelah Kerajaan BN Selangor tumbang yang mana secara automatik MAIS tidak lagi diperintah dan dikawal oleh pemimpin BN maka mereka telah 'menerajang' keluar MAIS melalui pekerjanya dari Kompleks mereka. MAIS juga melalui Pengarahnya turut merayu bagi pihak Puan Hafizatul untuk membenarkan Puan Hafizatul terus tinggal namun turut ditolak...

....apakah perumpaan yang terbaik dan paling layak bagi senario ini ye....apakah sesuai perumpaan "melepaskan anjing yang tersepit"????....atau ada yang lain lagi yang lebih sesuai...fikir-fikirkanlah...

Memandangkan Datin Khairiah telah tidak bersedia memberi keterangan, maka Sidang pada hari ini telah tamat dengan sangat awal pada jam 12.30 hari...ke semua ahli media yang hadir nampak gembira dan tersenyum...apa tidaknya setiap hari mereka terpaksa membuat liputan dari pagi hingga lewat petang.....

Namun ianya amat berbaloi kerana membuka mata semua tentang apa yang sebenarnya berlaku disebalik sebuah pemerintahan yang bertapak berpuluhan tahun di Malaysia...kita menunggu masa untuk membolehkan diri kita mendedahkan lagi segala salah laku pemimpin yang ada...moga negara kita bersih dan rakyat terselamat di dunia dan akhirat.

SELCAT Day 3....banyaknya...seronoknya berbelanja...JAIS pun sama terlibat.

Sebelum ini kita sering mendengar beberapa dakwaan tentang salahlaku dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Pimpinan tertinggi BN dan UMNO...khususnya pimpinan tertinggi Negara. Banyak laporan diserahkan kepada polis dan Badan Pencegahan Rasuah....sila rujuk di sini untuk sebahagian dari dakwaan-dakwaan tersebut. Namun tidak pernah ada sebarang tindakan yang dikenakan mahupun apa-apa siasatan yang dijalankan keatas tertuduh. Apa yang dilakukan hanyalah mendakwa dan menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan rasuah pegawai kerajaan yang lebih rendah taraf mereka dan lebih kecil kesalahannya..seperti yang diumpamakan seperti menangkap ikan bilis sahaja...tetapi jerung terlepas.
Kini apa yang berlaku di Negeri Selangor dan apa yang sedang dilakukan oleh anggota SELCAT adalah suatu yang membongkarkan tentang sebahagian dari perkara di atas, yang jelas menunjukkan bahawa perkara tersebut sememangnya berlaku.
Pada hari ke 3 pendengaran awam tersebut, rakyat sekali lagi didedahkan dengan perkara-perkara salahlaku ini, di mana PNSB dengan senang lenang membeli, membiayai dan membelanjakan wang yang ada untuk kesenangan Menteri Besar ketika itu, isterinya dan ahli keluarga mereka...
Sepertimana pembelian suit jacket dan seluar berjenama 'summerman' oleh CEO PNSB Datin Khairiah kepada Khir toyo, begitulah juga bagaimana jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250.oo dibeli oleh beliau untuk dihadiahkan kepada Khir Toyo. Alasannya bila ditanya ialah ianya sebagai 'a token of appreciation' kepada MB tersebut...menjadi amalan biasa juga kepada PNSB.
Akhirnya apa yang terjadi kepada jam tersebut ialah.....ianya dijual semula dengan harga dua kali ganda dan tidak ada rekod kemasukan dalam akaun PNSB.....seronoknyeeeee.....
Pembiayaan perjalanan Zaharah Kechik ke Australia untuk melawat anaknya juga ditaja oleh PNSB dan Zaharah Kechik juga mengarahkan Datin Khairiah mengiringinya ke Melbourne dengan kos sebanyak RM14,900.00....wah...seroooonnoookkknnnyyaaa......indahnya, mudahnya hidup ini....
Saya marah, bengang....anda tak marah ke????...patutlah Pengerusi SELCAT marah dan bengang saja...memang benarlah syarikat milik kerajaan negeri selangor ketika itu dijadikan sumber kewangan kepada Menteri Besar dan isterinya...dan CEO PNSB dijadikan alat untuk memudahkan segala transaksi itu berlaku dengan senangnya kerana dia adalah teman baik lagi akrab kepada Isteri Menteri Besar ketika itu....boleh kah anda memahami segala sandiwara ini????....
Aaaahhhh...terlalu banyak lagi kewangan yang digunakan dan dileburkan juga atas nama misi kemanusiaan dan keamanan...
Malas nak cerita lagi...tapi perlu didedahkan juga...
Datin Khairiah belum dilepaskan oleh JK Selcat...sebaliknya sesi dengannya ditangguhkan lagi hingga ke pagi ini, kerana masih banyak rahsia yang tersimpan yang perlu didedahkan.


Saksi seterusnya ialah Puan Norzaton bekas Ketua Setiausaha Sulit Khir Toyo dan kini masih memegang jawatan tersebut...Puan Norzaton menjawab semua pertanyaan dengan direct, tenang dan tegas tanpa cuba buat coverup untuk bekas bossnya...baguslah...lagipun dia masih lagi menjadi menjadi pegawai kerajaan negeri kepada MB kini, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Persoalan kepada beliau tentang segala surat menyurat permohonan dan arahan dari Khir Toyo kepada orang dan jabatan lain....yang kelakarnya....dan mungkin didedahkan untuk kita fikir-fikirkan sendiri mengenai sandiwara yang tersembunyi...

Khir Toyo menulis surat kepada Pengerusi Balkis Datin Seri Zaharah Kechik, beralamat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Dalam tahun 2005, MB hantar surat kepada Pengerusi Balkis memohon sumbangan untuk Majlis Tahun Baru China Kawasan Sg Panjang(DUN Khir Toyo).

Jun 2006 memohon sumbangan untuk penyampaian sumbangan kepada orang kurang upaya, orang miskin dan lain-lain.

Memohon sumbangan untuk Program Hari Raya Aidil Fitri dengan menyertakan senarai nama kaum India di DUN Sg Panjang.

Memohon sumbangan Hari Raya 2007 DUN Sg Panjang dan Sekinchan, beri senarai nama kaum Melayu.

Mengeluarkan surat kepada bagi pihak BALKIS kepada Wisma Putra mengenai kunjungan Hormat untuk ahli rombongan seramai 47 orang termasuk Datin Zaharah Kechik ke Beijing selama 5 hari....jadual perjalanan mereka disertakan...melawat ke merata tempat, shopping dan segala makan minum ditanggung.

JK Selcat bertanya pada Pn Norzaton pada pandangannya adakah lawatan ini lawatan Rasmi atau peribadi...jawabnya peribadi...habis...tutup kes...

Well...well....

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor, MAIS, Majlis Agama Islam Selangor juga dijadikan kuda tunggangan oleh BALKIS...rakus betul...habis nak diratahnya...hingga harta milik umat Islam yanh diinfaqkan untuk golongan miskin dan fakir turut nak diratah-ratah ikut suka hati mereka....Pengarah JAIS dipanggil untuk memberi keterangan....

MAIS telah menerima permohonan dari BALKIS agar MAIS menanggung semua kos penyelenggaran dan administration untuk Kompleks Wawasan BALKIS. Kompleks ini mengikut BALKIS lah...adalah suatu kompleks yang menempatkan anak-anak remaja yang bermasalah dari golongan orang yang miskin...itu kata depa...kata orang lain atau orang luar mungkin berbeza...entahla...tak boleh nak buat tuduhan tanpa bukti...

Okaylah...untuk isu ini, MAIS boleh lagi berfikir dan bertindak dengan waras dengan menolak permohonan tersebut...namun sebaliknya MAIS telah meletakkan 5 orang pekerja yang dibayar gaji oleh MAIS untuk tinggal dan bekerja di sana.

Jumlah gaji yang dibayar sebulan ialah RM6600.00..sepanjang tempuh tersebut hingga Mac 2008 MAIS telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM138,771.76 untuk Kompleks milik BALKIS.

...mungkin tidak ada di dalam pengetahuan MAIS bahawa BALKIS telah memerah duit berjuta-juta ringgit dari banyak lagi syarikat milik kerajaan negeri yang lainnya untuk tujuan kenikmatan dunia.

YB Teng bertanyakan kenapakah MAIS membantu BALKIS..apakah BALKIS sebuah NGO Islam...untuk ini Dato' Mohd Khusrin menjawab kerana tujuan Kompleks tersebut adalah untuk menjaga remaja bermasalah dari asnaf orang miskin maka mereka layak diberi bantuan walaupun ahli BALKIS bukan semuanya beragama Islam...


Azmin dah marah sangat agaknya dan terus menyampaikan tazkirah kepada Pengarah MAIS...kenalah peka dengan halal dan haram juga...

Waduh....banyak nak diceritakan....tak larat..jika anda ada di sana mesti tumpang rasa malu mengatasi segala kesedihan atas tindak tanduk JAIS/MAIS yang membelakangkan misi dan matlamat mereka hanya kerana terpaksa mengikut arahan orang tertinggi dalam negeri ketika itu...

Hinggakan ada ketikanya bilamana mungkin Dato' Pengarah sudah tidak tahan lagi dengan segala soalan bertubi-tubi yang ditanyakan oleh JK Selcat maka beliau telah bertanya dan menjawab balik..."Apa masalahnya...saya tak nampak ada apa-apa masalah di sini..."

...
wah sungguh kurang sopan rasanya saya....cuba baca laporan yang ditulis secara verbatim oleh wartawan harakah di sini Jais tidak kisah dengan Balkis yang diketahui haram .

Apa yang menjadi isu di atas ialah bilamana Pakatan Rakyat menang pada 8 Mac 2008 dan BN bungkus baju pada hari tersebut...pegawai MAIS yang bekerja di Kompleks BALKIS telah memaklumkan kepada MAIS bahawa merek tidak diperlukan lagi untuk bekerja di sana. MAIS terus menarik balik pekerjanya tanpa merujuk kepada Menteri Besar yang baru yang mengambil alih segala entiti yang berada di bawah kerajaan negeri...itulah yang menjadi persoalannya...kenapakah MAIS tidak consult dengan pimpinan PR yang baru dan masih berhubung dan menerima segala arahan dan surat dari satu badan yang sudah tidak sah...kenapa???

Mengenai isu haramnya Balkis baca di sini.


Auditor BALKIS menjadi orang awam pertama dipanggil untuk menjadi saksi...dia membuktikan dakwaan bahawa Khir Toyo dan isterinya menipu adalah betul...kerana beliau tidak pernah menerima sebarang akaun dari BALKIS seperti yang didakwa oleh BALKIS.....penipu memang sah penipu!!!!

Penipuan tersebut ialah seperti di bawah:

Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.

Okaylah...dah banyak tu...hari ini bersambung lagi.....

Wednesday, 25 March 2009

SELCAT DAY3...Marah Giller YB Teng..banyak betul description tak betull....Tension!!!!!

Hari ini kami tidak pergi ke Annex Shah Alam..sedang nonton dari rumah....anak demam...suami masih sakit belakang..
Tapi...tak tahan dengar dan nonton Pendengaran Awam tersebut dari web live telecast!!!!....nak gugur jantung dibuatnya dengar YB Teng bertanya...marah betul dia hari ini...selalunya dia yang paling bersopan...hanya kerana dia amat marah...kerana sedekah kain batik dan pelekat pada org miskin hanya RM4000 lebih..tapi beli kain pada YB YB...ratusan ribu harganya...pergi kambodia sedekah duit bawa duit in USD ribu-ribu....
giller...giller...marah...apa taknya...ada dua insiden description di resit n invoice tak epat dan berubah....tensen...tensen...
rasa nak pergi juga ke sana saksikan sendiri...
apa apa pun sapa yg free buka website ni sekarang juga!!!!

Tuesday, 24 March 2009

SELCAT Day 2..terjawabkah teka-teki penerima songket ke 5???

Ingat entry saya yang lepas.....SIAPA PENERIMA Ke 5 sepersalinan songket???

Sepatutnya jawaban tersebut sepatutnya dijawab pada hari ke dua pendengaran siasatan awam. Sebelum beredar pada hari pertama, YB Saari telah mengingatkan agar Dato' Haji Abd Karim datang dengan membawa jawapan tersebut....kami memang sangat tertanya-tanya, namun saya dan suami tidak berkesempatan untuk ke sana pada sesi pagi hingga ke tengahari kerana perlu ke Hospital untuk appointment susulan suami yang 'slip disc'. Jadi saya telah menghantar sms kepada Kak Aliza isteri YB Saari yang berada di Sidang tersebut..
"Dah tahu siapa penerima ke 5 songket?"
"Dia nafikan ada penerima ke 5! Teruskan teka-teki! Sekarang Datin Khairiah, CEO PNSB jadi saksi. 1 tahun RM 1 juta untuk BALKIS dari 2002-2007."
Wow......semakin hebat, semakin panas, semakin menyerlah kerakusan perbelanjaan isteri-isteri ADUN BN sewaktu dahulu.
Pada hari pertama kita didedahkan dengan pembayaran segala bil, pelancongan, makan malam, majlis bersama MAWI, tanah, cokelat dan bermacam2 lagi yang mencecah lebih dari sejuta dari 2-3 syarikat milik kerajaan negeri Selangor iaitu 2 yang terbesar ialah PKNS dan KDEB.....rupa-rupanya on top of that satu lagi GLC- syarikat berkaitan kerajaan iaitu PNSB turut juga menyediakan RM 1 juta dan mungkin lebih lagi untuk BALKIS setiap tahun...Sungguh menggemparkan...tidak tahu selepas ini apa lagi...berapa juta setiap tahun yang telah dibelanjakan oleh mereka. Sekiranya ianya disalurkan kepada rakyat sudah tentu tidak ada yang perlu hidup melarat.
Di sesi tadi Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datin Khairiah Abu Hassan telah hadir sebagai saksi untuk menjawab segala persoalan berkaitan setiap perbelanjaan secara terperinci. Beliau mengaku dirinya sebagai teman akrab Datin Seri Zaharah Kechik isteri Bekas Menteri Besar Selangor. Beliau membawa bersamanya 4 orang pegawai pembantu berbanding seorang sahaja yang dibawa di sesi yang lepas...namun walau berapa orang yang dibawa...setiap orang hanya terkedu, diam membisu tidak tahu hendak menjawab atau avoiding themselves dari menjawab...itulah hakikatnya.
Tak larat saya hendak menulis dan mengulangnya di sini tentang semua figures yang disebut...memang banyak, memang banyak kali dan MEMANG DIBUAT SECARA TUNAI DAN SEMEMANGNYA ADA YANG DIBUAT PERMOHONAN SECARA BERBISIK-BISIK SAHAJA.....ini bukan saya yang kata tapi saya dengar YB Pengerusi SELCAT yang kata berulang kali...kerana setiap kali beliau bertanyakan seperti semalam.."adakah permohonan secara bertulis melalui surat dari BALKIS untuk sesuatu permohonan?".....maka Datin Khairiah mengambil masa yang lama untuk menjawab...yang berakhir dengan JK SELCAT terpaksa membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang surat permohonan.
Okaylah...saya sebut secara general di sini akan beberapa pemberian wang dari PNSB kepada BALKIS...selebihnya cari di Harakahdaily dan malaysiakini..tak perlu beli paper lain...
Tahun 2003
1.Hamper dan wang tunai sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM463,263.00
2. Program Back to School pembelian bag sekolah yang dibeli dari China berjumlah RM80,000.00 untuk 10,000 beg sekolah termasuk air freight.
Tahun 2004
1. Program Tahun Baru China sejumlah RM 327,856.86 dikeluarkan untuk BALKIS di mana sejumlah RM290,000.00 adalah dalam bentuk wang tunai.
Tahun 2007
1. Majlis Sukan BALKIS dari 31/7/07 sejumlah RM338,547.97 dikeluarkan untuk pelbagai bayaran termasuk baju sukan, cenderahati, pakaian batik VIP, cenderahati VVIP dan macam-macam lagi.
Tahun 2006
1. Wang tunai sebanyak RM50,000.00 telah diberikan kepada BALKIS untuk Majlis Perasmian Kompleks Wawasan.
Datin Khairiah tidak dapat menjawab setiap soalan berkaitan kenapa sejumlah wang tunai diberikan terus kepada BALKIS...cuba bayangkan macam kita beri wang saku sebanyak RM2 pada anak kita untuk ke sekolah...tetapi ini sejumlah puluhan hingga ratusan ribu diberi secara tunai.
RM16,000.00 untuk perbelanjaan Misi Kemanusian BALKIS ke BUKIT TINGGI Indonesia...Datin Khairiah turut serta atas jemputan.
RM4200 dikeluarkan untuk membeli cenderahati kepada suami Ketua Balkis yang berupa jacket and seluar berjenama Summerman yang berharga RM3,600.00. Dibeli oleh Datin Khairiah dan diserahkan kepada Ketua BALKIS untuk diserahkan kepada suaminya. Ini terjadi semasa majlis sambutan Tahun Baru China.
YB Azmin bertanyakan adakah Datin Khairiah pernah terlihat Khir Toyo memakainya atau memulangkan semula...Datin Khairiah mengatakan tidak.....
Ada dua insiden di mana wang tunai berjumlah RM17,000 dan RM10,000 dipulangkan semula oleh BALKIS kepada PNSB kerana terlebih wangnya...maka untuk ini YB Teng membuat andaian atau conclusion kepada Datin Khairiah bahawa PNSB adalah merupakan CASHIER bagi BALKIS sepertimana KDEB dan PKNS pula adalah Perbendaharaan kepada BALKIS...ini adalah kerana PNSB memberikan wang tunai kepada BALKIS dalam banyak situasi sebaliknya PNSB dan KDEB membuat bayaran bagi setiap bil yang diserahkan kepada mereka....wah...senang betul hidup orang-orang BALKIS ni ye....
Di sidang tersebut..kami yang ada di sana merasakan kenapa susah sangat mereka yang dipanggil sebagai saksi untuk mengaku bahawa sebenarnya memang mereka tak punya kuasa untuk mengatakan tidak...masing-masing ketika itu terpaksa menurut sahaja pada setiap permintaan yang sampai ke tangan mereka atau ke telinga mereka....kenapa mesti mereka membiarkan diri mereka dimalukan hanya untuk menutup kesalahan dan salah laku orang lain???..
Mereka juga amat payah, susah dan berat mulut untuk menyebut nama individu yang terbabit iaitulah Datin Seri Zaharah Kechik...sehinggakan setiap kali JK SELCAT terpaksa menyoal banyak kali...SIAPA???...SIAPA???...dan SIAPA???...baru lah secara perlahan mereka menyebut nama individu terbabit....
Akhirnya sesi sidang di hari kedua berhenti dan ditangguhkan pada jam 4 untuk memberi peluang kepada Datin Khairiah untuk lebih bersedia untuk sesi esoknya yang akan bermula jam 10 pagi....
hhmmm...masih ada lagi 5 hari dan ramai lagi yang akan dipanggil...apakah makin banyak lagi bermain dengan angka-angka....kena tunggu, lihat dan dengar...entahla..adakah lagi kekuatan untuk saya merentas KESAS Highway, NKVE ataupun Federal Highway...nasib baik harga minyak sudah turun sedikit...tidak sia-sia usaha memprotes hingga dipenjarakan.....moga Allah menerima segala amalan kita....

Monday, 23 March 2009

SELCAT...SIAPAKAH PENERIMA SONGKET KE 5 BERNILAI RM RIBU-RIBU...

Apakah kerajaan makin zalim, makin menekan...dalam episod kedatangan 3 Pilihanraya Kecil pada 7hb April ini???

Kena fikir-fikirkan...hari ini KDN telah menggantung permit Harakah dan SUARA Keadilan selama 3 bulan...alasan tidak pula diberikan...."Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik

Tak apa...mungkin mereka sedang berkuasa...tunggu saat kejatuhan dan kehancuran mereka..segala tingkah laku dan tindak tanduk jahat mereka akan dibongkarkan dan ditelanjangkan...sebogel-bogelnya!!!!!

Tengahari tadi saya dan suami telah meluangkan masa untuk ke Bangunan Annex di Shah Alam untuk mengikuti satu sidang khas Pendengaran Awam berhubung dengan BALKIS Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor.

Pendengaran Awam ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang dianggotai oleh 7 orang wakil rakyat yang dua orang darinya ialah dari Barisan Nasional...tapi mereka lesap selepas sidang berehat!!!!...tak masuk-masuk semula...

Kami terus ke sana sebaik selesai kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan..(akan dikongsi di entry lain).

Apa yang nak dikata ye tentang pendengaran awam tersebut???.....hhhhmmmm....dahsyat...sungguh melondehkan segalanya...betapa selama beberapa tahun Isteri bekas Menteri Besar Selangor ini menjadi Pengerusi Balkis....jutaan wang ringgit telah disalurkan kepada mereka tanpa perlu disoal....maksudnya...minta saja...terus bagi...BALKIS beli barang..hantar bil pada PKNS...hantar bil pada KDEB..terus dibayarkan walaupun nilainya ratusan ribu ringgit dan pembeliannya barangan yang pelik-pelik.

Panel JK SELCAT sedang menyoal bekas Pengurus Besar PKNS...soalan 'maut' yang ditanyakan oleh YB Saari ialah apakah ada rasa takut sekiranya kontrak tidak disambungkan sekiranya PKNS tidak meluluskan sumbangan kepada BALKIS memandangkan umur Pengurus ketika itu hampir sampai ke penhujung kariernya

PKNS-Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Pengerusinya ketika itu ialah Khir Toyo. Yang dipanggil menjawab tadi ialah Bekas Pengurus Besarnya.

KDEB- Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Presidennya seperti yang tercatat di website mereka ialah YBhg Dato’ Haji Abd Karim bin Munisar.

Dalam pendengaran awam tadi ke dua-dua orang atasan bagi PKNS dan KDEB telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Kami terlepas sesi pendengaran dan soalan bersama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Isu yang dibangkitkan tadi memang bunyi sangat simple dan remeh namun membabitkan perbelanjaan 'tanpa soal' yang mencecah ratusan ribu.


Menyerahkan dokumen bukti kepada JK SELCAT

Pertamanya: Majlis Makan Malam Isteri-isteri ADUN seMalaysia. BALKIS telah meminta wang sebanyak secara totalnya RM700,000.00 dalam tahun 2007 sahaja. Wang tersebut telah dikeluarkan dari PKNS, KDEB, dan beberapa anak syarikat yang lain. Dalam isu ini PKNS telah mengeluarkan wang sumbangan tanpa mengetahui yang kerajaan negeri juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan.

Keduanya: BALKIS telah menganjurkan Majlis sempena minggu setiausaha dengan menjemput penyanyi MAWI dalam tahun 2006 , PKNS telah mengeluarkan sebanyak RM200,000.00 untuk tujuan ini. Permohonan diluluskan dengan penerimaan surat dari SUK PKNS yang mengarahkan cek sejumlah tersebut dikeluarkan dan diserahkan kepada SUK PKNS.

Untuk ini Jawatankuasa SELCAT telah meminta sekiranya ada surat permohonan rasmi dari BALKIS untuk tujuan diatas...tetapi siang tadi mereka tidak dapat mengemukakannya dan perlu diserahkan di sidang esok hari.


YB Saari dan YB Azmin yang banyak memberikan soalan di samping YB Speaker, YB Teng.

Ketiganya: pada 9hb Februari 2006 PKNS juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan untuk Majlis Pelancaran Kompleks Wawasan BALKIS.....dalam catatan saya ada bertulis RM218,719.00 dalam bentuk claim untuk 13 bil.

Keempatnya: Balkis telah memohon wang perbelanjaan sebanyak RM17,000.00 dalam tahun 2007 untuk tiket penerbangan ke Guangzhou China. Sejumlah RM 206,578.00 dipohon bayaran untuk perbelanjaan cenderahati dari China.


Untuk setiap perbelanjaan pihak JK SELCAT dengan tegas memohon penjelasan dengan perlu disertakan resit dan invoice.

JK SELCAT telah bertanyakan siapakah yang menjadi ahli rombongan ke China, 2 orang dari mereka ialah Datin Seri Zaharah Kechik isteri Khir Toyo dan Datin Pon. Jenis tiket yang ditempah ialah satu tiket Business Class dan yang lainnya Economy Class....boleh agak siapa memiliki tiket Business Class?????..heh...heh...heh....jawab sendiri...:)

Nak tau apakah antara berpuluh barangan dari lis yang memenuhi beberapa mukasurat tersebut???....hah...yang dihilitekan oleh YB Teng ialah 400 batang bunga pelbagai warna...kuning, ungu, merah...dlll.....beratus-ratus lagi TOPI untuk TOUR Guide yang merangkumi pelbagai warna.....pelik bukan...untuk apa????

Lagi pelik dan mengharukan ialah total invoice tersebut RM206 ribu lebih tersebut diinvoicekan kepada sebuah syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur!!!!!!...pelik...kena fikir-fikirkan sendiri...

Banyak lagi kena fikir ni...tu pun kami cuma sempat hadir dari jam 12tgh - 1.10ptg, sambung balik 2.30-3.30pm...

Ada lagi......

Pembelian coklat sebanyak RM25,000.00 dari sebuah syarikat yang berpengkalan di........Hulu Langat!!!!!hebat syarikat Malaysia...katanya sekotak berharga RM20...YB Azmin insisted nak tahu berapa berat untuk setiap kotak tu...besar mana pulak...untuk berbaloi beli hingga RM20 sekotak...itu mereka kena jawab esok agaknya...

Lagi.......pembelian SONGKET sejumlah RM65,312.00. YB Saari tanya kepada siapakah diberikan songket-songket tersebut....mulanya jawapannya diberikan kepada 4 orang....siapa????...DYMM Tuanku Sultan, ROSMAH!!!!!, Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah....ini berlaku pada 16/2/06...3 tahun selepas persaraan Tun Dr Mahathir...kenapa masih beri songket...????

JK Selcat nak tahu berapa harga setiap satu untuk setiap seorang...belum dapat jawabannya lagi tapi salah satu harganya RM6,900.00....then Presiden Eksekutifnya menyebut pula ada seorang lagi penerima, tetapi apabila disoal balas berkali-kali....berkali-kali juga beliau tidak dapat memberikan jawaban lansung.....

Ha.....sungguh amat curious.....siapakah gerangan penerima songket yang ke lima ini sehingga beliau amat-amat tidak dapat mengingati atau sekadar cuba mengelak dari menjawab atau reveal who the person is??????....entahla...kena tunggu esok....

Beberapa perkara yang perlu mereka dedahkan esok....kena bawa surat permohonan rasmi untuk setiap permohonan dari BALKIS sekiranya ada...dan siapakah pemilik SONGKET yang ke lima tersebut......anda nak teka??????.....he...he....he....jom pakat teka...mana tahu betul...boleh claim hadiah topi tour guide atau bunga pelbagai warna atau cokelat buatan syarikat dari Hulu Langat...

Nak tahu apa cerita sebaliknya...dan mengapa isu-isu ini diambil berat oleh pimpinan PR Selangor kini????.....kerana segala wang yang dikeluarkan adalah milik rakyat bersama....tetapi bagi setiap pengeluaran yang disebut diatas bukannnya untuk manafaat rakyat TETAPI hanya untuk kesenangan segolongan manusia sahaja...SIAPA MEREKA????....BALKIS...isteri-isteri ADUN dan orang keliling mereka.

Bila ditanya apa matlamat PKNS...jawapan lebihkurangnya ialah untuk menyediakan prasarana untuk rakyat..pembangunan sosioekonomi Negeri, perumahan, kawasan perindustrian, kompleks sukan dll....saya pernah berurusan dengan PKNS ketika kami membeli rumah dari anak sayrikatnya SELAMAN...memang siksa juga ketika itu bika perlu berurusan dengan PKNS...gerrraaammm
Lagi....Pengerusi dan orang paling atas untuk dua entiti tersebut PKNS dan KDEB ialah Khir Toyo sendiri yang juga Menteri Besar dan suami kepada Presiden BALKIS.....so..tidakkah wujudnya satu conflict of interest yang amat menyerlah????...

Dan...untuk setiap tindakan PKNS dan KDEB mengeluarkan sejumlah wang kepada BALKIS, JK SELCAT telah bertanya..."apakah PKNS dan KDEB tidak meneliti setiap permohonan, kewajarannya, kemunasabahannya...apakah mereka lansung tidak critical....ataupun mereka OBLIGED to do it???"....so jawapan mereka ialah yes....mereka OBLIGED...terpaksa...soal kewajaran sudah timbul lagi hingga mereka tidak perlu meneliti setiap permohonan dan setiap bil yang mereka terima...walaupun ada diantaranya tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Apa yang terserlah juga ialah....PKNS dan KDEB menjadi tukang bayar bil bagi setiap transaksi pembelian dan perbelanjaan oleh BALKIS...itulah hakikatnya...hinggakan YB Haniza Talha yang juga Timbalan Speaker menolong membuat conclusion di sana..."Mungkinkah KDEB ini ialah sebuah Perbendaharaan bagi BALKIS???"....

Ha....jawabla.....sendiri....
Banyak jawaban akan diperolehi lagi esok....akan datang Dr Khir Toyo dan isteri juga akan dipanggil untuk memberikan penjelasan....kita tunggu pula episodnya...mungkin akan penuh dewan ANNEX pada hari tersebut.....mungkin......kami memang memasang niat untuk pergi...
tetapi bila anak yang paling kecil ini pulang dari sekolah waktu petang...dia lemah tidak seperti biasa...ceria..bising dan lasak...katanya..."ummi...asiah pening dari waktu perhimpunan lagi..."..kesiannya anak ummi...ummi terus mandikan untuk segarkan badan dan beri ubat mudah-mudah disembuhkan Allah...moga ummi dan abah dapat meneruskan misi di siang hari bagi mendapatkan jawapan.....SIAPAKAH PENERIMA SONGKET YANG KE 5...?????
oooppss...ada lagi...pemberian 2 bidang tanah sejumlah 2 ekar kepada BALKIS dengan harga subsidi RM5.78 sekaki persegi di seksyen 7 Shah Alam....dengan cara memberi pinjaman kepada BALKIS yang akhirnya dilupuskan...JK SELCAT masih mengharapkan maklumat berapakah market value yang sebenarnya ketika itu....anda tahu?????

Setahun sudah berlalu...Matlamat Negeri Berkebajikan

Cuti persekolahan penggal pertama selama seminggu akhirnya sampai ke penghujungnya....sepatutnya cuti begini saya dapat rehat lebih dan punya lebih masa untuk rehat dan menaip di depan komputer....tetapi bagi seorang ibu seperti saya ianya adalah sebaliknya....bila hari persekolahan saya punya lebih masa untuk bersendirian...boleh dikatakan dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang saya punya masa untuk diri saya sendiri...seronok kan???..

YB DS Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan.

Okaylah berbalik kepada berita-berita yang tak sempat saya siarkan untuk tatapan dan maklumat untuk semua....

Asiah...interframe....berlatarbelakangkan rakyat Selangor yang datang memenuhi Stadium Malawati Shah Alam. Di luar masih ramai orang yang berkunjung ke tapak Karnival Rakyat.

Saya mulakan dengan peluang untuk kami mengikuti program di Stadium Malawati Shah Alam sempena kemuncak program Sambutan sempena setahun tempoh pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pasangan pengacara jemputan...Angeline Tan dan siapa ya..tak ingat namanya...

Sebenarnya tugas saya menjadi lebih berat sepanjang cuti sekolah kerana suami telah mengalami 'slip disc'..so terpaksa berehat, juga berehat dari memandu..jadi untuk malam itu saya lah yang jadi pemandu....Suami ingin juga turut serta walaupun keadaan kesehatan tidak mengizinkan.
Antara tetamu yang hadir terdiri dari barisan EXCO kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen. Kelihatan bersedia berdiri untuk naik ke pentas ialah YB Ronnie Liu, YB Rodziah dan YB Teresa Kok.

Alhamdulillah kami dapat juga bersama meraikan kemuncak program tersebut. Yang memberi ucapan pada malam tersebut ialah YB Dr Hassan Ali, YB Teresa Kok, DS Anwar Ibrahim dan akhir sekali YAB Menteri Besar.

Seronok, bangga dan terharu mendengar semua usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat negeri Selangor. Banyak usaha kebajikan telah diberikan kepada rakyat..cuma perlu lebih dihebahkan dan sampai maklumatnya kepada setiap rakyat Selangor.. yang jelas disebutkan ialah program TAWAS...tabungan untuk setiap anak yang baru dilahirkan..skim Takaful sebanyak RM100, sumbangan untuk warga emas yang meninggal dunia, ahli keluarga mereka akan mendapat RM1000 pada hari kematian dan RM1500.00 lagi selepas 60 hari kematian.

YAB MB memperkenalkan barisan EXCO kerajaan negeri

Selain dari itu kakitangan Jabatan Awam yang melahirkan anak akan mendapat cuti tambahan sebanyak 30 hari lagi menjadikan jumlahnya 90 hari, begitu juga kepada suami akan mendapat tambahan cuti selama 7 hari lagi(kalau tak silap pendengaran saya).

Persembahan dari penyanyi Yassin

Anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi juga akan mendapat sejumlah RM1000...Subsisdi bil air....usaha untuk membantu mereka yang diberhentikan kerja..mereka boleh mendaftar kepada PBT dan akan dikumpulkan maklumat...

.....dan banyak lagi.......terasa keindahannya, nikmatnya walaupun tidak directly dapat kepada kita...namun mesej dan moto untuk membentuk sebuah negeri berkebajikan tersebut memang ada dan nampak jelas...lagipun baru setahun mereka memerintah..kita harus beri kepercayaan dan masa untuk segalanya terlaksana dengan baik...

Persembahan dari ITO and Blues Gang....Apo nak di kato...

Jadi sekiranya kita telah mendengar segala tuduhan dan cubaan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat memang jelaslah ada sifat dengki dan jahat di pihak pemerintah BN dan UMNO....mungkin saya terlampau bias terhadap pimpinan BN dan UMNO..namun untuk kita yang Allah berikan akal untuk berfikir dan hati untuk menilai dan menimbang buruk dan baik saya yakin kita dapat berfikir dan menimbangkan segala apa yang berlaku kini....terlalu berat sebelah...dacing memang sudah hampir putus talinya kerana terlalu berat sebelah...mata juga dipejamkan terhadap segala kesalahan yang dibuat oleh pimpinan BN walaupun dengan bukti yang amat jelas...

Bersedia melancarkan gimik pelancaran majlis malam kemuncak

Entahlah...saya memang muak...mual...tapi saya tidak boleh memejamkan mata dan membiarkan ianya berlalu begitu sahaja...namun ibu bapa saya di kampung nampaknya masih bertahan dengan kepercayaan mereka terhadap parti yang satu ini....orang kata masih berkarat...tetapi sebagai anak saya tidak pernah membuka mulut bercakap soal politik begini bila di rumah. Setiap apa yang saya lakukan dalam usaha menentang kezaliman pemimpin UMNO dan BN memang 'melukakan hati' mereka...namun saya percaya dan yakin yang ianya di sisi Allah tidak ada salahnya....moga Ibu dan Ayah mendapat berkatnya jika apa yang kami lakukan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T

Persembahan dari Muaz

Akhirnya....pada malam tersebut saya telah kehilangan Handphone saya yang masih baru lagi dibeli tak sampai sebulan..HP yang ditrade in kerana HP lama telah banyak bermasalah...akibat kecuaian sendiri walaupun telah terdetik di fikiran saya ketika saya meletak Hp tersebut diatas kerusi bersama buletin Selangor..yang saya mungkin akan tertinggal HP tersebut diatas kerusi...memang benar...bila saya teringat apabila memasang enjin van...berlari semula masuk ke dewan sambil cuba menghubungi no sendiri...panggilan sudah masuk ke voicemail...saya tidak bernasib baik kerana Hp tersebut dijumpai oleh seorang yang tidak amanah...apa nak buat...memang sedih bila kehilangan sesuatu...namun do'a saya moga Allah tidak hilangkan iman di dada dan semangat untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan Agama Allah di bumi ini...moga Allah gantikan segala yang hilang dengan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

Tuesday, 17 March 2009

SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJJUD CINTA

Banyak cerita yang nak dikongsikan untuk beberapa hari yang lepas ini.

Pertama sekali ingin berkongsi pengalaman pertama menonton teater di Istana Budaya. Kalau sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat promosi mengenai teater khususnya teater Puteri Gunung Ledang yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan hingga dibuat susulan PGL2..tak pasti jika telah ada PGL3.

Kebetulan juga beberapa hari yang lepas saya menonton siaran berita di Astro Awani dan sempat menonton wawancara dengan Erma Fatima tentang teater arahannya bertajuk SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJJUD CINTA. Denga wajah yang sedih dan sayu Erma Fatima menyatakan kekesalan dan kesedihannya kerana teater ini tidak mendapat sambutan, kurang orang yang membeli tiket tontonan. Dia juga ada menyebut antara yang memberi sokongan adalah Kerajaan Negeri Selangor. Bagus juga dalam hati saya terdetik.

Pada petang Sabtu yang lepas, saya mendapat panggilan telefon dari Isteri YB Saari Sungib (YB yang ditarik janggutnya oleh Khir Toyo tuuu...)..Kak Jije bertanya saya jika saya hendak menonton Teater...ada 4 tiket....wah..dah terdetik dalam hati saya mesti teater Sirah Junjungan...memang betul pun.....

Apalagi setelah mendapat keizinan suami saya pun menelefon semula Kak Jije menyatakan persetujuan...tapi kena pakai baju batik pula...sebab saya temankan Kak Jije duduk di seat VIP...YB Saari tak dapat ikut sebab ada ceramah di Bukit Selambau..."alamak...tak nak pergi lah Kak Jije..."...memang saya tak punya baju batik...terukkan???...tak pandai nak formal2...nih..


"Alah....tak pe...tak kesah...pakai je baju apa-apa pun..."...hah...lega sikit rasa hati.....

Excited juga...maklumlah first time...mana pernah tengok teater..apatah lagi nak masuk dalam Istana Budaya tu....

Ramai lah kenalan yang memang kenal rapat yang datang menonton malam tu...sebabnya teater malam tersebut adalah khusus untuk Malam Amal Kerajaan Negeri Selangor...jadi semua ADUN kenalah beli tiket.

Bagi saya untuk teater tu sebagai orang yang pertama kali menonton teater memang saya terpegun dengan cara setting pementasan dengan replika Kaabahnya yang sungguh nampak besar dan cantik...rumah-rumah..khemah...bukit..berhala dan macam2 lagi...memang sangat kagum....permulaanya memang mengasyikkan dengan dendangan nasyid Asma ul Husna..gaya ESQ 165...dengan diiringi anak-anak kecil dan dewasa...juga dendangan nasyid dari Jamal Abdillah yang memang sedap suaranya....sampai di bahagian pertengahan saya dah mula menguap2..apalagi bila saya rasa persembahan nasyid dengan diiringi tarian itu tidak berapa sesuai

....namun segala yang agak bosan dan tak indah ditutupi dengan adegan yang amat menyentuh hati dan meruntun jiwa sesiapa sahaja...lebih-lebih lagi kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W...yang mencintai Nabi...merindui Nabi walaupun tidak pernah menatap wajahnya...

Ya Rasulullah Ya Habiballah...tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah...kami rindu pada mu..
Alangkah Indahnya Hidup ini..jika dapat ku tatap wajahmu
Pasti Mengalir Airmataku...Kerna Pancaran Ketenangan mu

Adegan terakhir tersebut juga sepatutnya memberi keinsafan kepada setiap pemimpin...akan sifat-sifat yang ada pada Rasulullullah...hingga ke akhir hayat masih lagi meningati umatnya...dan mengarahkan agar sesiapa sahaja yang pernah disakiti oleh Rasulullah S.A.W..untuk datang membalas di kepada Rasulullah...namun sudah tentu tidak ada..dan sudah tentu sahabat yang lain sanggup berkorban demi tidak sanggup melihat Ar Rasul S.A.W. disakiti..

Nabi Muhammad tidak memiliki apa-apa kesenangan demi menegakkan Islam...dalam situasi politik terkini membuatkan saya terkenang akan apa yang hangat diperkatakan mengenai sifat pemimpin kita yang hanya mementingkan diri sendiri...

YAB Menteri Besar Selangor turut hadir bersama isteri beserta beberapa orang Exco termasuk Exco Kebajikan dan Kebudayaan Negeri Sekangor, Rodziah Ismail dan YB Ronnie Liu.

Acara bertukar cenderahati antara Erma Fatimah dan Kerajaan Negeri Selangor turut diadakan dan sumbangan sebanyak RM20,000.00 dari kerajaan Negeri Selangor disampaikan kepada Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia...

Paling seronok bila dalam perjalanan pulang saya sempat minta Kak Jije menceritakan adegan yang ingin kita lihat tu..adegan Khir Toyo tarik janggut YB Saari..."Kak Jije, hari tu memang betul ke Khir Toyo tu tunggu Pak Abu kat luar dewan?"

Memang betul...dan Kak Jije lakonkan dengan pegang dagu saya dengan agak kuat, menunjukkan cara bagaimana yang dikatakan Khir Toyo pegang janggut YB Saari...sambil Khir Toyo kata.."You...Old Man...."....dia cakap orang putih...
"Wah kuat tu kak jije cara dia pegang...teruk tu...kenapa Pak Abu tak belasah je dia balik..."...memang geram saya.....

Wah bukan main dok panggil orang "Old Man"...siap ugut-ugut lagi...ini kah sifat kepimpinan yang ada pada pada seorang Muslim....

Elok la pi beli tiket tengok teater 'SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJUD CINTA'...kot-kot la boleh timbul keinsafan dalam diri...beli banyak-banyak sponsor kat orang lain juga..show tu ada sampai 22hb ni di Istana Budaya....beli hari yang Siti Nurhaliza atau Mawi yang jadi pendendang Nasyidnya....kalau boleh terima jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250, kalau boleh boleh bawa RM12 juta ke luar negara untuk beli apartment mewah....apalah sangat duit yang sedikit disumbangkan pada karyawan yang cuba menaikkan teater yang bermotifkan memberikan kesedaran...menimbulkan rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w...mengenangkan perjuangan Rasulullah s.a.s dan para sahabat menegakkan Islam hingga kekal berkembang sehingga kini....