SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJJUD CINTA
Banyak cerita yang nak dikongsikan untuk beberapa hari yang lepas ini.
Pertama sekali ingin berkongsi pengalaman pertama menonton teater di Istana Budaya. Kalau sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat promosi mengenai teater khususnya teater Puteri Gunung Ledang yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan hingga dibuat susulan PGL2..tak pasti jika telah ada PGL3.
Kebetulan juga beberapa hari yang lepas saya menonton siaran berita di Astro Awani dan sempat menonton wawancara dengan Erma Fatima tentang teater arahannya bertajuk SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJJUD CINTA. Denga wajah yang sedih dan sayu Erma Fatima menyatakan kekesalan dan kesedihannya kerana teater ini tidak mendapat sambutan, kurang orang yang membeli tiket tontonan. Dia juga ada menyebut antara yang memberi sokongan adalah Kerajaan Negeri Selangor. Bagus juga dalam hati saya terdetik.
Pada petang Sabtu yang lepas, saya mendapat panggilan telefon dari Isteri YB Saari Sungib (YB yang ditarik janggutnya oleh Khir Toyo tuuu...)..Kak Jije bertanya saya jika saya hendak menonton Teater...ada 4 tiket....wah..dah terdetik dalam hati saya mesti teater Sirah Junjungan...memang betul pun.....
Apalagi setelah mendapat keizinan suami saya pun menelefon semula Kak Jije menyatakan persetujuan...tapi kena pakai baju batik pula...sebab saya temankan Kak Jije duduk di seat VIP...YB Saari tak dapat ikut sebab ada ceramah di Bukit Selambau..."alamak...tak nak pergi lah Kak Jije..."...memang saya tak punya baju batik...terukkan???...tak pandai nak formal2...nih..
"Alah....tak pe...tak kesah...pakai je baju apa-apa pun..."...hah...lega sikit rasa hati.....
Excited juga...maklumlah first time...mana pernah tengok teater..apatah lagi nak masuk dalam Istana Budaya tu....
Ramai lah kenalan yang memang kenal rapat yang datang menonton malam tu...sebabnya teater malam tersebut adalah khusus untuk Malam Amal Kerajaan Negeri Selangor...jadi semua ADUN kenalah beli tiket.
Bagi saya untuk teater tu sebagai orang yang pertama kali menonton teater memang saya terpegun dengan cara setting pementasan dengan replika Kaabahnya yang sungguh nampak besar dan cantik...rumah-rumah..khemah...bukit..berhala dan macam2 lagi...memang sangat kagum....permulaanya memang mengasyikkan dengan dendangan nasyid Asma ul Husna..gaya ESQ 165...dengan diiringi anak-anak kecil dan dewasa...juga dendangan nasyid dari Jamal Abdillah yang memang sedap suaranya....sampai di bahagian pertengahan saya dah mula menguap2..apalagi bila saya rasa persembahan nasyid dengan diiringi tarian itu tidak berapa sesuai
....namun segala yang agak bosan dan tak indah ditutupi dengan adegan yang amat menyentuh hati dan meruntun jiwa sesiapa sahaja...lebih-lebih lagi kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W...yang mencintai Nabi...merindui Nabi walaupun tidak pernah menatap wajahnya...
Ya Rasulullah Ya Habiballah...tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasullullah Ya Habiballah...kami rindu pada mu..
Alangkah Indahnya Hidup ini..jika dapat ku tatap wajahmu
Pasti Mengalir Airmataku...Kerna Pancaran Ketenangan mu
Adegan terakhir tersebut juga sepatutnya memberi keinsafan kepada setiap pemimpin...akan sifat-sifat yang ada pada Rasulullullah...hingga ke akhir hayat masih lagi meningati umatnya...dan mengarahkan agar sesiapa sahaja yang pernah disakiti oleh Rasulullah S.A.W..untuk datang membalas di kepada Rasulullah...namun sudah tentu tidak ada..dan sudah tentu sahabat yang lain sanggup berkorban demi tidak sanggup melihat Ar Rasul S.A.W. disakiti..
Nabi Muhammad tidak memiliki apa-apa kesenangan demi menegakkan Islam...dalam situasi politik terkini membuatkan saya terkenang akan apa yang hangat diperkatakan mengenai sifat pemimpin kita yang hanya mementingkan diri sendiri...
YAB Menteri Besar Selangor turut hadir bersama isteri beserta beberapa orang Exco termasuk Exco Kebajikan dan Kebudayaan Negeri Sekangor, Rodziah Ismail dan YB Ronnie Liu.
Acara bertukar cenderahati antara Erma Fatimah dan Kerajaan Negeri Selangor turut diadakan dan sumbangan sebanyak RM20,000.00 dari kerajaan Negeri Selangor disampaikan kepada Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia...
Paling seronok bila dalam perjalanan pulang saya sempat minta Kak Jije menceritakan adegan yang ingin kita lihat tu..adegan Khir Toyo tarik janggut YB Saari..."Kak Jije, hari tu memang betul ke Khir Toyo tu tunggu Pak Abu kat luar dewan?"
Memang betul...dan Kak Jije lakonkan dengan pegang dagu saya dengan agak kuat, menunjukkan cara bagaimana yang dikatakan Khir Toyo pegang janggut YB Saari...sambil Khir Toyo kata.."You...Old Man...."....dia cakap orang putih...
"Wah kuat tu kak jije cara dia pegang...teruk tu...kenapa Pak Abu tak belasah je dia balik..."...memang geram saya.....
Wah bukan main dok panggil orang "Old Man"...siap ugut-ugut lagi...ini kah sifat kepimpinan yang ada pada pada seorang Muslim....
Elok la pi beli tiket tengok teater 'SIRAH JUNJUNGAN-TAHAJUD CINTA'...kot-kot la boleh timbul keinsafan dalam diri...beli banyak-banyak sponsor kat orang lain juga..show tu ada sampai 22hb ni di Istana Budaya....beli hari yang Siti Nurhaliza atau Mawi yang jadi pendendang Nasyidnya....kalau boleh terima jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250, kalau boleh boleh bawa RM12 juta ke luar negara untuk beli apartment mewah....apalah sangat duit yang sedikit disumbangkan pada karyawan yang cuba menaikkan teater yang bermotifkan memberikan kesedaran...menimbulkan rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w...mengenangkan perjuangan Rasulullah s.a.s dan para sahabat menegakkan Islam hingga kekal berkembang sehingga kini....
2 comments:
assalamualaikum...
tah mcm mana leh tersesat ke sini.saya pun dah tgk Sirah Junjungan tu.rasanya kita tgk hari yg sama kot.14hb mac lepas.mlm tu diorang bawak kek b'day utk erma fatima kan?MB S'gor pun ada.duduk di VIP seat ye?saya duduk di grand circle dekat2 gak la dgn VIP seat tu.PGLM pun saya tgk jugak..mmg byk beza antara hasil karya erma dan tiara..tp tula,pengisian pun beza so takleh nak compare kan kedua-duanya.masing2 ada kekuatan tersendiri.anyway...selamat berkenalan.
mah..
salam perkenalan..ha.ah..mlm yg sama..
memang peminat teater lah ye..mmg susah nak compare..espcly bila buat cerita kenabian sudah tentu bnyk perkara kena dipertimbangkan..tapi satu usaha yg bagus sebagai alternatif..kalau ada link ke blog boleh la saya ziarah pulak..:)
Post a Comment