Wednesday 14 May 2008

Do'a cari barang hilang

Semalam ketika saya masuk ke bilik anak saya Asma', terlihat buku-buku bersepah di atas lantai, dia pula sedang duduk-duduk di atas katil membaca buku.

Soalan biasa seorang ibu.."Asma' kenapa buku bersepah kat lantai ni?"

Asma'menjawab..."Buku Soal Selidik Penilaian Amali Asma' hilang".

Ummi pulak..."Asma' letak kat mana sebenarnya?"

......."Asma' letak dalam beg,lepas tu dah tak ada"..
(Asma' terkenal dgn habit letak barang di tempat lain tapi sebenarnya bila dicari2 dan terjumpa sebenarnya diletakkan di tempat lain...puaslah kena mencari)

Arahan ummi pulak.."Okay,Asma' kemas dulu buku-buku ni, cari sambil tu kemas semua barang lain yang bersepah. Apa yang tak perlu buang saja dalam bekas sampah"
Dalam hati..rasa legalah jugak...boleh la dia kemas sikit bilik dia sendiri. Pagi-pagi nanti dah safe satu kerja rumah.

Bilik Asma' ni memang terkenal tiap hari mesti sepah...dah puas tolong organizekan barang-barang dia dan adiknya but...the next day mesti sepah lagi...macam-macam invention dan idea creative anak-anak perempuan ni..

Balik ke cerita buku Asma' hilang tadi..selepas beri arahan tadi, saya berehat sekejap sambil menonton TV. Tiba-tiba Asma' datang berlari-lari membawa sebuah buku..."Ummi, Asma' jumpa buku do'a, ada do'a mohon ditemui barang yang hilang".

Saya pun berilah semangat pada dia.."Okay bagus tu, bak sini ummi pun nak tahu, sebab ummi pun tengah cari barang hilang ni....(memang saya selalu hilang barang, very-very careless,terpaksa spend bnyk masa untuk mencari barang yang hilang...geram pada diri sendiri)"

Selang beberapa minit, Asma' datang berlari kepada saya lagi dengan gembiranya..."Ummi..Asma' dah jumpa buku tu"......Alhamdulillah, kalau tak jenuhla saya nak memujuk dia esoknya supaya menerima hakikat kalau betul2 buku dah hilang. Saya pun dah mula fikir langkah yang terbaik nak selesaikan isu tu...esok pergi sekolah and minta guru beri yang baru atau photocopy saja dari kawan atau guru. Tetapi akhirnya dah jumpa...itulah ibu...banyak perkara remeh temeh yang perlu diselesaikan dan difikirkan...sebab tu lah selalu kena migraine attack kot.

Ini lah do'anya....

"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."

Atau...

"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"

11 comments:

Anonymous said...

Thanks ummu, akan I amalkan. Abang pun hilang buku. Kita pun jadi stress sebab perkara remeh temeh ni tapi diaorang relax je. sampai sekarang tak jumpa, bila tanya macam mana belajar, dia kata take turns pinjam buku kawan bawa balik.. nak belikan baru tak nak pulak. pandai2lah dia asalkan tak mengganggu pelajaran.

ummu asiah said...

Ye la..anak2 ni, selalunya suka letak brg rata2(actually i pun sama gak)..
sampai mcm tu sekali abg sanggup susah payah, maybe sbb dia rasa guilty. InsyaAllah, selalunya kalau do'a sungguh2 plus usaha mesti jumpa. As 4 me masih blm jumpa 1 benda penting yang hilang/misplaced ni..dah puaih cari n sepah2kan barang n kemas balik pun belum jumpa..agaknya sbb dah selalu careless..Allah nak beri pengajaran..have to change another bad habit of mine.

silversarina said...

Terimakasih berkongsi doa cari barang hilang, saya pernah cari cermin mata hampir seharian dan akhirnya jumpa di tempat telur dalam peti ais, ia terjatuh dari atas peti ais agaknya.

ummu asiah said...

Kak Rina..kelakarnya..dlm peti ais..mcm saya specs mmg tak boleh hilang..sentiasa kena ada di mata atau di sisi sebab power dah tinggi sgt. Tapi sebut pasal peti ais..baru ni,masa saya sdg stress yg amat sgt saya g shopping and bought a watch..alasannya 2 jam saya yg lain entah ke mana..the next day ntah mcmana teraba pulak atas peti ais..tengok jam ada di situ..ish..memang careless yg amat..suami dah tak larat nak tegur.

asma' said...

ramai jugak ye yang kasi comment ni... ~asma'~

Anonymous said...

Hmm..hari ni baru tersedar hilang gold bracelet dah nak gelabah tp bile ingat maybe ni ujian Allah utk saya..bolehlah cool sket..kalau kalut penat nanti...Mudah2an jumpalah bracelet saya tu..

Eny Yan'z handbag collections said...

salam....ummu...ble tak saya dapatkan doa atau cara bagaimana saya boleh dapatkan semula kereta saya.saya telah jual kereta saya kepada seseorang tetapi orang tu pula telah menjualnya kepada orang lain tanpa pengetahuan saya. masalahnya orang pertama yg beli kereta saya tidak dapat dihubungi dan tak tahu dia d mana. orang kedua pula saya langsung tak kenal.masalahnya sekarang ansuran bulanan kereta itu masih tanggungang saya kerana kereta itu masih nama saya. bank pun tak dapat nak tarik kereta tersebut kerana tidak tahu d mana kereta itu berada skrg.....

Anonymous said...

salam,ummu..nadhirah ada mslah..jam yg parents nadhirah bg dh hilang..nadhirah tertinggal dlm beg kwn nadhirah..jadi,dye p0wn bawak blek umah..kbetulan masa 2 cuti sk0l..kawan nadhirah budak asrama..bler sk0l dh bkak,dye p0wn nk bg blek dkt nadhirah..tp alih2 dh dh hilang..cmne nk buat..nadhirah syg jam 2..

N@8!L said...

saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih sebab mase saya baca doa itu cikgu tak marah dekat saya kerana hilang name tag saya pon darjah 6 hendak mengambil UPSR tolong doakan saya supaya mendapat 5A dlm UPSR

Anonymous said...

Salam, Saya Aisah, saya dalam kesusahan tadi, Alhamdulillah terjumpe blog akak mase google cari doa lupe, Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T saya jumpe balik barang penting saya. Terima kasih sgt2x

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH... dengan izin ALLAH jua atas segala sesuatu. Ya ALLAH, terima kasih sgt2. Alhamdulillahirabbil-a'lamin...