Thursday 15 May 2008

ISA Tidak Zalim...Kata KPN

Sebelum membaca keratan berita dibawah,saya telah pun mendengar kata-kata KPN ini di dalam berita di TV sebelum kaki melangkah keluar menghadiri mesyuarat GMI.

Sesak nafas dan hati menjadi sakit..itu baru perasaan hati saya yang bukan secara direct menjadi mangsa kezaliman ISA..apa pula perasaan dan kata hati mereka-mereka yang menjadi mangsa kezaliman ISA yang sebenarnya.
Apa yang membuatkan saya merasa marah lagi ialah mereka-mereka ini sedap cakap saja kerana mereka tahu berita sebenar tentang kezaliman ISA tidak terpampang dan terpancar dalam TV atau akhbar arus perdana milik mereka. Mereka juga lansung tidak bertanggungjawab di atas kenyataan mereka apatah lagi di atas amanah yang dipegang oleh mereka.

Kata IGP ISA tidak zalim????..Lihat gambar di bawah ini yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA yang masih merengkok di dalam KEMTA selama 6 tahun sudah...gambar ini sudah lama dilukis dan dapat dikeluarkan dan dijadikan bahan pameran oleh kami di GMI untuk menunjukkan tentang kezaliman ISA secara physical dan mental...Banyak lagi lukisan yang lain...cukuplah ini sebagai bukti.
Tatapi lah ia...




























Hati saya juga sakit dengan kenyataannya lagi bahawa "ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court"....apa yang dimaksudkannya ni????...kami di GMI puas mendesak kerajaan dan polis supaya membebaskan tahanan ISA atau bawa mereka ke mahkamah untuk dibuktikan kesalahan mereka sekiranya ada...tapi...ini kan namanya "tahanan tanpa bicara"....bertahun-tahun ditahan kerana polis gagal menunjukkan bukti atau lansung tak ada bukti.Mungkin IGP kita ni lupa atau tidak tahu agaknya
Lagi sakit dan tersiat hati bila baca statement ini.."There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them,"
Nak tahu kenapa???...sebab kalau kerajaan dan IGP bercakap benar dan ikhlas dah lama semua tahanan ini sepatutnya dibebaskan kerana kebanyakan mereka telah pun direcommendkan oleh Lembaga Penasihat untuk dibebaskan kerana semuanya baik-baik belaka. Lansung tak mengancam keselamatan negara.
Tetapi hakikat yang sebenarnya ialah kewujudan Lembaga Penasihat hanyalah satu procedure sahaja atau nak make up biar nampak cantik dan baik saja ISA ini. Mereka sebenarnya tidak ada kuasa hanya layak untuk menasihatkan sahaja sama seperti kewujudan SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia..hanya sekadar boleh memberi nasihat dan pandangan, akhirnya keputusan muktamad adalah di bawah kuasa mereka yang berkuasa.

Internal Security Act not cruel, says IGP

Thursday, 15 May 2008
KUALA LUMPUR, May 14 (Bernama) -- Dismissing the notion that the Internal Security Act (ISA) is cruel, the inspector-general of police says it is still needed to safeguard national security.

Tan Sri Musa Hassan also rejected charges by some quarters that detainees held under the ISA were given no opportunity to defend themselves in court.

"ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court."

There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them," said Musa, adding that members of the panel were former judges.

He was speaking to reporters after officiating the first meeting of the Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) here Wednesday.

Answering a question from an Indonesian journalist who was covering the ARCPF event, Musa said among the ISA detainess were 13 Indonesians who enjoyed permanent resident status here.

He said they were being detained in Peninsular Malaysia and Sabah.The three-day meeting which began Wednesday focusses on the establishment of the Malaysian Crime Prevention Foundation by emphasising on aspects of crime prevention in drug smuggling, human trafficking and police enforcement.Also present was acting ARCPF chairman Tan Sri Da'i Bachtiar of Indonesia.

7 comments:

Abang Long said...

Mereka masih belum sedar, walaupun sudah tumbang di lima negeri. Yang pasti di Malaysia ini, terlalu ramai ulamak yang jadi SYAITAN BISU !

ummu asiah said...

abang long
Terima kasih..kita memang menanti-nantikan rakyat untuk terus bersuara apatah lagi mereka yang tinggi ilmu dalam bidang agama untuk bangun membela nasib rakyat yang dizalimi dan tertindas.

maklang said...

Moga2 mereka diberi petunjuk olehNya...

silversarina said...

Dah macam tu dikatakan ISA tak zalim, memang mereka zalim .

Unknown said...

KEZALIMAN kepada maruah dan mertabat seseorang ialah kezaliman yang paling tidak berperikemanusiaan.

Dari gambar yang di lihat, saya doakan mereka yang di belakang kezaliman ini supaya mendapat kesedaran dan keampunan Illahi - dan juga kemaafan dari mangsa direct atau bukan direct.

Jika mereka tidak sedar, Ya Allah, semoga kau tunjukkan balasan keatasan mereka di dunia ini juga .... dan dengan itu semoga yang lain2 di antara mereka emndapat pengajaran.

Wallah Hu Aklam.

ummu asiah said...

Mak Lang..ya semoga mereka diberi petunjuk dan keinsafan..insaf dan sedar bahawa bukan selamanya seseorang itu akan berkuasa. Sampai masa jatuh juga..sedar bahawa balasan dari Allah amat berat kepada penzalim.

..................
Kak Rina
Entahlah..tak tahu nak cakap apa lagi..itu hanya sebhgia dari kezaliman..selasa ni GMI akan buat polis repot kerana ada seorg tahanan ISA sampai lumpuh kerana diseksa..skrg masih di KEMTA..terpaksa guna kerusi roda..kesian, masa ditangkap sihat segar bugar..tapi...

ummu asiah said...

Pak Payne..
Saya cut n paste tulisan Saari Sungib dalam satu artikelnya..'Tarbiyyah dari Penjara"

"Dalam ribuan barisan tulisan Fi Zilal, saya terkejut kerana tiba-tiba Sayyid Qutb datang memberitahu saya dengan kata-kata:"Memaafkan adalah satu akhlaq yang terpuji. Namun golongan mustakbirin yang menindas dan menzalimi orang tidak pernah mengiktiraf perbuatan memaafkan itu sebagai suatu akhlaq terpuji. Seandainya kamu dianiaya dan dizalimi dan dengan memaafkan golongan ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih angkuh dalam kezaliman dan penindasan, maka memaafkan itu tidaklah lagi menjadi akhlaq terpuji. Kamu mesti lawan dan dedahkan kezaliman dan kejahatan mereka".

Itulah suara Sayyid Qutb dari lembaran Fi Zilal Al-Quran yang telah menyuntik kekuatan jiwa saya untuk terus menentang kezaliman. Itu antara tarbiyyah awal saya dari penjara."