Monday 26 May 2008

Satu langkah antara berjuta langkah menuju kejayaan...di Negeri Selangor Darul Ehsan

"Usul tergempar ISA lulus di DUN Selangor"

"Selangor to aid ISA families"
(Bergambar kenangan di kawasan Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor-dari kiri UmmuAsiah, Puan Norlaila Othman-isteri tahanan ISA 6 Tahun dan Puan Aliza Jaffar isteri YB Saari Sungib(bekas tahanan ISA 2 kali)

Alhamdulillah itulah 2 tajuk berita di atas yang sempat saya browsed dari http://www.malaysiakini.com/ sambil cuba menulis satu entry tentang pengalaman saya dan beberapa orang AJK Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) semasa sesi sidang media dan penyerahan memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor siang tadi. Alhamdulillah, Allah hu Akbar. Ini adalah satu permulaan yang memberi makna yang sangat besar buat kami di GMI lebih-lebih lagi kepada mangsa kezaliman ISA.

Syukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah di negeri Selangor khususnya dan kepada 4 buah negeri yang lain. Lebih bersyukur lagi kerana kerajaan negeri Selangor benar-benar cuba sedaya upaya nya untuk memenuhi segala manifesto seperti yang dijanjikan di dalam PRU yang lepas.

(gambar ketika pertemuan AJK GMI bersama isteri-isteri Tahanan ISA HINDRAF dan YB Rodziah Ismail di pejabatnya)

Kehadiran kami di sidang DUN Selangor adalah hasil idea dari YB Rodziah Ismail semasa perjumpaan kami yang lepas semasa membincangkan bentuk bantuan kebajikan yang boleh disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan ISA. YB mencadangkan kepada kami untuk datang lagi dan menyampaikan lencana "Malaysia Bebas Dari ISA" kepada semua ADUN di negeri Selangor. Kami menyambut baik cadangan tersebut maka perancangan untuk program hari ini kami susun dengan baik sambil mengambil peluang keemasan menyerahkan memorandum dan kenyataan media GMI. Hari ini dipilih juga kerana kami diberitahu bahawa usul mengenai ISA akan dibawa pada hari ini.

(Pengerusi GMI, Syed Ibrahim membacakan kenyataan media GMI)

Kami diberi peluang untuk menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media ketika persidangan berhenti rehat sewaktu makan tengahari. Kami pada mulanya dimaklumkan oleh Puan Arfah, PA YAB Menteri Besar, bahawa YAB MB tidak dapat bersama kami menerima memorandum kerana mempunyai urusan untuk menyediakan hujah-hujah penggulungan untuk sesi penutup sidang DUN. Kami dimaklumkan bahawa YAB MB telah mengarahkan supaya YB Nik Nazmi untuk menerima bagi pihaknya. Sudah tentu kami berasa sedikit kecewa dan memohon jasa baik Puan Arfah untuk membantu kami mendapatkan juga sedikit masa YAB MB.

Semasa menunggu sidang media diadakan kami dimaklumkan oleh Puan Aliza isteri YB Saari Sungib yang juga AJK GMI bahawa dia mendapat maklumat bahawa MB telah memberikan surat dan meletakkan di meja semua YB ADUN, arahan untuk semua YB ADUN untuk menghadiri sesi sidang media kami GMI. Kami semua berasa sungguh berbesar hati.

(YAB Menteri Besar menerima memorandum dari GMI dan memberi ucapan menyokong usaha memansuhkan ISA, membebaskan semua tahanan ISA dan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga tahanan ISA, di sebelah kirinya YB Saari Sungib-bekas tahanan ISA, ADUN Hulu Kelang)
Akhirnya, YAB MB telah turun ke kawasan lobby tempat kami menunggu dan sidang media GMI dan majlis penyerahan memorandum telah dapat dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah, terjawablah persoalan mengapa ramai sekali,mungkin hampir semua ADUN Pakatan Rakyat telah turut sama hadir ke sidang media kami tengahari tadi. Para wartawan juga begitu ramai sekali yang mengerumuni kami, hinggakan saya sendiri tersepit di kalangan mereka. Walaubagaimanapun dapat juga saya mengambil bebera gambar untuk simpanan.
Selesai sidang media kami dijemput untuk menikmati jamuan tengahari di meja VIP. Kami didatangi oleh YB Rodziah yang memaklumkan kepada kami bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk menyediakan sebuah 'coaster' atau bas untuk membantu membawa keluarga tahanan ISA melawat suami dan ahli keluarga yang ditahan di KEM Tahanan Kamunting. Kami dijemput ke pejabatnya lagi untuk membincangkan dengan lebih lanjut tawaran tersebut.

(Menjamu selera makanan tengahari di meja VIP. Membelakangkan kamera ialah YB dari Barisan Nasional. Lencana yang diberikan disimpan di dalam poket)
Selesai makan dan solat zuhur kami bergerak pula menuju ke dewan persidangan bagi mengikuti sesi persidangan buat pertama kalinya...satu pengalaman yang amat bermakna...lebih-lebih lagi dapat mendengar hujah-hujah yang bernas dari ADUN Pakatan Rakyat, terutama sekali YB Hassan Ali yang dengan tegas menyatakan kemarahan dan kekecewaan rakyat khususnya akan segala penyelewangan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan ADUN Sg Panjang yang juga bekas Menteri Besar Selangor.


(Mengabadikan kenangan di dalam dewan persidangan sebelum sidang bermula sesi petang. Wajib memakai blazer ketika di bangunan DUN ini. Ahli YB Pembangkang duduknya di bahagian bawah tempat kami berdiri, jadi muka mereka hanya dapat kami lihat di TV ketika mereka bangun membantah atau mohon penjelasan)
Selangor akan menjadi sebuah negeri yang pertama yang secara terang-terangan dan secara khusus memberi bantuan kepada keluarga mangsa kezaliman akta ISA. InsyaAllah ianya pasti akan membuka mata semua rakyat akan keprihatinan kerajaan negeri Selangor. Ianya juga akan menyedarkan rakyat betapa zalimnya mereka yang telah menahan tahanan ISA tanpa dibicarakan, ahli keluarga juga turut menderita hasil kezaliman ini, tidak ada sebarang pembelaan ke atas nasib mereka. Peristiwa ini juga bakal memberi impak kepada negeri-negeri lain yang turut sama diperintah oleh Pakatan Rakyat.

GMI akan terus mengorak langkah bertemu dengan pimpinan tertinggi 2 buah negeri Pakatan Rakyat yang lainnya. Dalam masa terdekat ini kami telah membuat temujanji untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah. Perjumpaan dengan Menteri Besar Perak telah diadakan pada awal Mei lepas.

InsyaAllah janji Allah benar...kezaliman pasti akan dihapuskan, keadilan pasti akan ditegakkan...dengan api perjuangan yang tidak akan malap. Hanya masa yang akan menentukannya.


MANSUHKAN ISA
BEBASKAN TAHANAN ISA
TUTUP KEM KAMUNTING

8 comments:

IKHWANI said...

Alhamdulillah berita ni kiranya berita gembira. Mudah-mudahan usaha seterusnya mendapat bantuan Allah swt.

Malam tadi saya dapat sms dari blogger mak teh mengatakan Selangor juga dah haramkan islam hadhari. Syukur lah!

Anonymous said...

Great news! Keep up the good work.

Abang Long said...

Tahanan tanpa bicara adalah HARAM.

Ingatlah wahai orang yang BERIMAN. Azab Allah di akhirat adalah MAHA DAHSYAT !

Rukuk dan sujudlah kepada Allah, dan taatlah kepada perintah dan hukumNYA !

zlaa said...

Salam. Bagus-lah u. Muga usaha diberkati. Pergi ke gathering hari tu?

Neeza Shahril said...

seronoknya akak dapat masuk Dewan Rakyat. Tapi kan, masa bersidang, memang orang luar tak leh masuk ke kak?

semoga ISA diharamkan terus sebab zalim sungguh menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan tu...

ummu asiah said...

OO...Alhamdulillah, Allah dah berikan sedikit demi sedikit kejayaan kepada kita..Syukur kerajaan Selangor dikuasai pakatan rakyat dan ADUN2 nya pula memang adalah pejuang Agama dan juga Keadilan.

...................
Ummi..thanks...'good work' ni ada ups and down nya jugak..espc cuti sekolah ni...lemah la sikit..thts y lama nak berblog n ziarah blog org lain..lama tak dgr yr stories..jap lagi boleh la singgah sat...

ummu asiah said...

Abang Long..

Memang benar..haram dan perlu diharamkan..GMI dalam bbrapa tahun lepas dah berjumpa dgn kesemua mufti-mufti di seluruh negeri di malaysia membawa buku yang ditulis oleh YB Saari Sungib mengenai ISA adalah haram..kami minta Mufti keluarkan fatwa..tapi..tau sajalah..diam sampai skrg..

Selagi manusia tunduk dan sujud kepada manusia selagi itulah tiada yang berani melawan hukum yang dicipta oleh manusia sendiri tetapi berani melawan hukum Allah.

.....................

Zlaa..
have to keep myself busy dgn kerja mcm ni..if not..boring n stress and above all..tak ada sumbangan..

I tak p pun gathering tu..ada program pagi plus tak dak 'motivasi' untuk pi..samala sikit alasan dgn tancik...

ummu asiah said...

neeza..sesapa pun boleh masuk even if di parlimen. if di DUN selangor tu syarat ketat dia hanyalah kena pakai blazer..so melaram la sikit that day..tapi best tau..katanya sesapa saja yang g situ dapat makan free di dewan jamuan..buffet..untung tau..bolehla lepak2 kat situ. tapi kami tht day dpt extra special.

InsyaALlah selagi perjuangan diteruskan Allah akan kurniakan kejayaan..masa yang menentukan.