Tuesday 26 August 2008

Hari Penentuan-Kalah Menang Dalam Agenda MeMerdekakan Rakyat-Kami Turut di Sana

Hari ini 26-08-08, bakal mencatat satu sejarah dalam politik Malaysia. Pilihanraya Kecil P044-Parlimen Permatang Pauh. Di antara Dato' Ariff Shah dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Untuk calon AKIM, boleh saja kita ketepikan sahaja.
Kami baru selesai trip kami yang kedua ke Permatang Pauh. Bertolak ke sana jam 6ptg Jumaat dan pulang semula ke Kuala Lumpur Jam 3.00 ptg Isnin. Kami drive relax-relax sahaja kerana hati masih tersangkut di Permatang Pauh. Kami tiba di rumah jam 10.30 malam.

Hari ini sudah tentu Kawasan Permatang Pauh begitu sebuk dan meriah sekali. Semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Saya kongsikan gambar-gambar di sekitar aktiviti kempen di Permatang Pauh khususnya di Seberang Jaya

NEGARA RAKYAT......Ini pemandangan di Jalan Bharu, di hadapan Markas Jalan Bharu. Kami melapor diri di sini untuk keluar berjumpa pengundi Apartment di Pauh Jaya....

Pemandangan di hadapan Medan Selera dan Pasar di Seberang Jaya. Jalan di sepanjang jalan ini amat sebuk di waktu pagi dengan aktiviti merayu undi, leafleting dan sesi pemimpin bertemu rakyat. Di waktu ini Dato' Seri Najib telah datang, diikuti dengan kedatang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Ariff Shah.Dato' Arif Shah ditemubual oleh wartawan. Saya pun menyebuk kat depan tu, nak dengar apa isu yang menjadi tumpuan pemberita pada hari tersebut.
DSAI pula tiba bertemu orang ramai di pasar tersebutDiikuti dengan ketibaan Kak Wan pula...melambai pada orang ramai yang berdiri di hadapan pasarKakak yang berkaca mata hitam ni dari Wanita BN juga hadir mengedarkan leaflet mereka. Isu yang dibawa oleh mereka masih berkisar tentang sumpahan Saiful dalam isu liwat. Begitu juga berekanaan DSAI yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya. Kebetulan saya juga mendengar ceramah DSAI pada malam tersebut di Taman Tun Hussein Onn...jadi dapatlah saya menilai sendiri tentang apa yang ditulis di leaflet tersebut.Saya, Kak Robiah dan Munzir...sedang menanti tugasan yang seterusnya di Markaz...ini sesi selepas zuhur...lambat pulak mereka ni..jenuh kami menunggu...perbualan waktu ni...Munzir tak percaya HP Mak Ciknya ni pun ada 3G la.....boleh la check mel dan browse internet...he...he...Dah lama menunggu kami mengambil keputusan untuk ke tempat lain pulak...Ini pula lori yang turut berkempen...Menarik.."Katakan Tak Nak....." Creative hasil usaha dan dana sendiri sudah tentu.

Ini adalah pemadangan tempat ceramah yg dihadiri oleh DSAI di Taman Tun Hussein Onn. Puas kami melilau dengan drive di merata tempat mencari Taman Tun Hussein Onn ini. Rupanya ianya hanyalah di sebelah taman tempat kami tumpang berehat. Di mana-mana saja tempat ceramah memang penuh dgn orang ramai, tapi kemungkinan lebih ramai yang bukan merupakan pengundi setempat.Ini pemandangan kempen merayu undi di hadapan Pasar pada pagi Ahad. Oleh kerana sudah ramai di sini, saya pun tidak mahu menambahkan lagi kesesakan yang tak sewajarnya untuk tempat ini, lebih banyak tempat lain yang perlu dikunjungi. Maka saya telah bersama-sama mengajak dan mengikuti pemuda-pemuda dari DAP untuk berjalan bertemu pengundi di kawasan taman perumahan di sebelah dan di sekeliling pasar. Alhamdulillah, berbaloi juga usaha kami. Pemuda DAP ini turut membawa dan mengibarkan bendera PAS, DAP, PKR dan bendera Malaysia sepanjang perjalanan.Letih juga...berehat sebentar sambil menanti teman yang lain keluar dari kedai-kedai. Turut bersama kami ialah seorang YB dari DAP dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang...

Selesai kerja sesi pagi kami berehat sambil duduk berbincang bersama dengan Zahir Hassan, Tn Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai team Timbalan Pengerusi MAFREL (Malaysia For Free and Fair Election) dan teman yang lain..sambil mengisi perut buat kali kedua pada pagi tersebut.Sebelah malamnya kami bersama jemaah yang lain menuju ke Masjid PERDA di Bandar PERDA. Kami tiba awal jam 6.30 petang. Saya mengambil peluang untuk mandi dan menyegarkan badan. Ramai sekali yang hadir. Selesai solat perut terasa amat lapar...sempat juga saya menelofon dan bersms dengan seorang kakak..Kak CikMilah teman blogger yang tinggal berdekatan. Memang tujuan saya nak minta tolong bawa saya keluar cari makan...Alhamdulillah dia juga tinggal berdekatan dan sedang berada di dalam kereta di luar kawasan masjid..Alhamdulillah, rezeki dapat berjumpa teman.

Ustaz Badulamin mengimamkan solat Maghrib dan membaca do'a yang amat berani..memang beliau terkenal dengan kata-kata yang amat berani sekali. Di dalam do'anya dia mengatakan "laknat Allah keatas Saiful Bukhari Azlan"...dan laknat Allah ke atas beberapa nama individu pemimpin yang lain...Ya Allah...meremang bulu roma dibuatnya. Di belakang Ustaz Badrul ialah Ustaz Ramlang yang telah membuat pengakuan berani pada malam tersebut tentang konspirasi yang meletakkannya di tempat Saiful Bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15hb Ogos yang lepas.
Tuan Guru Nik Aziz sepatutnya mengimamkan solat Hajat, tapi beliau tiba agak lewat dan sempat menyampaikan ucapan dan membaca do'a. Beliau masih kurang sihat.Pemandangan di luar kawasan Masjid. Dipenuhi dengan ribuan manusia. Saya juga terlihat penyanyi Yassin di hadapan Masjid. Saya ada mendengar khabar yang dia juga turut sama berkempen. Dalam ceramah Ustaz Badrul juga menyebutkan yang Yassin turut berceramah berkempen di pentas politik kerana turut sama muak dengan perkembangan politik semasa yang amat kotor. Begitu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan. Isterinya juga turut duduk di atas pentas ketika suaminya berceramah dan berforum.
Pemandangan di dalam Masjid PERDADSAI turut memberi ceramah ringkas pada malam tersebut sambil menantikan kedatangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 turut berucap.

3 comments:

Neeza Shahril said...

seronoknya akak berada di sana.. pasti meriah dan bersemangat kan..
Neeza doakan DSAI beroleh kemenangan hari ni.. Amiiinnnnn....

ummu asiah said...

Neeza,
Alhamdulillah dapat kami ke sana.dapat juga berkongsi dgn sahabat2 yg lain.

Ya..moga Allah kurniakan kemenangan.

kulupSakah said...

ya ummu asiah!!
tanpa tanganmu perjuangan ini belum tentu terlaksana!
Ayuh! langkah kita panjang lagi!!