Friday 15 August 2008

Ke Mahkamah lagi

Pagi ini 15 hb Ogos 2008. Sekejap lagi at 7.40 saya akan keluar dari rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah. Yang sekolah pagi lambat sikit dihantar, sebab nak kongsi hantar dengan anak yang sekolah petang sekali supaya selepas itu saya boleh terus bergerak ke Mahkamah Jalan Duta. Pagi ini InsyaAllah Yang Arif Hakim akan memberikan keputusannya untuk rayuan bagi pihak saya oleh pihak peguam untuk menggugurkan syarat jaminan tambahan terhadap saya, iaitu tidak boleh menghadiri sebarang 'Perhimpunan Haram'.

Apa-apa pun keputusannya, kita sama-sama nantikan, namun InsyaAllah tidak pernah akan memadamkan semangat saya untuk terus menyatakan yang Hak. Semoga Hakim membuat keputusan yang adil tanpa memikirkan tentang implikasi politik di sebalik kes ini.

Selesai urusan saya nanti...iaitu selepas mengambil anak dari asrama, akan saya kongsikan kesah 'konspirasi' 'OPS PADAM 3'. Saya ada pengakuan dari saudara kepada Majistret yang menjatuhkan hukuman ke atas kami untuk terus ditahan di dalam lokap selama 48jam!!!!.

Semoga Allah melindungi kami dari perbuatan orang2 yang jahat dan berniat jahat.

3 comments:

Neeza Shahril said...

semoga Allah bersama-sama dengan orang yang benar..
semoga akak terlepas dari mangsa2 makhluk Allah yang zalim...

ummu asiah said...

neeza..

jumpa lagi in 2 days time...ipoh dok memanggil2 utk tengo2 gerai GMI...and permatang pauh of course do not want to miss d event...

Abang Long said...

Saya tetap berdo'a dari kejauhan.