Tuesday 12 August 2008

"Konspirasi-DEMAM CAMPAK"

Petang semalam sekitar jam 3.30 petang saya menerima panggilan telefon dari kerani sekolah anak saya Asiah. Ketika itu saya dan suami sedang berada di CIMB di Setiawangsa menguruskan hal-hal pinjaman perumahan. Kerani sekolah tersebut, Kak Hafsah adalah juga kenalan baik kami.


Kak Hafsah...:.." Anak awak demam campakla"...kemudian saya bercakap dengan Asiah.

Asiah dengan suara yang lemah seperti orang sakit..."Ummi, Asiah kena demam campak, dah keluar bintik-bintik kat badan Asiah"

Saya.." Okayla..Asiah tunggu ya...kejap lagi ummi datang, ummi dgn Abah kat bank ni"

Asiah.." Okayla..Asiah tunggu"

Dalam hati saya terfikir juga...macamana pulak boleh kena campak ni...jangkit dengan siapa pulak. Tapi terfikir juga saya..mungkin ya jugak sebab sabtu malam Ahad lepas, Asiah demam semalaman sahaja. Mulalah saya terbayangkan keadaannya yang berbintik2 dan miang badan akibat campak, dah terfikir nak cari daun mambu, dah terfikir nak sapu badan dengan lotion, dah terfikr macamana saya nak handle dia bila mana saya perlu keluar jika ada meeting atau appointment dan macam-macam lagi sambil menunggu urusan kami selesai di bank tersebut.

Hati mula risau memikirkan keadaan Asiah bila urusan kami di Bank ambil masa yang agak lama untuk selesai. Sebaik selesai urusan di bank terus ke Al Amin Gombak untuk ambil Asiah. Sampai di sekolah suami terus keluar seorang diri mengambil Asiah. Saya tinggal dalam kereta kerana pening kepala.

Lama pula menunggu mereka keluar dari kawasan sekolah. Saya terbayangkan mesti muka dia macam orang sakit dan didukung oleh abahnya, tapi...aiiiitt.....dari jauh nampak jalan relax saja sambil tersenyum-senyum pulak..

Sampai ke kereta saya tanya dia mana demam campaknya...dia pun tunjukkanlah...bintik-bintik di muka dan tangannya...Alamak...saya yakin sangat itu bukannya campak....tapi disebabkan gigitan nyamuk....musim panas ni...nyamuk agak banyak di rumah kami.

Hmmm.....tak pe lah...bawa saja dia balik rumah...memang sah bukan demam campak..sebab dia pun okay okay saja...Ada...ada saja Asiah ni...

Dalam kereta dia mulala bercerita apa yang terjadi di sekolah yang membuatkan saya terfikir dan tersenyum kerana mungkin sah telah wujud satu 'konspirasi mendemam campakkan' oleh beberapa orang anak-anak Tahun 1 Ammar ni.

Asiah bercerita..."Aishah yang cakap Asiah kena demam campak, Aishah bawa Asiah jumpa Muallimah dan bagitahu Muallimah Asiah kena demam campak. Muallimah tengok bintik-bintik kat muka, badan dgn tangan Asiah. Lepas tu Muallimah suruh Asiah pegi rehat kat bilik guru"

Asiah bercerita lagi.." Masa rehat, Asiah makan bihun, lepas tu, Aisyah pun makan bihun Asiah, lepas tu, Aina pula makan bihun tu, lepas tu, Nadia pula makan. Lepas tu Asiah minum air yang warna hijau tu, lepas tu, Aisyah pulak minum air tu, lepas Nadia pulak minum...ha...ha...empat orang sekali minum.."

Masa ni...saya dah boleh nampak plotnya...mungkin masing-masing nak dapat....virus yang sama...demam campak!!!!....

Lagi sambungan cerita Asiah..."lepas tu kan Aishah lepas minum air tu, dia rasa nak termuntah, dia pergi bilik air, dia pun muntah"...

Ha...ha....berdekah-dekah saya ketawa bila dengar cerita Asiah...macam-macam akal anak tahun 1 ni...agaknya Muallimah mereka mengambil langkah berhati-hati...memandangkan minggu ini adalah minggu peperiksaan...cepat2 di kuarantinkan Asiah.

Masa makan malam semalam..Asiah bertanya pada saya..."ummi, mana MC Asiah, Asiah nak tengok"..

Terlopong saya..sambil nak ketawa lagi..."mana ada MC..MC untuk orang sakit..kena pegi jumpa doktor dulu..baru dapat...tak nak lah ummi bawa Asiah...malu ummi saja nanti sebab kena gigit nyamuk saja."

Pagi tadi hingga jam 10.30 tiba waktu ke sekolah sudah tidak timbul lansung kisah DEMAM CAMPAK atau MC Asiah...

Asiah...Asiah...

(semua nama di atas, bukan nama sebenar kecuali nama Asiah)

4 comments:

Neeza Shahril said...

pandai sungguh anak-anak ni kan kak. Neeza masa kecik2 dulu selalu kena demam campak.. asyik demam aje. badan kurus kering. Alhamdulillah, besar ni tak kena. dah immune agaknya :D

Anonymous said...

salam ummuasiah..

lawaklah asiah!! pandai pulak budak2 kecik tu create idea.. heheh!!

ummu asiah said...

demam campak ni, kata je sekali kena tak kena lagi..tapi akan pun kena few times..paling tak best bila kena time besar2..the last time kena bila balik cuti dari australia..time dah nak balik ke sana balik..punya la risau takut tak leh masuk ke sana..pakai baju tutup semua kesan.

ummu asiah said...

RD..budak kecik ni..otak dia ligat agaknya..tapi dia tak tahu akibatnya..now dia dok seronok teringin nak pakai specs mcm kakak dia..mula la bagi mcm2 alasan. dia tak tahu betapa tak seronoknya pakai specs ni.