Wednesday 27 August 2008

MENJANA KEMENANGAN RAKYAT-HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Segala kesyukuran kita panjatkan kepada Allah yang Maha Berkuasa yang telah memberikan kemenangan kepada perjuangan rakyat. Bukan hanya satu perjuang untuk menaikkan seorang individu sahaja...tetapi ianya sebuah perjuangan rakyat!!!.


Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 hb September 1998...seluruh negara bagai dilanda satu trauma yang amat hebat. Saya sendiri masih terasa betapa suasana ketika itu begitu muram dan 'terdiam' seketika...begitu juga suasananya terasa apabila Barisan Alternatif kalah dengan teruknya pada pilihanraya umum 2004.
Namun pada tarikh 2hb September 1998, rakyat bingkas bangun menentang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku ketika itu. Ketika itu juga barulah majority rakyat Malaysia termasuk saya sendiri mula memahami erti sebuah kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. 10 tahun yang lepas, umur saya 32 tahun dan baru mempunyai 2 orang anak..seorang lagi sedang dikendong di dalam perut. Ketika itu saya juga turut serta bersama ramai lagi rakyat Malaysia menentang pemerintah yang tidak adil dan zalim. Berdemonstrasi di jalanan dengan hati yang penuh sedar dan bukan ikut-ikut semata.

Ketika itu ramai yang mula ditangkap, dibelasah dan dipenjarakan. Ketika itu juga ISA mula bermaharaja lela semula. Semuanya angkara pemimpin yang takut dengan kebangkitan rakyat. Ketika itu juga baru saya sedar dan tahu tentang kewujudan ISA dan kenapa ianya zalim dan perlu dihapuskan, iaitu apabila orang yang dikenali dengan baik turut ditangkap dan dizalimi di bawah akta ISA hanya kerana menyatakan dan membongkarka kebenaran.

Alhamdulillah, hingga kini perjuangan itu masih berterusan, walaupun sudah ada beberapa orang yang kembali ke 'lubuk' asal mereka.

Alhamdulillah DSAI menang dengan majority yang besar dalam PRK P044 semalam. Dengan izin Allah jua.

Semoga DSAI dapat buktikan dan kotakan apa yang dikata. Rakyat menanti dengan penuh harapan agar 'kemerdekaan' yang sebenar tercapai. Rakyat Merdeka dan dibebaskan dari segala belenggu penindasan dan kezaliman.

Rakyat juga tidak akan mendiamkan diri sekiranya DSAI bertindak sebaliknya dan mengenepikan harapan rakyat, kerana sesuatu perjuangan untuk menegakkan keadilan dan syariat Islam bukanlah kerana seseorang individu semata.

Saya masih dan akan terus berpegang dengan kata-kata ustaz ini........Beliau seorang Mudir di sebuah Sekolah Agama. Dalam ucapannya di ceramah kempen Pilihanraya di Ladang Boon Siew pada 17hb Ogos....beliau menyebutkan lebih kurang menyentuh tentang individu Anwar ini agak unik kerana telah dipilih Allah untuk melalui suatu kezaliman yang besar yang menimpa ke atas dirinya..relate to peristiwa 1998..dilucutkan dari jawatan, ditangkap dan diseksa dgn begitu teruk, dibiarkan merengkuk dalam penjara bertahun2 lamanya, dihina dengan begitu teruk sekali, dengan dibogelkan di khalayak ramai, dilemparkan dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali dan macam2 lagi...Orang yang dizalimi ke tahap ini sudah tentu tidak akan tergamak menzalimi orang lain, terutama rakyat di bawah pimpinannya. Tetapi sekiranya dia juga menzalimi orang lain, maka dia lah orang yang paling zalim sekali!!!!.
Maka sekiranya ianya terjadi rakyat akan bangun menentang kezaliman sekali lagi. Namun kita sebagai rakyat akan terus berdo'a untuk kesejahteraan pemimpin yang adil, akan menegur bila mereka lupa dan apabila mereka membuat kesilapan.
Moga Malaysia akan terus diberkati Allah dengan adanya rakyat yang terus berjuang di jalanNya.

13 comments:

Anonymous said...

Ummu Asiah,

Tahniah sekali lagi..

Rasa sungguh seronok dan puas setelah 10 tahun!! Finally...

Salam Kemerdekaan untuk rakyat Malaysia!!

Alhamdulillah :)

Neeza Shahril said...

bila baca kisah Anwar, teringat kisah2 nabi seperti nabi Yusuf.. dimalukan, dituduh berlaku sumbang, lepas tu kena penjara dan terpisah dari keluarga tersayang.. akhirnya kebenaran terserlah jua..
semoga Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang benar...

zlaa said...

Bravo Chit!! Well Done..

cikMilah said...

Tahniah Ummu Asiah and team yg datang membantu. Kakcik berjumpa "MakLong" tadi, katanya, team KL memang solid buat kerja. Tahniah. Alhamdulillah.
pst...pasar Seberang Jaya, tenang damai pagi tadi...:)

Abang Long said...

Berhati - hati dengan do'a orang yang dizalimi !

ummu asiah said...

RD..

ya salam kemerdekaan..baru puas dan sepenuh hati menyebut merdeka..bukan seperti yg dilaungkan di Dataran Merdeka:)

ummu asiah said...

Neeza..

betul tu..bukan mudah utk seorang manusia melalui ujian sprt itu..just imagine dia pun punya kelaurga..mcm Kak Wan kata dlm ceramah dia "I have feeling too"..seolah2 mereka yg zalim tu lansung tk terfikirkan nasib keluarga yg dizalimi..

ummu asiah said...

Zlaa.

Thank u Alahmdulillah..sikit saja yg dpt kami bantu..my husband kata if my son tak ambil upsr thn ni, dia dah nak biar i stay kat permatang pauh the masa kempen..

ummu asiah said...

Kak Cik

Alhamdulillah..dah mai jauh2 ni,kena make full use of the time..sambil menyelam minum air jugak masa di sana..dpt juga pi sunway mall, Jusco PERDA yg amat besar tu..tapi jln sikit saja, sbb terlepas grup Tan Sri Khalid..n also lepas balik dari masjid PERDA, kami singgah ceramah dpn bgn LHDN kot yg dekat kedai Nash Donuts. My husband pulak lapar..mkn donut dia..not bad..ada sikit2 rasa big apple donuts...nak pi lagi la lepaih ni.

ummu asiah said...

Abg Long..
bukan saja kena berhati2 dgn do'a org ramai yg dizalimi, tapi now ni..depa kena berhati2 dgn semua sumpah yg depa buat and dok main2 sumpah..sumpah sambil dok senyum and gelak2 lagi...

Unknown said...

TAHNIAH UMMU Asiah...syabas di atas perjuangan yang tidak pernah putus asa...
memang dapat di rasai semangat juang yang kuat...

now parlimen akan berubah suasana! MPs dari BN terpaksa buat homework hehehe...

Pp

ummu asiah said...

PP..

kerja2 ni disamping utk pastikan Malaysia 'merdeka' dgn sbnrnya..juga sebagai 'tambah nilai' untuk beratkan timbangan amal...mudah-mudahan..

tak sabar menanti hari-hari yg mendatang utk lihat perubahan ke arah yg lebih baik.

maklang said...

maklang berana sedih sungguh bila DSAI dilucutkan jawatannya...masih ingat lagi kami dihospital. maklang baru melahirkan maya tanggal 24.8 dan maya mengalami kuning yang teruk. pagi yang hening itu sungguh sunyi kerana kami berdua menatap akhbar tentang perlucutan jawatan beliau...sedih,,sungguh sedih..

Alhamdullillah...dengan berkat doa dari semua, belaiu kembali ke persada politik...moga beliau diberkati untuk menyinari bumi Malaysia kembali, Insyaallah...