Monday, 29 June 2009
Wednesday, 24 June 2009
Hakim sakit...kes tangguh lagi
Posted by ummu asiah at 14:08 2 comments
Tuesday, 23 June 2009
Jangan berlaku zalim!!!!!....sakit hati boleh????
Hari ini saya sudah berjaya menghentikan diri saya dari 'menzalimi' pokok-pokok tanaman yang ada di perkarangan rumah....sentiasa terngiang di dalam diri saya tazkirah yang pernah disampaikan oleh Kak Aliza kepada saya yang dia dengar dari seorang Ustaz di dalam bulan Ramadhan yang lepas. Bunyi takirahnya lebih kurang begini..
"kita sering memohon kepada Allah bermacam perkara di dalam do'a kita..terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia, tapi kita terus menerus bersifat zalim. Sifat zalim ni bukan sahaja merangkumi benda-benda atau perkara-perkara yang besar, malahan perkara yang kecil...dan dia memberi contoh kecil seperti menyiram dan menjaga pokok-pokok tanaman kita"...
memang benar..selalunya kita terfikir tentang kezaliman yang besar saja...tak nampak kezaliman yang ada dalam diri kita sendiri..so kena usaha identify perkara yang buruk yang mungkin kita terlepas pandang dan cuba perbaiki sebaik mungkin.
Untuk pokok tanaman di taman kecil di rumah saya ni..memang la kesian tengok..tambahan dengan cuaca panas ni..memang semua layu dan kekuningan lantaran kepanasan..tambahan pula bila tuannya tidak cuba meluangkan sedikit masa sahaja untuk menyiramnya..sebenarnya bukannya susah sangat....tentu ada pahala kebaikan untuk kita walau hanya dengan berlaku ehsan kepada mahkluk Allah yang lain dengan hanya dengan menyiram pokok...apatah lagi kepada sesama manusia.
Maka hari ini..setelah beberapa hari menangguhkan..saya telah berjaya mengubah kedudukan semua pokok-pokok yang berada di bawah terik mentari ke tempat yang lebih redup dan teduh serta mudah untuk saya menyiram mereka sekaligus setiap hari..moga-moga berkekalan....
Sedang bertungkus lumus ada juga jiran yang menegur...'berkemas ke?''...jawab saya...'ye lah...kesian kat pokok ni kepanasan dan layu"...sambil tersenyum puas dengan usaha sendiri:)...anak pula menegur...'cantik la ummi'...hhmmm...entahla berapa lama bertahan.
Seorang kawan pula menegur bila saya kata 'saya tak nak menzalimi pokok2 ni'....kawan saya tu kata..."ha..ah...ye..ye buat kerja nak bebaskan tahanan ISA dari dizalimi"....Alhamdulillah...saya tak mengambil hati dengan teguran tersebut....memang benar...setiap Muslim perlu sentiasa membaiki diri dan saling ingat mengingati...ye tak???
Di samping suka dengan pokok2 saya juga suka dengan adanya akuarium di rumah, pernah 2, 3 kali memiliki akuarium..tetapi sering ditegur suami sebagai menzalimi ikan saja...especially bila ikan2 mati bergelimpangan di dalam akuarium...seringkali anak2 akan menjerit..."ummi...ada ikan mati la...."...cepat-cepat cakap pada anak..."shhh...jangan bising...nanti abah tau abah marah"..he..he..tak baik betul....kesian pulak...so lama-lama..ditonggeng saja akuarium tersebut...walau hati menjerit untuk memiliki akuarium ikan lagi di rumah sebagai penenang mata...
Petang tadi saya berkesempatan berjumpa dengan seorang isteri yang juga pernah dizalimi oleh kerajaan bila suaminya ditahan di bawah akta zalim ISA selama 16 hari 'sahaja' di tahun 1998...namun dia mengakui bahawa walaupun cuma 16 hari..ia nya cukup menyeksakan..dengan segala perkara 'ketidaktentuan, ketidak pastian' dan macam-macam lagi unsur-unsur kezaliman yang terkandung di dalam nya. Sudah lama saya menyimpan niat bercerita tentang individu tersebut yang pernah ditahan bersama dengan seorang 'Menteri Besar Mahkamah' sekarang.
Kesah 2
Saya sakit hati dengan TM...streamyx....boleh ke cakap macam tu?????...
Sudah seminggu lebih saya bersabar...di siang hari saya bertebaran mencari ruang yang ada wifi...selalunya...almost setiap hari jugak saya terpaksa lepak di Jusco Food Court....apa taknya di rumah connection sentiasa putus2...bila call TM...dia buat troubleshoot online.....try macam2 tak boleh juga...dia boleh detect saya buat connection 20 kali dalam beberapa jam saja..."puan dah buat 20 connection ni"..macam terkejut pulak bunyinya....memanglah..bila terputus..terpaksa off and on semula...akhirnya..nak tau apa alasan yang diberi...."nak buat macamana...port dah lama"....rupanya bila dicerita pada kawan2..ramai yang menerima alasan yang serupa....
Apa nak buat...terpaksa terima hakikatnya...tapi..walau kita tak boleh guna internet secara maksimum dan baik hatta tak boleh guna lansungpun..billnya tetap berjalan...bila time kita tak bayar bill cepat saja kena potong...memang geram....ada choice lain ke...tapi semua pun kena tanggung kos mahal...semuanya kena bayar....memang susah....
entry kali ni..memang kena merungut.....sambil saya menaip entry ini saja pun beberapa kali keluar..."could not contact blogger.com'..sudah tentu...line sentiasa tak stabil dan terputus2..
Esok hingga jumaat,saya sudah tidak ada peluang untuk lepak di Jusco lagi...kerana kes OKT yang ditangkap di himpunan Protes Januari 2008 akan mula dibicarakan dari tarikh 24-26 Jun...masa akan dihabiskan di dalam kamar mahkamah sahaja...tak boleh membaca, tak boleh bersembang..."ahhh...tentu bosan"......"moga Allah beri kekuatan dan kesabaran".
Posted by ummu asiah at 22:25 6 comments
Thursday, 18 June 2009
Anti-ISA 2001-5 Pelajar didapati Bersalah dan didenda
Anti-ISA rally: Students fined RM3,900 eachHafiz Yatim | Jun 18, 09 11:32am The Kuala Lumpur Magistrate's Court today found five undergraduates guilty of taking part in an illegal anti-Internal Security Act rally eight years ago.
They were fined RM3,900 each or three months' jail. Their application for a stay was rejected.
Magistrate Azniza Mohd Ali, however, acquitted one other student from the charge.
The five, aged between 28 and 31, were Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail and Zulkefle Idris, all from local universities.
They have been suspended from continuing their studies by their respective universities under the Universities and University Colleges Act after being charged for participating in the June 2001 rally.
Helman Samsudin was the student who was acquitted.
Another student, who was charged together with the rest, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, has been missing since they were called to enter their defence.
Immediately after the judgment, several university student leaders, PAS representatives and non-governmental organisations managed to collect enough funds to pay the fine.
The five were represented by Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud and Zulkefli Omar.
Initially, all seven were acquitted by the Magistrates Court after the magistrate had ruled that the prosecution had failed to raise a prima facie case.
However, in November 2006, the Kuala Lumpur High Court had allowed the appeal made by the Attorney-General's Chambers for a re-trial of the seven.
The seven were charged with illegal assembly in connection with a protest rally against the ISA held outside the National Mosque on June 8, 2001.
Fine too hefty
In mitigation, Amer Hamzah said the students were merely exercising their rights to freedom of expression and assembly.
"The students have been punished enough as they lost their university education and part of their future," he said, urging the court to impose a fine and not custodial sentence as this was a minor offence.
Deputy public prosecutor Mohd Abazafree Mohd Abas said it was a difficult task being a public prosecutor to ask for a deterrent sentence as this involved students.
However, he said: "Since the 1990s and early 2000 and even lately, there have been an increase in public protests. The court should sent the right message to the public so it would deter others."
In sentencing, Aniza said she had considered the facts of the case, their mitigation and most important of all, public interest.
"I hope you learn from your mistake. You are still young and have a bright future," she added.
Before the start of the case, various student bodies held a peaceful demonstration outside the court complex in a show of support for the accused.
They called for the abolishment of the ISA and the Universities and University Colleges Act.
Newly appointed PAS information chief Idris Ahmad expressed disappointment that the fine imposed by the magistrate was high as the minimal fine imposed should have been RM2,000.
Posted by ummu asiah at 18:53 3 comments
Wednesday, 17 June 2009
Keras tu...
Posted by ummu asiah at 14:01 4 comments
Friday, 12 June 2009
GMI-Misi Melobby di peringkat Antarabangsa
Posted by ummu asiah at 17:53 3 comments
Live from United Nations....
Now...di United Nations sedang berbincang isu-isu human Rights...wakil GMI ada di sana...menghantar isteri tahanan ISA 8 tahun Puan Norlaila ke sana...
Posted by ummu asiah at 16:42 0 comments
Thursday, 11 June 2009
Wajah-wajah dan kisah-kisah di Muktamar PAS 55
Posted by ummu asiah at 11:05 3 comments
Wednesday, 10 June 2009
Ustaz Nasharuddin, betul ke ni????..Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated'
Ustaz Nasharuddin mungkin boleh membuat kenyataan sebegini kerana beliau sentiasa berada di dewan yang sejuk...berjalan di atas karpet merah..memang ada karpet merah terhampar, menggunakan tandas yang selesa tanpa perlu berjalan jauh di tengah terik panah matahari, tanpa perlu beratur panjang untuk menggunakan tandas, tanpa perlu mencari di mana tempat untuk solat dengan selesa, berwuduk..dan macam-macam lagi...makanan dan minuman kebiasaannya disediakan di hadapan mata...park kereta mungkin paling dekat dengan tempat kejadian... Mungkin inilah contoh pemimpin yang buat kenyataan dari atas 'kerusi empuk' sahaja tanpa turun ke padang melihat kesusahan rakyat bawahan....hmm...saya jarang sekali menulis sebegini...namun apabila saya sendiri dan ramai lagi yang terpaksa melalui beberapa kesusahan ketika berada di muktamar PAS ke 55 ini...mohon maaf saya juga perlu mengambil sikap yang lebih terbuka untuk memberi teguran...geram dan marah.... Baca kenyataan di bawah... Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara. ha...itulah masalahnya...mana ada keselesaan pada semua...nak solat pun terpaksa beratur di peak hour especially di waktu awal masuk waktu...usah ceritalah bab nak menggunakan tandas...saya hampir menangis melihatkan keperitan anak saya menahan diri dari membuang air besar lantaran ceret beret...kami tidak dibenarkan menggunakan tandas di bahagian atas yang berdekatan pintu masuk stadium kerana tiada tag...saya terplkasa merayu dan mendesak atas alasan anak saya ceret beret!!!!.....namun tetap tak dioendahkan..katanya orang yang menjaga tu.."maaf puan..ini arahan pemimpin"....kata saya.."arahan pemimpin apa, macam ni punya zalim"...tandas hanya beberapa langkah di hadapan saya....takkan tak boleh nak gunakan budi bicara lansung.... Saya juga marah dan rasa dizalimi oleh pihak penganjur terutamanya urusetia gerai yang saya sifatkan terlalu tamak menyediakan khabarnya hingga 600 buah khemah gerai...namun akhirnya mungkin hampir separuh terpaksa gulung tikar sejak hari pertama lagi mungkin...saya termasuk golongan yang terpaksa berpindah randah gerai sebanyak 3 kali hingga hampir berputus asa kerana tempat kami berniaga asalnya boleh dikira dengan jari berapa orang yang melaluinya...sewa sebanyak RM800 yang dikenakan...ramai penyewa gerai merungut dan membuat aduan...janji urusetia mereka akan pertimbangkan selepas muktamar nanti...jadi sila buat sesuatu sebelum semua orang semakin marah.... Media updated???memang ya pun..tapi....at last...media arus perdana yang dilayan dengan sempurna juga yang memutarbelitkan berita...mengambil kesempatan.....memang ramai nampaknya media yang hadir dan memang diakui paling ramai....tapi kita juga mendengar rungutan dari bloggers Pakatan Rakyat yang tidak mendapat akses ke sidang media yang dijalankan kerana tidak mendapat Pas Media...mereka hanya inginkan maklumat yang tepat direct dari sumbernya untuk disampaikan kepada rakyat..melalui media blog mereka yang makin mendapat perhatian. Kini lihat..apa dah jadi..pimpinan PAS terpaksa meminta segala perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan dihentikan...apa nak buat semuanya sudah terlepas...kata blogger bagaimana mereka nak bantu backing bila mereka tidak mendapat maklumat asalnya...apa nak buat...lain kali pertimbangkanlah...dan beri layanan juga pada pihak blogger, janganla beri alasan terlalu ramai pulak... Kepada Ustaz Nasharuddin...tolonglah...lein kali pandang-pandang jugalah golongan yang lain...turun lah ke padang yang panas terik tengok rakyat....lawatlah semua golongan rakyat bawahan...saya cuma ambil contoh apa yang berlaku di satdium malawati sewaktu muktamar PAS 55 dijalankan...kerana mungkin ada yang kata 'takkanlah tak boleh bersusah sikit'..tapi sebab kenyataan di sini ialah..tentang penganjuran Muktamar ke 55 yang dikatakan terbaik... Mengenai Kerajaan Perpaduan...saya dipesan oleh suami saya untuk mengambil contoh kisah Ibn Ummi Mahktum sebagai teladan dan teguran...tapi tak perlu lagi saya beri ulasan..saya pun tak lah pandai sangat...saya terbaca di bog ini. ..Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, penganjuran Muktamar ke-55 adalah yang terbaik pernah diadakan. Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya. "Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini. Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke-55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir. Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara. sumber: Harakahdaily
Posted by ummu asiah at 19:16 14 comments
Siapakah leader yg dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad Awang tu ye...
Posted by ummu asiah at 13:12 2 comments
Monday, 8 June 2009
Muktamar PAS 55 dan 'KAMI'
Bagus anak ni...dari kecil sudah diajar bagaimana untuk berusaha dan berniaga mencari rezeki...insyaAllah cerah masa depan.
Posted by ummu asiah at 09:14 10 comments