Wednesday, 24 June 2009

Hakim sakit...kes tangguh lagi

"Hakim Cuti Sakit-Semua kes di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 ditukar ke Mahkamah sesyen jenayah 6"

Pengumuman yang hanya diketahui bila kami sampai ke muka pintu kamar mahkamah...nak kata apa..kena terima sahaja.

Bulan Mac lepas, ketika Hakim menangguhkan kes..hakim dah kata "Saya tidak mahu tangguh lagi kes ini, 24 jun akan terus dibicarakan saya beri 3 hari. 24-26 Jun".

Tiap kali kes hendak dimulakan, memang kecoh..and sangat meninggikan tahap stress, bayangkan nak kumpul ke semua 44 orang yang dituduh. Perlu dipanggil semua nama seorang demi seorang. Jika ada yang kami tahu mereka belum sampai dan dalam perjalanan, kami bantu dan menjawab.."on the way', kalau ada yang kami tahu sakit...kami akan tolong sampaikan.

Bila nama seorang dipanggil, perlu bangun dan gerak duduk mengikut susunan, tak kiralah kiranya perlu berhimpit bersebelahan lelaki perempuan.

Tetapi tadinya, Yang Arif Hakim di Mahkamah no 6 tu..nampak okay saja...katanya.."okay..perempuan..duduk saja kat mana-mana"...so kami duduk sesama wanita.

Bila tiba nama Ustaz Badrulamin dipanggil..Hakim bersuara.."ha..ustaz belum datang lagi"...ada yang menjawab.."on the way dari majlis ilmu" :)

Bila nama Dr Hatta Ramli dipanggil pula...."Dr Hatta mana?"...ada yang tolong jawab.."on the way...dari Parlimen"...:)

Macam okay saja Yang Arif Hakim tu....

Bila ada peguam yang mohon ditangguhkan kes ke July..Hakim kata.."mohon maaf, saya hanya dengar sebutan kes...kalau kes ini bawah saya, saya akan gunakan budi bicara saya"...

Ketika mengakhiri sidang sebutan kes pagi tadi Hakim berkata..."ini kes panas, kes panas-panas ni biar lah orang lain yang handlekan"....hhhmmm....kes panas...memang berapi lah jawapnya...

Memang letih dan stress, bila berhadapan dengan kes tangkapan seperti ini...terpaksa melalui episod yang sebegini...kes-kes yang sering perlu ditangguhkan...bagi orang yang seperti saya, mungkin tidak ada banyak masalah kerana saya tidak bekerja, mendapat sokongan dari suami dan rakan-rakan, saya juga tinggal berdekatan dengan Mahkamah. tetapi bagi mereka yang bekerja dan bermajikan, tentu susah, perlu memohon cuti, direct 3 hari, bila kes ditangguhkan memang terasa sia-sia juga..apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh. Untuk kes kami, ada 3 orang yang perlu berulang dari Perak dan seorang dari Pahang....inilah dugaan yang perlu ditanggung. Saya dapat memahaminya....

Esok, kami tetap perlu lagi ke mahkamah...belum tentu Hakim sudah sehat dan sudah boleh bertugas kembali...nasib baik dapat khidmat guaman percuma.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Puan,

Belas dengan apa yang dihadapi oleh puan dan ia menyuakan pertanyaan adakah undang-undang perlaksanaan keadilan tertakluk kepada manusia atau amanah bidang kuasa atau Badan Kehakiman itu sendiri?

Anonymous said...

kakN

all the best untuk esok.. janganlah hakim tu demam lagi!!

rd