"Secret Mission"
Ketika menghadiri satu mesyuarat di SUARAM pada Isnin malam Selasa...saya ditanya oleh sahabat saya nak tak ikut pergi meeting di Putrajaya esok paginya. Ikut kan hati malas sangat nak keluar ke mana-mana, lantaran keadaan rumah yang tunggang langgang tak berkemas semenjak entah berapa minggu lantaran kesibukan yang melampau seorang suri rumah merangkap bermacam-macam tugas lagi. Tapi saya juga tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang dalam satu 'secret mission' ini.
Dalam hati saya mencipta pelbagai alasan untuk menolak dengan baik dan senyap ajakan sahabat saya ini....
dalam hati mencipta alasan...
1."I peningla..migrain..semalam balik meeting drive pun tersengguk2..nasib baik ada asiah teman"....
2."I kena pegi dentist, dah lama tampalan sementara ni belum diganti dengan tampalan kekal"
3. "Banyak kerja rumahla nak buat...lepas ni nak sibuk dengan aktiviti di muktamar pulak"
Namun jauh di sudut hati tidak sampai hati nak send apa-apa message sedemikian kepada dia...lalu saya biarkan ianya sepi sampai ke siang menjelma...hati saya jadi kuat dan teguh untuk bersamanya ke Putrajaya....belum sempat melayangkan apa-apa sms..sudah sampai sms darinya kedalam inbox saya...
"Jadi tak nak ke putrajaya pagi ni"...
"Ok".....jawab saya ringkas....sebab tiba2 hati jadi berbelah bagi bila difikirkan belum sempat siap apa2 untuk anak-anak yang bakal ditinggalkan dan rumah masih bersepah tanpa sempat berkemas sedikit pun sebab seawal jam 7.30 pagi sudah perlu keluar dari rumah menyelesaikan beberapa perkara.
"What time nak bertolak?"..satu lagi sms diterima.
"I will b at your hse at 10.20am, meeting at 11 kan?"...jawab saya...seolah yakin laluan MRR2 akan lancar menerima perjalanan kami dari Keramat menuju ke Putrajaya...dari Gombak ke Keramat memang a very smooth ride dengan adanya DUKE.
"Tak lambat sangat ke?"....ish...dalam hati...mesti hint nak pergi cepat ni....
"Okayla just wait for me"....jawab saya....lalu semua persiapan untuk memasak nasi goreng untuk anak-anak terbengkalai....lalu cepat2 minta Asiah mandi dan bersiap...Asiah belum layak ditinggalkan bersendirian bersama 2 orang abangnya...
Asiah bergambar kenangan...ketika kami turun ke bawah..timbul pula keinginan nak bergambar di ruang tengah tu, sebab nampak cantik sangat...tapi ditegah oleh pengawal.."tak boleh pergi ke situ..itu kawasan VIP"....wah...dahsyat nya pulak, sampai ke tahap tu...ada kawasan khusus untuk VIP pulak....tak pe lah...bumi Allah ni luas.....
Saya lansung tidak punya idea yang tepat mengenai 'meeting' yang bakal saya hadiri...dalam fikiran saya hanya untuk berjumpa beberapa orang aktivis NGO Human Rights dan berbincang...namun jauh di sudut hati hairan juga kenapa di Putrajaya...saya benar-benar lost dengan 'secret mission' ini...yang saya tahu...saya perlu memikirkan tentang sumber kewangan dan menyediakan wang bagi pihak GMI untuk 'secret mission' ini.
Disebabkan 'ketidaktahuan' saya tentang meeting ini i.e dengan siapa kami akan bermesyuarat dan di mana, itulah yang menyebabkan dengan selambanya saya membawa Asiah bersama. If not pasti saya akan berusaha keras mencari rumah seseorang untuk saya tinggalkan Asiah.
Akhirnya kami tetap bertolak dari rumah sahabat saya ini pada jam 10.20am dan jalan MRR2 tidak begitu lancar buat kami dengan adanya 2 kemalangan yang menyebab kami sangkut dalam kesesakan jalanraya 2 kali. Sebaik exit di Sg Besi, jalan menjadi lancar...namun saya sebagai driver menjadi agak stress apabila sahabat saya menerima beberapa panggilan bertanyakan di mana kami....lalu beberpa kali saya menekan gear 'overdrive' dan memecut sehabis tahap keberanian diri sendiri....ha....terdiam agaknya 2 orang penumpang saya...masuk ke Putrajaya lagi lah dapat memecut sepuas hati...lampu merah di junction yang selamat juga terpaksa diredah...
Alhamdulillah akhirnya kami sampai walau sudah terlewat 12minit...Nalini yang stress menunggu kami dari jauh sudah melambai agar kami jalan dengan lebih cepat lagi lah tu....... kerana katanya ada pihak lain yang pressurenya sebab kelewatan kami...
Sesampai di sana baru saya tahu dengan siapa sebenarnya meeting itu dijalankan dan apakah topik perbincangan dan desakan yang disampaikan....
Kami secara lembut tidak dibenarkan meletakkan gambar dan memasukkan topik perbincangan pada hari itu...sekali lagi, seperti yang pernah disebutkan oleh Chief Justice...ialah mengenai blog...'nanti ditulis di dalam blog'...mereka risau dengan cerita negatif tentang apa-apa yang dibincangkan akan disebut di dalam blog......so biarlah semua episod 'secret mission' ini bermula dan berakhir dahulu dengan selamat, sempurna dan berjaya sebelum ianya boleh diketengahkan di dalam blog.
Apa-apa pun Alhamdulillah, Asiah sangat behave di dalam bilik mesyuarat tersebut...dia dihidangkan dengan kuih dan air setaraf dengan ahli mesyuarat yang lain...dia sangat gembira dan bertambah gembira apabila dibawa bershopping di Alamanda.
No comments:
Post a Comment