"Sampai bila????"
"Sampai bila agaknya kes ni nak ditangguhkan???!!!"
"Kes ni dah terlalu lama!!!"
Dari kandang OKT...ada juga kedengaran suara-suara menjawab.."ha..tak taulah sampai bila...sampai kiamat!!!???....buang kes saja..."
Begitulah rungutan yang kedengaran keluar dari mulut Yang Arif Hakim.
Kalau Tuan Hakim bosan dan terasa dragging kes ini, kami di pihak orang yang didakwa, dituduh dan ditangkap lagi terasa nak marah, bosan, dizalimi dan terasa tidak adil di pihak kami.
Hakim pada hari itu moodnya agak nak marah sahaja...entahla kenapa. Hari sebelumnya pada hari Rabu, kes ditangguhkan dan hanya disebut di hadapan Hakim lain kerana Hakim sakit...kami OKT dan peguam sabar saja....Alhamdulillah dapat ganti Tuan Hakim yang baik dan lebih rasional..ikut budibiacaranya...katanya.
Pada hari Khamis pula peguam OKT yang diwakili oleh Amer Hamzah Arshad, memohon penangguhan kerana OKT pertama dan orang kuat semua OKT iaitu Sdra Arutchelvan tidak dapat hadir. Ayahnya meninggal dunia dan pada hari itu (Khamis) adalah upacara pengebumiannya. Turut sama tidak hadir ialah 3 orang OKT yang lainnya yang semuanya berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan sahabat OKT pertama juga mendiang ayahnya. Pada hari pertama mereka semua telah hadir ke mahkamah.
Saudara Amer memohon Mahkamah menangguhkan kes ini kerana Sdra Arutchelvan adalah tertuduh yang penting dan dia mahu hadir menjalani sesi perbicaraan.
Ketika itulah Tuan Hakim terus bersuara dan merungut hingga bilakah kes ini perlu ditangguhkan dan mempersoalkan ketidakhadiran 3 orang OKT yang lainnya dan tidak dapat menerima alasan 3 orang OKT yang lainnya yang turut sama tidak hadir.
Ketika ini juga YB Gobind yang juga mewakili OKT bingkas bangun dan mempersoalkan sikap Hakim yang seolah tidak menunjukkan sebarang simpati dengan kematian ayah Sdra Arut.
"Yang Arif Hakim sepatutnya menujukkan sedikit simpati kepada kes kematian ini dan menyampaikan ucapan Takziah kepada keluarga si mati"...dengan nada yang keras dan berbaur marah yang amat sangat. Suasana memang menjadi sangat tegang dengan perbalahan percakapan di antara YB Gobind dan Tuan Hakim.
Semua OKT turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap Tuan Hakim dengan turut sama membuat bising dengan pelbagai respon....saya???....saya pula terasa sangat 'gerun' dengan suasana 'perbalahan' tersebut. Panas sekali suasananya...saya menoleh ke belakang dan bertanya kepada saudara Johnson, yang juga seorang OKT dan seorang peguam.."bolehkah peguam memarahi Hakim"...soalan dari seorang yang tidak biasa dengan suasana tersebut.
Tuan Hakim juga menegur YB Gobind dengan mengatakan jangan menganggap Mahkamah ini seperti Parlimen.
Akhirnya Tuan Hakim tidak menghiraukan kata-kata Gobind lagi dan terus meminta Pendakwaraya memberi hujah mereka pula.
Pihak Pendakwaraya kali ini telah pun bersedia untuk meneruskan perbicaraaan kes pada hari tersebut. Ketika mahkamah berhenti rehat, ramai sekali pegawai Polis dan SB yang datang mendaftarkan diri. Di luar mahkamah juga telah ramai polis yang sedia menanti untuk menjadi saksi kes penangkapan kami pada hari kejadian.
Namun ketika kes ditangguhkan dan kami sudah hampir bersurai baru lah muncul dari celahan pintu Inspektor Anand yang bertanggungjawab menyediakan kes untuk tangkapan kami. Ketika kami mula dibawa dan dibicarakan di hadapan Majistret di Penjara Pudu, beliau telah membuat pendakwaan palsu dengan mengatakan kami cuba melarikan diri ketika ditangkap...memang sah palsu..
Akhirnya dengan beberapa hujah yang didengar dari kedua belah pihak akhirnya Tuan Hakim bersetuju agar perbicaraan ini ditangguh ke satu tarikh lain yang akan datang.
Memang benar persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Arif Hakim tu..."sampai bila kes ini harus ditangguhkan..?"....yang menjadi masalahnya apabila polis mengambil sikap main tangkap sahaja orang ramai, lepas tu tak boleh nak handle kes dengan adil...bayangkan sekali tangkap hingga 45 orang!!!...banyak masalah timbul dengan 45 orang individu yang terbabit. Setiap kali sesi mahkamah hendak dimulakan sahaja sudah akan menjadi kecoh dan bising dengan sesi roll callnya untuk mengumpul kesemua OKT..untuk mencatat kehadiran.
Sesiapa yang tidak hadir waran tangkap akan dikeluarkan dan notis akan diserahkan kepada penjamin masing-masing, untuk kes kami ke semua kami dijamin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Ketika itu beliau belum lagi menjadi seorang MB. Kini ada seorang OKT yang lansung tidak pernah hadir...semua tidak tahu di mana dia...notis juga telah diserahkan dan diterima oleh MB Selangor kini.
Mengambil contoh kes yang dilalui oleh Kak Aliza isteri YB Saari Sungib yang ditangkap di tahun 2001, kesnya baru mula dibicarakan awal bulan lepas setelah ditangguh lebih 30 kali selama 8 tahun!!!...bayangkan jika selama itu...umur saya sudah lebih 50 tahun....kalau panjang umur dah bercucu mungkin...begitu juga kes yang dilalu ioleh adik2 ISA7.....itulah hakikatnya...
2 comments:
Tulah.. kan susah nak kumpul 45 orang sekaligus sebab setiap orang ni ada je halnya.
OKB (orang kurang berfikir) kat atas tu pun kena la juga belajar bersabar, bermuhasabah. nak marah pun marahlah. tapi simpati la sikit pada insan yang kehilangan. bab² mati ni bukannya boleh halang... Islam ajar camtu ke?
sue..
ustaz badrul sempat berseloroh.."ha..nanti semua siapa yg nak meninggal tu bagi tahu dulu ya"
Bnyk keputusan mahkamah yg kita lihat dan dgr bergantung dengan sikap dan pendirian sesorg Hakim tu...Hakim adalah manusia yang sepatutnya terikat dan menjunjung keadilan..apatah lagi kiranya yg beragama Islam...
Kalau dari awal seseorang sudah menjunjung prinsip keadilan..dan berani menegakkan kebenaran sudah pasti semuanya akan segera berakhir..
Post a Comment