Tuesday, 23 June 2009

Jangan berlaku zalim!!!!!....sakit hati boleh????

Kesah 1: Zalim pada tumbuhan.

Hari ini saya sudah berjaya menghentikan diri saya dari 'menzalimi' pokok-pokok tanaman yang ada di perkarangan rumah....sentiasa terngiang di dalam diri saya tazkirah yang pernah disampaikan oleh Kak Aliza kepada saya yang dia dengar dari seorang Ustaz di dalam bulan Ramadhan yang lepas. Bunyi takirahnya lebih kurang begini..

"kita sering memohon kepada Allah bermacam perkara di dalam do'a kita..terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia, tapi kita terus menerus bersifat zalim. Sifat zalim ni bukan sahaja merangkumi benda-benda atau perkara-perkara yang besar, malahan perkara yang kecil...dan dia memberi contoh kecil seperti menyiram dan menjaga pokok-pokok tanaman kita"...

memang benar..selalunya kita terfikir tentang kezaliman yang besar saja...tak nampak kezaliman yang ada dalam diri kita sendiri..so kena usaha identify perkara yang buruk yang mungkin kita terlepas pandang dan cuba perbaiki sebaik mungkin.

Untuk pokok tanaman di taman kecil di rumah saya ni..memang la kesian tengok..tambahan dengan cuaca panas ni..memang semua layu dan kekuningan lantaran kepanasan..tambahan pula bila tuannya tidak cuba meluangkan sedikit masa sahaja untuk menyiramnya..sebenarnya bukannya susah sangat....tentu ada pahala kebaikan untuk kita walau hanya dengan berlaku ehsan kepada mahkluk Allah yang lain dengan hanya dengan menyiram pokok...apatah lagi kepada sesama manusia.

Maka hari ini..setelah beberapa hari menangguhkan..saya telah berjaya mengubah kedudukan semua pokok-pokok yang berada di bawah terik mentari ke tempat yang lebih redup dan teduh serta mudah untuk saya menyiram mereka sekaligus setiap hari..moga-moga berkekalan....

Sedang bertungkus lumus ada juga jiran yang menegur...'berkemas ke?''...jawab saya...'ye lah...kesian kat pokok ni kepanasan dan layu"...sambil tersenyum puas dengan usaha sendiri:)...anak pula menegur...'cantik la ummi'...hhmmm...entahla berapa lama bertahan.

Seorang kawan pula menegur bila saya kata 'saya tak nak menzalimi pokok2 ni'....kawan saya tu kata..."ha..ah...ye..ye buat kerja nak bebaskan tahanan ISA dari dizalimi"....Alhamdulillah...saya tak mengambil hati dengan teguran tersebut....memang benar...setiap Muslim perlu sentiasa membaiki diri dan saling ingat mengingati...ye tak???

Di samping suka dengan pokok2 saya juga suka dengan adanya akuarium di rumah, pernah 2, 3 kali memiliki akuarium..tetapi sering ditegur suami sebagai menzalimi ikan saja...especially bila ikan2 mati bergelimpangan di dalam akuarium...seringkali anak2 akan menjerit..."ummi...ada ikan mati la...."...cepat-cepat cakap pada anak..."shhh...jangan bising...nanti abah tau abah marah"..he..he..tak baik betul....kesian pulak...so lama-lama..ditonggeng saja akuarium tersebut...walau hati menjerit untuk memiliki akuarium ikan lagi di rumah sebagai penenang mata...

Petang tadi saya berkesempatan berjumpa dengan seorang isteri yang juga pernah dizalimi oleh kerajaan bila suaminya ditahan di bawah akta zalim ISA selama 16 hari 'sahaja' di tahun 1998...namun dia mengakui bahawa walaupun cuma 16 hari..ia nya cukup menyeksakan..dengan segala perkara 'ketidaktentuan, ketidak pastian' dan macam-macam lagi unsur-unsur kezaliman yang terkandung di dalam nya. Sudah lama saya menyimpan niat bercerita tentang individu tersebut yang pernah ditahan bersama dengan seorang 'Menteri Besar Mahkamah' sekarang.

Kesah 2

Saya sakit hati dengan TM...streamyx....boleh ke cakap macam tu?????...

Sudah seminggu lebih saya bersabar...di siang hari saya bertebaran mencari ruang yang ada wifi...selalunya...almost setiap hari jugak saya terpaksa lepak di Jusco Food Court....apa taknya di rumah connection sentiasa putus2...bila call TM...dia buat troubleshoot online.....try macam2 tak boleh juga...dia boleh detect saya buat connection 20 kali dalam beberapa jam saja..."puan dah buat 20 connection ni"..macam terkejut pulak bunyinya....memanglah..bila terputus..terpaksa off and on semula...akhirnya..nak tau apa alasan yang diberi...."nak buat macamana...port dah lama"....rupanya bila dicerita pada kawan2..ramai yang menerima alasan yang serupa....

Apa nak buat...terpaksa terima hakikatnya...tapi..walau kita tak boleh guna internet secara maksimum dan baik hatta tak boleh guna lansungpun..billnya tetap berjalan...bila time kita tak bayar bill cepat saja kena potong...memang geram....ada choice lain ke...tapi semua pun kena tanggung kos mahal...semuanya kena bayar....memang susah....

entry kali ni..memang kena merungut.....sambil saya menaip entry ini saja pun beberapa kali keluar..."could not contact blogger.com'..sudah tentu...line sentiasa tak stabil dan terputus2..

Esok hingga jumaat,saya sudah tidak ada peluang untuk lepak di Jusco lagi...kerana kes OKT yang ditangkap di himpunan Protes Januari 2008 akan mula dibicarakan dari tarikh 24-26 Jun...masa akan dihabiskan di dalam kamar mahkamah sahaja...tak boleh membaca, tak boleh bersembang..."ahhh...tentu bosan"......"moga Allah beri kekuatan dan kesabaran".

6 comments:

Atriza said...

SABAR kakak..

Memang benar entri akak yang kali ini. Memang ramai manusia tampak kezaliman yang besar sahaja. sedangkan kezaliman yang kecil juga sudah menjadi satu bebanan dosa..

Teruskanlah buat manusia berfikir di samping diri sendiri juga perlulah kerap kali di tiupkan tausyiah agar tidak leka apalagi alpa..

p/s : janagn zalim kat diri sendiri juga tau.. Exspecially.. tentang Menjaga Iman, menjaga Pahala dari timbulnya dosa, Menjaga Akhlak, menjaga Kesihatan dan yang seumpanya. SEBAB yang ni ramai antara kita abaikan.. sekadar mengingati diri juga siapa-siapa yang sudi..

1- kalau Iman kita kurang, bukankah kita dah zalimkan diri dengan kekurangan iman itu?

2-Menjaga pahala daripada berlakunya dosa. Yelah bukankah akan menzalimkan diri sendiri jika memikul dosa-dosa itu? Tentu balasannya di......

3-Menjaga Akhlak. Kalau akhlah buruk, bukankah saling berkaiatan antara 1 dan 2 tadi.. maka akan mendapat imbuhan yang menzalimkan diri lagi kan?

4-Yelah kalau sakit, macam mana nak lakukan ibadat dengan khusyuk apalagi menyusahkan orang lain. Maklumlah sakit..perlukan perhatian yang lebih dari orang lain. jadi bukankah berlaku zalim terhadap diri? Tak dapat turun berjuang... maka apa akan jadi??

Mari sama kita fikirkan.

Salam Perjuangan

ummu asiah said...

Atriza..

Terima kasih di atas ingatan yg berterusan..:)

sama-sama kita ingat menperingati..ya..kita sering lupa dan abai perkara yg tk nampak di mata kita sendiri..

sebab tk nk zalimi sendiri juga Isnin ni nk ikut ckp doctor untuk 'tutup lubang kecil' dlm telinga, yg sering mengganggu kesihatan telinga..jadi kena dilakukan sedikit pembedahan kecil..dayward sahaja..do'akan berjaya dan selamat.

Nur said...

takper kak, kalau tak dapat online sambil menunggu perbicaraan tu, akak boleh berzikir dan berdu'akan? du'akan saya kak disini, du'akan saya sekuat akak, sehebat akak, seteguh akak....

salam sayang

Unknown said...

Benar kesemuanya.

Adakalanya kezaliman yang tidak diduga terjadi, apabila wujud penjejakkan yang tidak tahu dari mana kewujudannya.
Email-email bualan peribadi yang tidak berakhlak diletakkan sebagai antara bentuk penderaan untuk diminta satu perundingan yang seakan-akan kita menjadi banduan terhadap emosi sendiri.

Zalim tindanan persepsi oleh keperluan beraspirasi dengsn tujuan-tujuan yang dikehendaki.
Allah tetap menjadi saksi.

ummu asiah said...

Nur...

Alhamdulillah..seronok kan..bila kita saling mengingati..ya..kalau tk dingat..perkara yg simple tapi memperoleh pahala terlepas begitu sahaja..ya kala di dlm kamar mhkmh tadi teringat pesanan ini...

kita kena terus kuat dan tabah dlm dunia yg semakin penuh dgn cabaran

ummu asiah said...

thanaif

bahasa anda begitu tinggi..:)...kena banyak belajar lagi ni..untuk menjiwai dan menguasai bahasa yang sebenarnya...sedap bunyinya:)