Ustaz Nasharuddin, betul ke ni????..Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated'
Ustaz Nasharuddin mungkin boleh membuat kenyataan sebegini kerana beliau sentiasa berada di dewan yang sejuk...berjalan di atas karpet merah..memang ada karpet merah terhampar, menggunakan tandas yang selesa tanpa perlu berjalan jauh di tengah terik panah matahari, tanpa perlu beratur panjang untuk menggunakan tandas, tanpa perlu mencari di mana tempat untuk solat dengan selesa, berwuduk..dan macam-macam lagi...makanan dan minuman kebiasaannya disediakan di hadapan mata...park kereta mungkin paling dekat dengan tempat kejadian... Mungkin inilah contoh pemimpin yang buat kenyataan dari atas 'kerusi empuk' sahaja tanpa turun ke padang melihat kesusahan rakyat bawahan....hmm...saya jarang sekali menulis sebegini...namun apabila saya sendiri dan ramai lagi yang terpaksa melalui beberapa kesusahan ketika berada di muktamar PAS ke 55 ini...mohon maaf saya juga perlu mengambil sikap yang lebih terbuka untuk memberi teguran...geram dan marah.... Baca kenyataan di bawah... Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara. ha...itulah masalahnya...mana ada keselesaan pada semua...nak solat pun terpaksa beratur di peak hour especially di waktu awal masuk waktu...usah ceritalah bab nak menggunakan tandas...saya hampir menangis melihatkan keperitan anak saya menahan diri dari membuang air besar lantaran ceret beret...kami tidak dibenarkan menggunakan tandas di bahagian atas yang berdekatan pintu masuk stadium kerana tiada tag...saya terplkasa merayu dan mendesak atas alasan anak saya ceret beret!!!!.....namun tetap tak dioendahkan..katanya orang yang menjaga tu.."maaf puan..ini arahan pemimpin"....kata saya.."arahan pemimpin apa, macam ni punya zalim"...tandas hanya beberapa langkah di hadapan saya....takkan tak boleh nak gunakan budi bicara lansung.... Saya juga marah dan rasa dizalimi oleh pihak penganjur terutamanya urusetia gerai yang saya sifatkan terlalu tamak menyediakan khabarnya hingga 600 buah khemah gerai...namun akhirnya mungkin hampir separuh terpaksa gulung tikar sejak hari pertama lagi mungkin...saya termasuk golongan yang terpaksa berpindah randah gerai sebanyak 3 kali hingga hampir berputus asa kerana tempat kami berniaga asalnya boleh dikira dengan jari berapa orang yang melaluinya...sewa sebanyak RM800 yang dikenakan...ramai penyewa gerai merungut dan membuat aduan...janji urusetia mereka akan pertimbangkan selepas muktamar nanti...jadi sila buat sesuatu sebelum semua orang semakin marah.... Media updated???memang ya pun..tapi....at last...media arus perdana yang dilayan dengan sempurna juga yang memutarbelitkan berita...mengambil kesempatan.....memang ramai nampaknya media yang hadir dan memang diakui paling ramai....tapi kita juga mendengar rungutan dari bloggers Pakatan Rakyat yang tidak mendapat akses ke sidang media yang dijalankan kerana tidak mendapat Pas Media...mereka hanya inginkan maklumat yang tepat direct dari sumbernya untuk disampaikan kepada rakyat..melalui media blog mereka yang makin mendapat perhatian. Kini lihat..apa dah jadi..pimpinan PAS terpaksa meminta segala perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan dihentikan...apa nak buat semuanya sudah terlepas...kata blogger bagaimana mereka nak bantu backing bila mereka tidak mendapat maklumat asalnya...apa nak buat...lain kali pertimbangkanlah...dan beri layanan juga pada pihak blogger, janganla beri alasan terlalu ramai pulak... Kepada Ustaz Nasharuddin...tolonglah...lein kali pandang-pandang jugalah golongan yang lain...turun lah ke padang yang panas terik tengok rakyat....lawatlah semua golongan rakyat bawahan...saya cuma ambil contoh apa yang berlaku di satdium malawati sewaktu muktamar PAS 55 dijalankan...kerana mungkin ada yang kata 'takkanlah tak boleh bersusah sikit'..tapi sebab kenyataan di sini ialah..tentang penganjuran Muktamar ke 55 yang dikatakan terbaik... Mengenai Kerajaan Perpaduan...saya dipesan oleh suami saya untuk mengambil contoh kisah Ibn Ummi Mahktum sebagai teladan dan teguran...tapi tak perlu lagi saya beri ulasan..saya pun tak lah pandai sangat...saya terbaca di bog ini. ..Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, penganjuran Muktamar ke-55 adalah yang terbaik pernah diadakan. Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya. "Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini. Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke-55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir. Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara. sumber: Harakahdaily
14 comments:
salam ummi Asiah
dia puji kroni dia Roslan SMS
TBO..
oh...macam tu ka..ye lah kredit diberi kepada PAS Selangor...
...............................
oh..ya..ya..kami pemilik gerai yg teraniaya dijanjikan yang YB Iskandar yang akan tengok balik semua rungutan pemilik gerai khususnya...
So PAS Selangor tolonglah tengok balik semua rungutan..ramai yang pi buat aduan bertulis pada urusetia gerai..siap bagi contact no masing2..so ustaz nasharuddin tolong tengok balik la semua rungutan dan bagi teguran semula kepada PAS Selangor..jangan dok puji saja....
warga kerja IT PAS Pusat tak diberi kredit pun, gurkha2 yang lain tak disebut pun nama mereka
Aduh.. byk sungguh rungutan tidak puas hati..terutama dari hal ehwal urusan perniagaan dan liputan berita.
Sabar ya Puan.. mungkin faktor tiada event management yang cekap menyebabkan masalah ini berlaku..
Harapannya Puan lebih rasional dan matang membuat liputan, sebagaimana Puan mengharapkan org matang menilai perjuangan Puan.
nasa2
Akak dulu2 rajin bawa anak2 ke muktamar agung PAS dan memang situasinya sama je macam yang ummuasiah ceritakan.
Akak ingatkan bila dah dijalankan di tempat yang selesa tentu tip-top pengurusannya .
Memang kadangkala pemimpin atasan tak menjengok apa yang berlaku di luar tambahan pula kali ni musim pemilihan pucuk pimpinan parti , sure busy terlebih .
TBO..
mungkin bila dia cuma specify secara khusus satu pihak sahaja membuatkan ada yang terasa ketinggalan..tapi tak apa saya yakin semua seronok memberi sumbangan seperti biasa yang jelas kelihatan ialah pasukan unit amalnya yg sentiasa memakai baju merah mengawal laluan...
Sdra Nasa2..
terimakasih krn meninggalkan jejak.
sudah menjadi kebiasaan apabila setiap program yg dijlnkan pasti akan ada rungutan dari pihak yang merasakan kesusahan dan tidak puas hati..ini sbgai teguran kpd mereka yg bertanggungjawab.Tanpa teguran bagaimana pembaikan boleh dijalankan.
Saya meluah begini apabila saya rasakan kenyataan Ustaz Nasharuddin dlm memberi pujian yg tinggi kpd PAS Selangor khususnya dgn mengatakan Terbaik adalah tidak tepat..lebih2 lagi bila menyebutkan PAS Selangor menyediakan kemudahan yg terkini dari semua aspek yg memberi keselesaan kpd semua...maka saya rasa ianya tidak adil kepada yang lain.
Sbgaimana saya yg menulis perlu rasional dan matang dlm membuat liputan dan teguran begitulah juga hendaknya pihak pengurusan dan yang lainnya perlu rasional dan matang menerima teguran..
Untuk penilaian mengenai 'perjuangan' saya..semua orang ada haknya sendiri untuk membuat penilaian..setiap orang punya cara, perasaan sendiri dalam membuat penilaian dan mungkin seterusnya cara orang akan judge tentang diri kita..sesuatu yang kita tidak ada kuasa menghalangnya.
apa-apa pun terimakasih..kita semua inginkan yang terbaik untuk semua orang tanpa menilai siapa diri mereka, pemimpin, VIP atau siapa saja.
kak rina..
lama tk tnggal jejak..memang betul..bila dah ramai memang itulah situasinya..namun sepatutnya ia dijadikan pengajaran dengan cuba menyediakan beberapa tandas bergerak di sekitarnya..tempat solat mungkin boleh disediakan satu khemah besar, maka solat berjamaah secara ramai dapat dilaksanakan dengan sempurna...tapi apa nak buat kebanyakan ruang kosong yang ada telah didirikan dengan khemah perniagaan yang terlalu banyak..yg akhirnya kosong dan digunakan untuk peniaga meletakkan kenderaan mereka dengan selesa.
Urusetia juga sepatunya menyediakan satu pelan atau tanda arah untuk menunjukkan di mana kedudukan tandas2 untuk tempat yg sebesar stadium malawati tersebut, maka tidak perlulah semua orang harus melilau di mana the next toilet berada di sekeliling kawasan tersebut.
Tentang pemimpin tu..entahla..mungkin benar...mereka terlalu sibuk untuk terus memimpin rakyat..rakyat yang selalu harus memahami tentang kesibukan pemimpin...:)
Bukan Puan UmmuAsiah sahaja yang meluahkan rasa tidak puas hati. Malahan ramai lagi sahabat saya yang membuka gerai disitu melahirkan rasa tidak puas hati. Saya tidak pasti adakah pihak penganjur hanya memikirkan wang masuk tanpa membuat 'post mortem' tentang kejayaan atau kegagalan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada PELANGGAN mereka. Belum lagi saya sentih tentang tandas, air, kawasan sekitar, dan pelbagai lagi. Termasuklah unit amal yang tidak mempunyai maklumat tentang gerai dan perjalanan muktamar. Mereka kelihatan hanya menjaga lalulintas. Tetapi tidak kelihatan mereka menjadi UNIT PERTAMA dan paling terkehadapan dalam mengeloloa majlis. Wallahuaklam.
abg long..
terimakasih..ttg unit amal..betul juga..mereka perlu tahu bnyk maklumat juga..bkn hanya mengawal menjaga di tepi jln..
gmbar yg dihantar di emel tak dapat dilihat
KERAJAAN PERPADUAN
Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.
Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.
Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.
ye la kak.. saya pun pelik nape Puncakniaga tu buka booth kat situ. saya heran sebab kepala dia tu penyokong tegar parti biru. kata sumber saya tu, sepatutnya korporat tak ambil tempat pun dalam muktamar ni, termasuklah co dia sekali. sebabnya macam tak kena tema nak jual 'produk' mereka..
dah la pasal air Puncakniaga tak setuju dengan kerajaan negeri Selangor.. isk entah la...
Saya berkeyakiana hanya ISLAM satu-satu jalan untuk menyalamatkan kita dunia & akhirat.
Sejarah membuktikan sesuatu kaum akan menjadi mulai jika mrk berpegang teguh kpd islam.
Sila rujuk ayat terakhir dlm surah Muhammad dan kata2 Saidina Umar RA lebih kurang matan-nya " Kamu adalah kaum diberi izzah oleh Allah dgn Islam. Jika kamu mencari selain dari Islam kamu akan di hina oleh Allah"
Melayu mulia jika berpegang & beramal dgn ajaran Islam, jika org Melayuu leka dan lalai, Allah akan cari kaum lain yg benar2 berpegang dgn Islam.
So jgn bangga sangat jadi Melayu tu...hina/mulia hanya pinjaman, bila2 masa ALLAH boleh tarik balik!!!
Allahu'alam
mestila ustaz nasha puji pasal kan dia menang ;)
rd
Post a Comment