Friday, 12 June 2009
Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga misi ke Geneva yang sudah bertahun juga kami inginkan akan tercapai. Ini bukan kali pertama GMI menghantar wakil dari isteri tahanan ISA ke sidang UNNRC, tapi ini adalah kali ke 2. Kali pertama dalam tahun 2002, GMI telah menghantar Puan Bahirah isteri kepada Ezam Mohd Noor yang ketika itu juga merengkok di KEMTA di bawah ISA...beliau juga menggunakan sebaiknya masa 2 minit yang diberikan untuk menyampaikan fakta mengenai ISA.
ketika menghantar rombongan yang terdiri dari John dari SUARAM, Nalini, setiausaha GMI dan Pn Norlaila di KLIA.
Kali ini Alhamdulillah...walau kos perbelanjaan untuk ke sana menjadi satu penghalang besar untuk kami menghantar wakil, namun kami berserah kepada Allah agar GMI dimurahkan rezeki...dengan berkat sokongan dari pelbagai pihak usaha ini berjaya juga. Alhamdulillah....
Puan Norlaila baru sahaja selesai menyampaikan ucapan 2 minitnya di sana sebentar tadi sekitar jam 4.30pm waktu Malaysia...selepas itu mereka harus menggunakan semua ruang yang ada di sana untuk bertemu seramai mungkin perwakilan dari luar negara untuk melobby akan isu kezaliman ISA..ini kerana...Malaysia melalui naiknya Najib sebagai PM telah menggunakan isu mereka yang telah membebaskan seramai 26 orang tahanan ISA yang terkini dan janji mereka untuk review ISA..untuk di lihat sebagai sedang melakukan sesuatu yang positif.
pertemuan dengan wakil dari Kementerian Luar...Asiah turut serta dalam pertemuan tersebut.
Mereka berlepas ke Geneva pada hari Selasa 9hb Jun jam 9pm. Sebelum ke sana, saya bersama Asiah telah membantu Puan Norlaila menyediakan beberapa persiapan termasuk berjumpa dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
ketika menemani Cikgu Laila membeli barang persiapan ke Geneva di Alamanda selepas pertemuan di Kementerian Luar...happy Asiah...
Akhirnya didoakan semoga mereka selamat pulang ke tanah air...moga semua tahanan ISA dibebaskan segera.
Sisipan Ucapan 2 Minit Puan Norlaila di UNHRC
My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights. The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tahniah! Moga perjuangan ini dapat d teruskan ke peringkat antarabangsa. Abu Ghareeb bukan sahaja d Iraq, dan bukan sahaja d lakukan oleh Barat.
Ianya juga berlaku d Malaysia, negara ummat!
Mungkin boleh d fikirkan bagaimana inisiatif ini boleh d panjangkan d rantau sini (Teluk).
www.dperantauan.com
semoga berjaya srikandi-srikandi negara....
Info :
Hardi membuat aksi sulung bersama pasukan kebangsaan ketika bertemu New Zealand pada 19 Februari, 2006. Hardi seterusnya dipanggil untuk beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Asia Doha pada tahun 2006. Pada kejohanan tersebut, Hardi menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang menjaringkan gol dan gol beliau ketika bertemu China merupakan antara gol tercantik perlawanan. Bakat Hardi terus ditagih apabila dia terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Di kejohanan inilah Hardi berjaya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk pasukan utama Malaysia ketika seri 1-1 menentang musuh tradisi Singapura. Hardi juga turut terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Piala Asia 2007 dan bermain dalam semua perlawanan.
Post a Comment