Thursday, 11 June 2009

Wajah-wajah dan kisah-kisah di Muktamar PAS 55

Jurufoto: Abah Asiah
1. GMI

Banner Kempen Bebaskan tahanan 8-Tahun ISA yang sudah dipenuhi dengan tandatangan dan cap tapak tangan ditayangkan pada awam...salah satu usaha GMI....

2. Akil Hayy
Akhil Hayy...artis yang sedang panas diperkatakan turut dijemput menjadi artis undangan pada malam Wacana Musikal sempena Muktamar PAS 55...saya agak terkejut bila suami mengatakan bahawa Akhil Hayy datang buat persembahan malam tersebut. Ye lah kalau ikut berita media arus perdana dan tabloid...beliau entah di mana......"biar betul...takut kena baling saja nanti.."....tapi suasana okay saja....beliau masih sama seperti biasa...kata abah asiah..Dr Hatta pun berbisik kepadanya..tanda hairan..."betul ke ni Akhil Hayy datang?"...

Beliau mendendangkan nasyid bertajuk Menangis dengan penuh perasaan...
Komen beliau bila ditanya bagaimana dengan album baru...katanya..dengan nada berselorohnya " Album baru sedang berada di Mahkamah"....kah...kah...memang kelakar dan mengena juga tu...tu lah faedahnya yang didapati bila tercebur dalam dunia seni ni...betul ke tak???
Lagi katanya kepada penonton..."kalau ada masalah rumahtangga laporlah kepada media"....komennya...isunya menjadi lebih panas menenggelamkan isu semasa ketika itu yang panas terutama sekali isu-isu bangunan runtuh..Jaya Supermarket dan Bumbung Stadium Sultan Mizan...kebetulan atau memang disengajakan.....entahlah..mungkin ya..memang itulah adat dan caranya kerajaan melalui media mereka nak divert isu...namun apa pun Akhil Hayy berhutang penjelasan kepada awam....
3. Muadz
Muadz Zulkifli turut dijemput.....sering dijemput sebenarnya di pentas ini...dah beberapa kali juga lah kami mendapat rezeki melihat persembahannya secara percuma di pentas ini dan beberapa pentas lagi di sekitar Shah Alam...seluruh ahli keluarganya turun padang memberikan sokongan....apa-pun memang best persembahannya....suaranya power...anak kami Asiah amat meminatinya...

4. Dr Hatta Ramli
Ha...ini artis undangan yang tak asing lagi di pentas ceramah dan di jalanraya...Dr Hatta Ramli menyampaikan sajak ciptaannya sendiri tak ingat tajuknya...boleh tahan juga..sebelum itu Dr Hatta dan Mat Sabu berwacana mengenai isu kesenian dan musikal...lain sikit dari kebiasaannya...mereka berdua memang terkenal dengan sikap 'berseloroh' mereka dengan gaya sendiri.
5. Ito Blues Gang
Ini pula Ito bekas vokalis kumpulan Blues Gang menyanyikan lagunya yang terkenal Apo Nak Di Kato.
6. Renggo
Renggo bekas vokalis kumpulan Arrow, menyampaikan 2 buah lagu...satunya lagu rock Pesan Tok Guru...yang menyebabkan berhijrah ke arah kebaikan. Tonton di sini
7. Azhan
Azhan Atan juga menyampaikan nasyid dari albumnya.
8. Mat Sabu
Ha...ini Mohamad Sabu menyampaikan sajak ciptaannya sendiri tentang 'wanita itu'...tak boleh sebut...kena teka sendiri...kalau sebut kena pula dipanggil oleh pak polisi...baca di sini

9. GMI lagii...
Ini gerai pameran GMI yang masih luas dan selesa sebelum 'diserang' oleh peniaga lain...akhirnya menyesakkan ruang pameran dengan pelbagai barang jualan...banner kempen bebaskan tahanan 8-tahun ISA.
10. Pelancaran Buku oleh TG Nik Aziz, DS Nizar & Dr Mujahid

Ini pemandangan di gerai AN Bakri...selepas majlis pelancaran buku Fenemona Nizar dan Wajah Baru Politik Malasysia oleh TGNA. ini sudah tentu sesi majlis ambil autograph....gerai ni memang di tempat yang strategik...


Tok Guru melancarkan buku...
10. Gerai dan lain2
Cantik...berwarna warni dan murah....salah satu gerai di hujung sekali...lihat di hujung sana deretan gerai yang kosong yang diisi dengan parking kereta...berfaedah juga...

Ini gerai UmmuAsiah...ada seorang yang baru masuk dan keluar....ini hari yang pertama..hari Jumaat..pada Hari Khamis gerai kami yang asal lagi jauh kedudukannya...pada malamnya kebanyakan gerai yang jauh bertungkus lumus mencari tepak gerai lain yang lebih baik untuk ditukar...maka pada malam tersebut juga kami dan beberapa penggerai yang lain bertungkus lumus memindahkan barangan. Oleh kerana hari itu adalah hari Jumaat, kami membuat andaian bahawa kemungkinan ramai tak datang lagi sebab hari kerja...kami menaruh harapan pada hari Sabtu lebih ramai yang hadir...namun meleset lagi...lalu di tengah terik mentari dengan kepala yang pening...sekali lagi kami berpindah dan mendapat ehsan dari pemilik gerai yang lain untuk berkongsi gerai.....
Inilah Makcik Kiah yang baik hati yang membenarkan kami berkongsi ruang untuk berniaga di bawah khemah niaganya...ikutkan hati saya memang sudah berputus asa...sebab dah di landa migren...nasib baik ada suami, anak-anak, rakan niaga saya, Kak Juli, suaminya Aris dan anak-anak yang membantu...saya baring saja di bawah tapak khemah yang kosong...di sebelahnya..Mis..muslimat yang datang merantau jauh dari Johor bersama suami untuk berniaga..gerainya di sebelah gerai Makcik Kiah...lihat senyuman mereka saja hati jadi tenang dan gembira...orang yang berniaga dengan jujur dan ikhlas...makcik ni dan anaknya jual T-Shirt Muslimah dari Indon dengan begitu murah sekali....kata mereka biarlah untung sedikit...hati puas lebih lagi bila tahu orang yang pakai akan tutup aurat dan boleh di bawa solat...Alhamdulillah....
Kami bergaya dengan headband Mansuhkan ISA yang dibeli oleh Mis dari gerai GMI....ishh...semangat dia..saya pun belum sempat beli lagi..sebab baru disiapkan untuk muktamar....
kawasan gerai pameran yang sudah menjadi sedikit sesak...

lagi gambaran kawasan pameran GMI yang masih berkeadaan selesa...boleh buat kenduri masa ni...
Majlis Forum Perdana yang memberikan nostalgia di zaman kegemilangan Forum Perdana di TV1 suatu ketika dahulu sebelum semua tokohnya di ban oleh stesen TV kerajaan...
Hadirin di malam majlis Forum Perdana...ini pada hari Khamis malam Jumaat...Forum ini dibuat di pentas terbuka di tengah padang di bahagian tengah kawasan Stadium Malawati..
Lagi gambaran hadirin yang telah hadir di malam itu....lihat di sekeliling padang tersebut di penuhi dengan khemah gerai...gerai kami yang terletak di sebelah kiri yang bernasib malang kerana terletak di luar laluan pengunjung dan perwakilan...hari ketiga...semuanya kosong...samada pindah ataupun gulung tikar!!!!...di sebelah kanannya menerima pengunjung yang betali arus..hingga ada yang menagatakan peniaga tak menang tangan nak layan di waktu puncak...ada 4 baris gerai semuanya kalau tidak silap saya...sudah cukup berpeluh

Berkesempatan berjumpa dengan blogger Abang Long...yang punya banyak pengalaman. Kelihatan juga Aris, suami kepada Kak Juli teman perniagaan saya dan anak mereka yang membantu setiap hari. Kelihatan di belakang satu khemah yang kami dirikan untuk berehat. Pada malam Ahad dua orang anak saya Asma' dan Ammar tertidur di dalam khemah ini dan saya pula menumpang tidur di atas kerusi malas di khemah disebelah kanan sambil Asiah di ribaan saya...terlindung dengan barangan...bila terjaga terlihat jam sudah hampir pukul 1 pagi...segera saya mencari hp...kelihatan ada beberapa miss call dari suami...terus saya call mereka...anas anak lelaki sulong yang angkat..."kenapa tak datang gerai cari ummi"..."anas dgn abah dah pergi tapi tak ada orang pun"...sah lah mereka telah tinggalkan kami kerana tak perasan kami tertidur, saya pula dek kerana terlalu letih dan sakit kepala lupa nak tinggalkan pesanan kepada mereka yang berada di dalam dewan mengambil gambar dan mendengar ceramah...

Sedih betul saya ketika itu memikirkan segala susah payah dan keperitan yang saya lalui demi untuk berniaga...nasib baik ada satu lagi kenderaan kami yang sengaja ditinggalkan di kawasan stadium dan kuncinya pun pada saya..kalau tidak alamat kami bermalam di dalam khemah lah jawabnya...

Kena creatif dan rajin berusaha untuk menjual barangan......adik2 yang menjual comforter dari Nilai dengan harga yang sangat murah RM50-RM70 each...
Asiah berkenan dengan baby yang comel dan montel ni yang datang singgah ke gerai kami....

Yang di sebelah kiri tu, Puan Sal teman segerai dengan saya juga..kami bersama-sama berpindah randah...namun beliau dan suaminya berhati waja dan cekal...bila saya hampir putus asa dia berkata.."saya yakin ada rezeki buat anak-anak saya.."...sayu rasa hati saya..beliau dan suamniya menjual tuala wanita berteknologi tinggi jenama ANION..pada hari Jumaat malam sabtu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas jam 12tghmlm, kereta kancil secondhand milik mereka rosak di sepanjang jalan dari Shah Alam ke Batu Caves sebanyak 6 kali...sedih dan perit mendengarnya..esoknya dihantar ke bengkel dengan gear box yang rosak..melambong lagi kos kehiduoan mereka!!!

Keesokan harinya mereka datang dengan membonceng motosikal sambil membawa anak yang paling kecil bersama...moga rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT.


Ini mungkin pemandangan dari deretan gerai menjual makanan...saya lansung tak menjejakkan kaki ke sini....terlalu jauh khabarnya...


gerai yang hanya khusus menjual kopiah


best tu...dapat urutan muka dan mata percuma...issh...kalau time migren ni mesti sedap punya nih....

3 comments:

Sue.Aleen said...

saya juga peminat muadz..

kedai makanan tu memang jauh ya Rabbi.. gerai akak kat sebelah hujung sana lagi ye? yang menghala go kart.. sebelah kiri kan... jauh tu...

Merah Hitam said...

sualeen..

betul tu...sebelah tempat go kart..itu gerai asal dan berdaftar..tapi lepas berpindah 2 kali..tapi still at the same area..

maknanya...gerai makanan ist at the other side of stadium dari kawasan gerai kami...memang ler jauh..bila jalan balik gerenti lapar balik and haus...:)

ummu asiah said...

ooopppss..

silap pulak terguna akaun merah hitam..sbb dok tolong update her blog for the stories from geneva while she is there...:)