Monday, 8 June 2009

Muktamar PAS 55 dan 'KAMI'

Selesai sudah muktamar PAS yang ke 55...yang membawa kenangan berbeza kepada setiap orang yang hadir dan terlibat...samada anda perwakilan, pemerhati, pengunjung, peniaga,
petugas, pemilik gerai pameran urusetia dan macam-macam kategori lagi.

Saya secara khususnya buat kali ini menjadi tetamu jemputan untuk Muktamar Muslimat PAS Pusat, Muktamar PAS Pusat, pemilik gerai pameran GMI dan pemilik gerai perniagaan. Untuk kategori pemilik gerai ini adalah pengalaman pertama saya dan ianya menjadi satu pengalaman yang memeritkan untuk saya dan kawan-kawan.

Namun anak-anak kami enjoy every minute of it...ya anak2 yang belum mengerti tentang kehidupan...usaha dan jerih payah ibu ayah untuk mencari rezeki...namun sudah tentu menjadi pengajaran dan pengalaman buat mereka..

Ini Asiah anak bongsu kami...mengikuti kami setiap hari dan masa. Hari pertama muktamar diserang muntah-muntah dan ceret beret...terseksa kami untuk mencari tandas dan mendapatkan tandas..setiap tandas untuk awam terpaksa menanti giliran yang terdiri dari orang yang berbaris begitu ramai sekali...saya terpksa 'buat bising' dan mendesak untuk dapat menggunakan tandas apabila tidak dibenarkan menggunakan tandas di stadium kerana dihadkan untuk mereka yang memakai tag sahaja...akhir sekali oleh kerana 'kebisingan' saya akhirnya saya dibawa masuk ke tandas yang dikhususkan untuk VIP!!...saya hanya mahukan sebuah tandas untuk anak saya yang ceret beret...

Hari kedua saya dilanda migren yang teruk...dari tengahari hingga malam...tertidur di bawah khemah gerai bersama anak2...terjaga jam 1.00 pagi....menangis sendirian sambil memandu pulang..

Hari ke 3 dilanda sakit perut dan ceret beret sekali lagi saya tewas dan tinggalkan anak2 untuk menjaga gerai...gerai kami ditapak yang dikatakan tempat 'jin bertendang'...lansung tidak balik modal...infact modal pun hangus..namun di hari terakhir saya pulang dengan jiwa yang tenang dan gembira...kerana saya telah belajar erti kemanusiaan dan persaudaraan sejati dari insan2 inginkan rahmat dan ganjaran dari Allah.

Ingin sekali saya berkongsi setiap detik pengalaman yang saya lalui sepanjang muktamar kali ini khususnya mengenai pengalaman berniaga dan erti 'KEMANUSIAAN' khususnya.

Tengok betapa gembiranya anak-anak ini...bila besar nanti jadi insan yang berguna...berlaku ehsan kepada manusia yang lain terutama sekali kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Ah....sedapnya diurut selepas penat berjalan..dapat landing di atas kerusi malas......maklumlah ada 600 buah gerai semuanya!!!!!!kononnya di setup oleh urus setia...namun ramai yang menderita.....

Best juga saat ini...rehat santai membaca di bawah pokok....

Rehat-rehat makan di atas tangga stadium sambil memerhati gelagat orang ramai

Sepasang suami isteri santai-santai...mungkin juga pemilik gerai



Beberapa paip yang tersedia digunakan oleh penjual yang berniaga makanan dan minuman, juga alternatif untuk mengambil wuduk dan mencuci apa yang patut......ada peniaga yang mengeluh, satu paip terpaksa dikongsinoleh berbelas peniaga makanan....

Ada padang..ada bola...dapat bersukan...

Bagus anak ni...dari kecil sudah diajar bagaimana untuk berusaha dan berniaga mencari rezeki...insyaAllah cerah masa depan.

Bersambung lagi....

10 comments:

AKUOKU said...

Alhamdulillah........ semoga ianya menjadi penguat semangat. yg penting kita tak berputus asa. itulah hidup yg bermodal besar, besarlah dapatnya yang kecil mcm kita kecillah dapatnya... raikan hidup.. live is hidup...

saya boleh rasa apa yg akak rasa... kalau boleh meraung dah merauang dah... he he he tapi itulah yang manis utk dikenang.

ummu asiah said...

sham..

pengalaman sham memang amat berharga untuk kami juga..

InsyaAllah..kita tidak patah semangat..semoga cita-cita kita tercapai!!!

Sue.Aleen said...

kak... co husband saya pun ada booth kat muktamar ni yang kononnya ada pengkelasian - korporat, makanan, pakaian etc. konon dapat petak dekat depan pintu stadium. dah undi. tapi udahnya tak de nombor petak, siap berebut plak dengan orang lain. korporat ni bayar dah la mahal. akak tau tak puncakniaga (bukan co husband) tu bayar petak deme RM20k? tapi udahnye kena tendang ke tepi. co husband kena bayar RM5k sehari. mula tu CEO dia dah nak tarik diri, tapi sebab ada seorang EXCO negeri yang mengajak untuk menyatakan sokongan terhadap aktiviti PAS, tak jadi tarik diri.

kawan kakak saya berniaga kat gerai F21. mula undian petaknya disediakan 30 unit je. udahnya deme naikkan ke 100 unit saat akhir. kawan kakak saya tu mulanya dah rasa give up sebab kedai dia ya Rabbi.. memang jauh ke dalam. kesian dengan keadaannya kakak saya selalu gi makan kat situ sebab nak bagi dorongan pada kawan².

PAS ni perlukan satu anak syarikat la. event manager. booth² patut ditandakan. organize sendiri gerai², organize sendiri lesen dengan pihak berkuasa. banyak lagi saya nak tulis, insyaAllah saya buat satu posting mengenai perkara ni. bukan apa.. nak bagi elokkk!

ummu asiah said...

sualeen,

wah bnyk maklumat berguna ni untuk disalurkan kpd JK pas yg bakal buat post mortem..ya lah..depa terlalu think big or directly cakap..tamak sgt kot..last2 menganiaya org saja..

clearly seen..siapa yg menguasai ruang2 yg paling strategik..wujud ketidakadilan..ramai yg merungut bahawa..ramai yg dpt ruang strategik ada kabel besar..itu yg tak sedap didgr..

gerai GMI pun akhirnya trpksa dikuncupkan dan 'dimakan' oleh penggerai lain yang cabut lari dari gerai mereka yg ditempat jin bertendang..memang terok dan tak terkawal..org yg jujur juga yg selalu teraniaya...

Anonymous said...

Salam,

Mungkin juga faktor tempat (stadium) ini belum biasa dijadikan tempat bermuktamar maka wujud keadaan 'tidak puas hati' di kalangan peniaga. Rasanya jika Muktamar dibuat di Markas Tarbiyah Taman Melewar, perjalanan perniagaan para peniaga akan menjadi lebih lancar.

-siti

Sue.Aleen said...

Siti... Stadium Melawati Shah Alam ni memang dah biasa buat event yang besar². Ini bukan pertama kali. Dah berkali-kali. Cuma saya merasakan organizernya tidak menguruskan booth² ni dengan baiknya sampai timbul keadaan tak puas hati di kalangan peniaga/korporat sendiri

Anonymous said...

dah byk dgr complaint pasal event management PAS..

dari kes blogger tak dapt access la macam2..

apa2pun lawan tetap lawan.. saya sokong TGNA hehe :D

rd

ummu asiah said...

siti..

saya setuju dgn pendapat sualeen..

mungkin sbb kami antara golongan yang terkena...apa-apa pun kita pulangkan kepada pihak urus setia utk buat postmortem dan pulangkan ganti rugi yg sewajarnya jika perlu

ummu asiah said...

rd...

betul...sokong Tok Guru Nik Aziz

ummu asiah said...

sualeen..

saya geram dgn kenyataan Ustas Nasharuddin yg kata penganjuran muktamar55 terbaik!!!..sedang cuba menulis dari pengalaman sbgai rakyat bawahan!!!!