Wednesday, 17 June 2009

Keras tu...

Lately ni memang terasa kadang-kadang dah pening dan bosan mengikuti perkembangan politik semasa....macam-macam kesah...tapi hakikatnya kita tidak boleh melarikan diri dari hal ini, kerana politik semasa inilah yang bakal menentukan masa hadapan Malaysia dan rakyat Malaysia.

Semalam sambil menonton Live rancangan talk show di Astro Awani berkaitan isu Kepimpinan antara YB Fuziah Salleh, Dato' Ruhanie Ahmad-Kuda Kepang dan sorang lagi tak ingat nama, terbaca di keratan news..."Najib anggap PAS Ikhlas"....wah lagi sakit hati baca dan dengar...seronok la dia dengar orang semua pun dok bercakap pasal kerajaan Perpaduan....elok dia ambil kesempatan tu...tu lah semua orang dah marah pada terutamanya Hj Hadi Awang dan Ustas Nasharuddin...

Baru sebentar tadi terbaca pula....."Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS". Wah keras bunyinya tu...apa agaknya perasaan Ustaz Nasharuddin bila dengar dan baca ye...
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan,"


Tu lah lain kali kalau nak buat keputusan atau keluar kenyataan kena fikir tentang penerimaan rakyat khususnya ahli dan semua yang bergabung di bawah pakatan rakyat. InsyaAllah rakyat sedia lalui kesusahan dan perjuangan yang panjang untuk memiliki sebuah kemenangan yang sejati...buat masa ini BN masih belum nampak ikhlas lagi mahu membela nasib rakyat...mengeluarkan rakyat dari segala kezaliman...jadi tak perlu berpadu lagi...kita usaha sendiri bersama semua pemimpin pakatan Rakyat dan seluruh rakyat yang inginkan Keadilan tertegak.

4 comments:

Anonymous said...

Memang patutpun TGNA kata begitu.

Lagi wajar kalau cakap kat presiden parti juga.

betul kak..dah tersangatlah muak dengan polimik 2 orang tu.

degil taknak dengar kata mursyidul.

ermm..sampai bilalah kemelut pasal perpaduan ni akan mejadi bahan.

pening nak dengar apalagi nak ambil tahu pasal politik yang kucar kacir macam ni..

http://www.mujahidah-fisabilillah.blogspot.com/

ummu asiah said...

kita lagi tak tahu apa yang direncanakan oleh Allah untuk kita mengenai isu2 besar ni..tapi yang jelas macam terserlah hakikat seseorang individu itu...mungkin...sblm ni mungkin hanya dgr2 cerita saja..tapi bila TGNA pun dah marah..apa hal pulak ni..betul tak?..

Bertambah sayang pada TGNA..moga Allah panjangkan usianya dalam kesehatan dan terus kuat memimpin dan bertambah rindu kepada susuk kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor...kehilangan yang amat terasa...pemimpin yang mesra rakyat..

Anonymous said...

Ummu asiah,

saya percaya byk cerita belakagan tabir yg Nik Aziz tau and tak boleh nk bgtau pada rakyat..
tu la TGNA marah sangat..

saya pun setuju yg itu kepentingan peribadi "boneka UMNO" (pinjam term TGNA) dlm PAS..

:)

rd

ummu asiah said...

rd

bila jadi semua ni..teringat balik about what we discussed the last time masa kita berYM..masa tu kami di ipoh..ingat tak..hhmm..terserlah...