Monday 29 June 2009

"Sampai bila????"

"Sampai bila agaknya kes ni nak ditangguhkan???!!!"

"Kes ni dah terlalu lama!!!"

Dari kandang OKT...ada juga kedengaran suara-suara menjawab.."ha..tak taulah sampai bila...sampai kiamat!!!???....buang kes saja..."

Begitulah rungutan yang kedengaran keluar dari mulut Yang Arif Hakim.

Kalau Tuan Hakim bosan dan terasa dragging kes ini, kami di pihak orang yang didakwa, dituduh dan ditangkap lagi terasa nak marah, bosan, dizalimi dan terasa tidak adil di pihak kami.

Hakim pada hari itu moodnya agak nak marah sahaja...entahla kenapa. Hari sebelumnya pada hari Rabu, kes ditangguhkan dan hanya disebut di hadapan Hakim lain kerana Hakim sakit...kami OKT dan peguam sabar saja....Alhamdulillah dapat ganti Tuan Hakim yang baik dan lebih rasional..ikut budibiacaranya...katanya.

Pada hari Khamis pula peguam OKT yang diwakili oleh Amer Hamzah Arshad, memohon penangguhan kerana OKT pertama dan orang kuat semua OKT iaitu Sdra Arutchelvan tidak dapat hadir. Ayahnya meninggal dunia dan pada hari itu (Khamis) adalah upacara pengebumiannya. Turut sama tidak hadir ialah 3 orang OKT yang lainnya yang semuanya berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan sahabat OKT pertama juga mendiang ayahnya. Pada hari pertama mereka semua telah hadir ke mahkamah.

Saudara Amer memohon Mahkamah menangguhkan kes ini kerana Sdra Arutchelvan adalah tertuduh yang penting dan dia mahu hadir menjalani sesi perbicaraan.

Ketika itulah Tuan Hakim terus bersuara dan merungut hingga bilakah kes ini perlu ditangguhkan dan mempersoalkan ketidakhadiran 3 orang OKT yang lainnya dan tidak dapat menerima alasan 3 orang OKT yang lainnya yang turut sama tidak hadir.

Ketika ini juga YB Gobind yang juga mewakili OKT bingkas bangun dan mempersoalkan sikap Hakim yang seolah tidak menunjukkan sebarang simpati dengan kematian ayah Sdra Arut.

"Yang Arif Hakim sepatutnya menujukkan sedikit simpati kepada kes kematian ini dan menyampaikan ucapan Takziah kepada keluarga si mati"...dengan nada yang keras dan berbaur marah yang amat sangat. Suasana memang menjadi sangat tegang dengan perbalahan percakapan di antara YB Gobind dan Tuan Hakim.

Semua OKT turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap Tuan Hakim dengan turut sama membuat bising dengan pelbagai respon....saya???....saya pula terasa sangat 'gerun' dengan suasana 'perbalahan' tersebut. Panas sekali suasananya...saya menoleh ke belakang dan bertanya kepada saudara Johnson, yang juga seorang OKT dan seorang peguam.."bolehkah peguam memarahi Hakim"...soalan dari seorang yang tidak biasa dengan suasana tersebut.

Tuan Hakim juga menegur YB Gobind dengan mengatakan jangan menganggap Mahkamah ini seperti Parlimen.

Akhirnya Tuan Hakim tidak menghiraukan kata-kata Gobind lagi dan terus meminta Pendakwaraya memberi hujah mereka pula.

Pihak Pendakwaraya kali ini telah pun bersedia untuk meneruskan perbicaraaan kes pada hari tersebut. Ketika mahkamah berhenti rehat, ramai sekali pegawai Polis dan SB yang datang mendaftarkan diri. Di luar mahkamah juga telah ramai polis yang sedia menanti untuk menjadi saksi kes penangkapan kami pada hari kejadian.

Namun ketika kes ditangguhkan dan kami sudah hampir bersurai baru lah muncul dari celahan pintu Inspektor Anand yang bertanggungjawab menyediakan kes untuk tangkapan kami. Ketika kami mula dibawa dan dibicarakan di hadapan Majistret di Penjara Pudu, beliau telah membuat pendakwaan palsu dengan mengatakan kami cuba melarikan diri ketika ditangkap...memang sah palsu..

Akhirnya dengan beberapa hujah yang didengar dari kedua belah pihak akhirnya Tuan Hakim bersetuju agar perbicaraan ini ditangguh ke satu tarikh lain yang akan datang.

Memang benar persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Arif Hakim tu..."sampai bila kes ini harus ditangguhkan..?"....yang menjadi masalahnya apabila polis mengambil sikap main tangkap sahaja orang ramai, lepas tu tak boleh nak handle kes dengan adil...bayangkan sekali tangkap hingga 45 orang!!!...banyak masalah timbul dengan 45 orang individu yang terbabit. Setiap kali sesi mahkamah hendak dimulakan sahaja sudah akan menjadi kecoh dan bising dengan sesi roll callnya untuk mengumpul kesemua OKT..untuk mencatat kehadiran.

Sesiapa yang tidak hadir waran tangkap akan dikeluarkan dan notis akan diserahkan kepada penjamin masing-masing, untuk kes kami ke semua kami dijamin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Ketika itu beliau belum lagi menjadi seorang MB. Kini ada seorang OKT yang lansung tidak pernah hadir...semua tidak tahu di mana dia...notis juga telah diserahkan dan diterima oleh MB Selangor kini.

Mengambil contoh kes yang dilalui oleh Kak Aliza isteri YB Saari Sungib yang ditangkap di tahun 2001, kesnya baru mula dibicarakan awal bulan lepas setelah ditangguh lebih 30 kali selama 8 tahun!!!...bayangkan jika selama itu...umur saya sudah lebih 50 tahun....kalau panjang umur dah bercucu mungkin...begitu juga kes yang dilalu ioleh adik2 ISA7.....itulah hakikatnya...

Wednesday 24 June 2009

Hakim sakit...kes tangguh lagi

"Hakim Cuti Sakit-Semua kes di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 ditukar ke Mahkamah sesyen jenayah 6"

Pengumuman yang hanya diketahui bila kami sampai ke muka pintu kamar mahkamah...nak kata apa..kena terima sahaja.

Bulan Mac lepas, ketika Hakim menangguhkan kes..hakim dah kata "Saya tidak mahu tangguh lagi kes ini, 24 jun akan terus dibicarakan saya beri 3 hari. 24-26 Jun".

Tiap kali kes hendak dimulakan, memang kecoh..and sangat meninggikan tahap stress, bayangkan nak kumpul ke semua 44 orang yang dituduh. Perlu dipanggil semua nama seorang demi seorang. Jika ada yang kami tahu mereka belum sampai dan dalam perjalanan, kami bantu dan menjawab.."on the way', kalau ada yang kami tahu sakit...kami akan tolong sampaikan.

Bila nama seorang dipanggil, perlu bangun dan gerak duduk mengikut susunan, tak kiralah kiranya perlu berhimpit bersebelahan lelaki perempuan.

Tetapi tadinya, Yang Arif Hakim di Mahkamah no 6 tu..nampak okay saja...katanya.."okay..perempuan..duduk saja kat mana-mana"...so kami duduk sesama wanita.

Bila tiba nama Ustaz Badrulamin dipanggil..Hakim bersuara.."ha..ustaz belum datang lagi"...ada yang menjawab.."on the way dari majlis ilmu" :)

Bila nama Dr Hatta Ramli dipanggil pula...."Dr Hatta mana?"...ada yang tolong jawab.."on the way...dari Parlimen"...:)

Macam okay saja Yang Arif Hakim tu....

Bila ada peguam yang mohon ditangguhkan kes ke July..Hakim kata.."mohon maaf, saya hanya dengar sebutan kes...kalau kes ini bawah saya, saya akan gunakan budi bicara saya"...

Ketika mengakhiri sidang sebutan kes pagi tadi Hakim berkata..."ini kes panas, kes panas-panas ni biar lah orang lain yang handlekan"....hhhmmm....kes panas...memang berapi lah jawapnya...

Memang letih dan stress, bila berhadapan dengan kes tangkapan seperti ini...terpaksa melalui episod yang sebegini...kes-kes yang sering perlu ditangguhkan...bagi orang yang seperti saya, mungkin tidak ada banyak masalah kerana saya tidak bekerja, mendapat sokongan dari suami dan rakan-rakan, saya juga tinggal berdekatan dengan Mahkamah. tetapi bagi mereka yang bekerja dan bermajikan, tentu susah, perlu memohon cuti, direct 3 hari, bila kes ditangguhkan memang terasa sia-sia juga..apatah lagi bagi mereka yang tinggal jauh. Untuk kes kami, ada 3 orang yang perlu berulang dari Perak dan seorang dari Pahang....inilah dugaan yang perlu ditanggung. Saya dapat memahaminya....

Esok, kami tetap perlu lagi ke mahkamah...belum tentu Hakim sudah sehat dan sudah boleh bertugas kembali...nasib baik dapat khidmat guaman percuma.

Tuesday 23 June 2009

Jangan berlaku zalim!!!!!....sakit hati boleh????

Kesah 1: Zalim pada tumbuhan.

Hari ini saya sudah berjaya menghentikan diri saya dari 'menzalimi' pokok-pokok tanaman yang ada di perkarangan rumah....sentiasa terngiang di dalam diri saya tazkirah yang pernah disampaikan oleh Kak Aliza kepada saya yang dia dengar dari seorang Ustaz di dalam bulan Ramadhan yang lepas. Bunyi takirahnya lebih kurang begini..

"kita sering memohon kepada Allah bermacam perkara di dalam do'a kita..terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia, tapi kita terus menerus bersifat zalim. Sifat zalim ni bukan sahaja merangkumi benda-benda atau perkara-perkara yang besar, malahan perkara yang kecil...dan dia memberi contoh kecil seperti menyiram dan menjaga pokok-pokok tanaman kita"...

memang benar..selalunya kita terfikir tentang kezaliman yang besar saja...tak nampak kezaliman yang ada dalam diri kita sendiri..so kena usaha identify perkara yang buruk yang mungkin kita terlepas pandang dan cuba perbaiki sebaik mungkin.

Untuk pokok tanaman di taman kecil di rumah saya ni..memang la kesian tengok..tambahan dengan cuaca panas ni..memang semua layu dan kekuningan lantaran kepanasan..tambahan pula bila tuannya tidak cuba meluangkan sedikit masa sahaja untuk menyiramnya..sebenarnya bukannya susah sangat....tentu ada pahala kebaikan untuk kita walau hanya dengan berlaku ehsan kepada mahkluk Allah yang lain dengan hanya dengan menyiram pokok...apatah lagi kepada sesama manusia.

Maka hari ini..setelah beberapa hari menangguhkan..saya telah berjaya mengubah kedudukan semua pokok-pokok yang berada di bawah terik mentari ke tempat yang lebih redup dan teduh serta mudah untuk saya menyiram mereka sekaligus setiap hari..moga-moga berkekalan....

Sedang bertungkus lumus ada juga jiran yang menegur...'berkemas ke?''...jawab saya...'ye lah...kesian kat pokok ni kepanasan dan layu"...sambil tersenyum puas dengan usaha sendiri:)...anak pula menegur...'cantik la ummi'...hhmmm...entahla berapa lama bertahan.

Seorang kawan pula menegur bila saya kata 'saya tak nak menzalimi pokok2 ni'....kawan saya tu kata..."ha..ah...ye..ye buat kerja nak bebaskan tahanan ISA dari dizalimi"....Alhamdulillah...saya tak mengambil hati dengan teguran tersebut....memang benar...setiap Muslim perlu sentiasa membaiki diri dan saling ingat mengingati...ye tak???

Di samping suka dengan pokok2 saya juga suka dengan adanya akuarium di rumah, pernah 2, 3 kali memiliki akuarium..tetapi sering ditegur suami sebagai menzalimi ikan saja...especially bila ikan2 mati bergelimpangan di dalam akuarium...seringkali anak2 akan menjerit..."ummi...ada ikan mati la...."...cepat-cepat cakap pada anak..."shhh...jangan bising...nanti abah tau abah marah"..he..he..tak baik betul....kesian pulak...so lama-lama..ditonggeng saja akuarium tersebut...walau hati menjerit untuk memiliki akuarium ikan lagi di rumah sebagai penenang mata...

Petang tadi saya berkesempatan berjumpa dengan seorang isteri yang juga pernah dizalimi oleh kerajaan bila suaminya ditahan di bawah akta zalim ISA selama 16 hari 'sahaja' di tahun 1998...namun dia mengakui bahawa walaupun cuma 16 hari..ia nya cukup menyeksakan..dengan segala perkara 'ketidaktentuan, ketidak pastian' dan macam-macam lagi unsur-unsur kezaliman yang terkandung di dalam nya. Sudah lama saya menyimpan niat bercerita tentang individu tersebut yang pernah ditahan bersama dengan seorang 'Menteri Besar Mahkamah' sekarang.

Kesah 2

Saya sakit hati dengan TM...streamyx....boleh ke cakap macam tu?????...

Sudah seminggu lebih saya bersabar...di siang hari saya bertebaran mencari ruang yang ada wifi...selalunya...almost setiap hari jugak saya terpaksa lepak di Jusco Food Court....apa taknya di rumah connection sentiasa putus2...bila call TM...dia buat troubleshoot online.....try macam2 tak boleh juga...dia boleh detect saya buat connection 20 kali dalam beberapa jam saja..."puan dah buat 20 connection ni"..macam terkejut pulak bunyinya....memanglah..bila terputus..terpaksa off and on semula...akhirnya..nak tau apa alasan yang diberi...."nak buat macamana...port dah lama"....rupanya bila dicerita pada kawan2..ramai yang menerima alasan yang serupa....

Apa nak buat...terpaksa terima hakikatnya...tapi..walau kita tak boleh guna internet secara maksimum dan baik hatta tak boleh guna lansungpun..billnya tetap berjalan...bila time kita tak bayar bill cepat saja kena potong...memang geram....ada choice lain ke...tapi semua pun kena tanggung kos mahal...semuanya kena bayar....memang susah....

entry kali ni..memang kena merungut.....sambil saya menaip entry ini saja pun beberapa kali keluar..."could not contact blogger.com'..sudah tentu...line sentiasa tak stabil dan terputus2..

Esok hingga jumaat,saya sudah tidak ada peluang untuk lepak di Jusco lagi...kerana kes OKT yang ditangkap di himpunan Protes Januari 2008 akan mula dibicarakan dari tarikh 24-26 Jun...masa akan dihabiskan di dalam kamar mahkamah sahaja...tak boleh membaca, tak boleh bersembang..."ahhh...tentu bosan"......"moga Allah beri kekuatan dan kesabaran".

Thursday 18 June 2009

Anti-ISA 2001-5 Pelajar didapati Bersalah dan didenda

Dalam semua orang heboh memperkatakan tentang kerajaan Perpaduan dan mendesak Ustaz Nasharuddin masuk UMNO!.....di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Mahkamah telah mendapati 5 orang pelajar University bersalah kerana menyertai perhimpunan aman Anti-ISA dan mendesak 10 orang tahanan ISA reformasi ketika itu dibebaskan.

Apa nak dikata...hukuman telah dijatuhkan ke atas mereka oleh mahkamah. Namun di mata rakyat yang memahami mereka tidak bersalah, seperti kata peguam mereka, Amer Hamzah the students were merely exercising their rights to freedom of expression and assembly.

Syukur juga bila membaca yang usaha mengutip dan mengumpul wang denda mereka berjaya mengumpul sejumlah wang yang diperlukan.

Moga mereka terus teguh dan gagah berjuang...banyak lagi kes yang bakal mendatang dan di dengar di Mahkamah. Minggu depan 23-26 jun kes kami yang ditangkap pada January 2008 akan mula dibicarakan di mahkamah jalan duta. Kes di kamunting juga sudah mula dibicarakan setelah asyek ditangguh selama hampir 8 tahun!!!!...adilkah kepada semua yang terlibat???


Anti-ISA rally: Students fined RM3,900 each
Hafiz Yatim | Jun 18, 09 11:32am
The Kuala Lumpur Magistrate's Court today found five undergraduates guilty of taking part in an illegal anti-Internal Security Act rally eight years ago.

They were fined RM3,900 each or three months' jail. Their application for a stay was rejected.

Magistrate Azniza Mohd Ali, however, acquitted one other student from the charge.

isa 7 students court 180609The five, aged between 28 and 31, were Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail and Zulkefle Idris, all from local universities.

They have been suspended from continuing their studies by their respective universities under the Universities and University Colleges Act after being charged for participating in the June 2001 rally.

Helman Samsudin was the student who was acquitted.

Another student, who was charged together with the rest, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, has been missing since they were called to enter their defence.

Immediately after the judgment, several university student leaders, PAS representatives and non-governmental organisations managed to collect enough funds to pay the fine.

The five were represented by Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud and Zulkefli Omar.

Initially, all seven were acquitted by the Magistrates Court after the magistrate had ruled that the prosecution had failed to raise a prima facie case.

However, in November 2006, the Kuala Lumpur High Court had allowed the appeal made by the Attorney-General's Chambers for a re-trial of the seven.

The seven were charged with illegal assembly in connection with a protest rally against the ISA held outside the National Mosque on June 8, 2001.

Fine too hefty

In mitigation, Amer Hamzah said the students were merely exercising their rights to freedom of expression and assembly.

"The students have been punished enough as they lost their university education and part of their future," he said, urging the court to impose a fine and not custodial sentence as this was a minor offence.

Deputy public prosecutor Mohd Abazafree Mohd Abas said it was a difficult task being a public prosecutor to ask for a deterrent sentence as this involved students.

However, he said: "Since the 1990s and early 2000 and even lately, there have been an increase in public protests. The court should sent the right message to the public so it would deter others."

In sentencing, Aniza said she had considered the facts of the case, their mitigation and most important of all, public interest.

isa 7 trail 180609 01"I hope you learn from your mistake. You are still young and have a bright future," she added.

Before the start of the case, various student bodies held a peaceful demonstration outside the court complex in a show of support for the accused.

They called for the abolishment of the ISA and the Universities and University Colleges Act.

Newly appointed PAS information chief Idris Ahmad expressed disappointment that the fine imposed by the magistrate was high as the minimal fine imposed should have been RM2,000.

Wednesday 17 June 2009

Keras tu...

Lately ni memang terasa kadang-kadang dah pening dan bosan mengikuti perkembangan politik semasa....macam-macam kesah...tapi hakikatnya kita tidak boleh melarikan diri dari hal ini, kerana politik semasa inilah yang bakal menentukan masa hadapan Malaysia dan rakyat Malaysia.

Semalam sambil menonton Live rancangan talk show di Astro Awani berkaitan isu Kepimpinan antara YB Fuziah Salleh, Dato' Ruhanie Ahmad-Kuda Kepang dan sorang lagi tak ingat nama, terbaca di keratan news..."Najib anggap PAS Ikhlas"....wah lagi sakit hati baca dan dengar...seronok la dia dengar orang semua pun dok bercakap pasal kerajaan Perpaduan....elok dia ambil kesempatan tu...tu lah semua orang dah marah pada terutamanya Hj Hadi Awang dan Ustas Nasharuddin...

Baru sebentar tadi terbaca pula....."Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS". Wah keras bunyinya tu...apa agaknya perasaan Ustaz Nasharuddin bila dengar dan baca ye...
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan,"


Tu lah lain kali kalau nak buat keputusan atau keluar kenyataan kena fikir tentang penerimaan rakyat khususnya ahli dan semua yang bergabung di bawah pakatan rakyat. InsyaAllah rakyat sedia lalui kesusahan dan perjuangan yang panjang untuk memiliki sebuah kemenangan yang sejati...buat masa ini BN masih belum nampak ikhlas lagi mahu membela nasib rakyat...mengeluarkan rakyat dari segala kezaliman...jadi tak perlu berpadu lagi...kita usaha sendiri bersama semua pemimpin pakatan Rakyat dan seluruh rakyat yang inginkan Keadilan tertegak.

Friday 12 June 2009

GMI-Misi Melobby di peringkat Antarabangsa

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga misi ke Geneva yang sudah bertahun juga kami inginkan akan tercapai. Ini bukan kali pertama GMI menghantar wakil dari isteri tahanan ISA ke sidang UNNRC, tapi ini adalah kali ke 2. Kali pertama dalam tahun 2002, GMI telah menghantar Puan Bahirah isteri kepada Ezam Mohd Noor yang ketika itu juga merengkok di KEMTA di bawah ISA...beliau juga menggunakan sebaiknya masa 2 minit yang diberikan untuk menyampaikan fakta mengenai ISA.
ketika menghantar rombongan yang terdiri dari John dari SUARAM, Nalini, setiausaha GMI dan Pn Norlaila di KLIA.

Kali ini Alhamdulillah...walau kos perbelanjaan untuk ke sana menjadi satu penghalang besar untuk kami menghantar wakil, namun kami berserah kepada Allah agar GMI dimurahkan rezeki...dengan berkat sokongan dari pelbagai pihak usaha ini berjaya juga. Alhamdulillah....

Puan Norlaila baru sahaja selesai menyampaikan ucapan 2 minitnya di sana sebentar tadi sekitar jam 4.30pm waktu Malaysia...selepas itu mereka harus menggunakan semua ruang yang ada di sana untuk bertemu seramai mungkin perwakilan dari luar negara untuk melobby akan isu kezaliman ISA..ini kerana...Malaysia melalui naiknya Najib sebagai PM telah menggunakan isu mereka yang telah membebaskan seramai 26 orang tahanan ISA yang terkini dan janji mereka untuk review ISA..untuk di lihat sebagai sedang melakukan sesuatu yang positif.
pertemuan dengan wakil dari Kementerian Luar...Asiah turut serta dalam pertemuan tersebut.

Mereka berlepas ke Geneva pada hari Selasa 9hb Jun jam 9pm. Sebelum ke sana, saya bersama Asiah telah membantu Puan Norlaila menyediakan beberapa persiapan termasuk berjumpa dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
ketika menemani Cikgu Laila membeli barang persiapan ke Geneva di Alamanda selepas pertemuan di Kementerian Luar...happy Asiah...

Akhirnya didoakan semoga mereka selamat pulang ke tanah air...moga semua tahanan ISA dibebaskan segera.

Sisipan Ucapan 2 Minit Puan Norlaila di UNHRC

My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights. The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.

Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.

The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board. The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.

My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation. Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.

The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally. I call on the Malaysian government to facilitate this visit.

I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release. It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father. Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.

I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.

Live from United Nations....

Now...di United Nations sedang berbincang isu-isu human Rights...wakil GMI ada di sana...menghantar isteri tahanan ISA 8 tahun Puan Norlaila ke sana...


Sekarang sedang di sebut tentang abitrary arrest yang ada di Malaysia...di samping pujian dari beberapa negara tentang tahap hak asasi manusia di Malaysia...

Puan Norlaila di beri masa 2 minit utk berucap...

saya membantu update di blog Merah Hitam...

Klik di sini dan di blog merah hitam

Thursday 11 June 2009

Wajah-wajah dan kisah-kisah di Muktamar PAS 55

Jurufoto: Abah Asiah
1. GMI

Banner Kempen Bebaskan tahanan 8-Tahun ISA yang sudah dipenuhi dengan tandatangan dan cap tapak tangan ditayangkan pada awam...salah satu usaha GMI....

2. Akil Hayy
Akhil Hayy...artis yang sedang panas diperkatakan turut dijemput menjadi artis undangan pada malam Wacana Musikal sempena Muktamar PAS 55...saya agak terkejut bila suami mengatakan bahawa Akhil Hayy datang buat persembahan malam tersebut. Ye lah kalau ikut berita media arus perdana dan tabloid...beliau entah di mana......"biar betul...takut kena baling saja nanti.."....tapi suasana okay saja....beliau masih sama seperti biasa...kata abah asiah..Dr Hatta pun berbisik kepadanya..tanda hairan..."betul ke ni Akhil Hayy datang?"...

Beliau mendendangkan nasyid bertajuk Menangis dengan penuh perasaan...
Komen beliau bila ditanya bagaimana dengan album baru...katanya..dengan nada berselorohnya " Album baru sedang berada di Mahkamah"....kah...kah...memang kelakar dan mengena juga tu...tu lah faedahnya yang didapati bila tercebur dalam dunia seni ni...betul ke tak???
Lagi katanya kepada penonton..."kalau ada masalah rumahtangga laporlah kepada media"....komennya...isunya menjadi lebih panas menenggelamkan isu semasa ketika itu yang panas terutama sekali isu-isu bangunan runtuh..Jaya Supermarket dan Bumbung Stadium Sultan Mizan...kebetulan atau memang disengajakan.....entahlah..mungkin ya..memang itulah adat dan caranya kerajaan melalui media mereka nak divert isu...namun apa pun Akhil Hayy berhutang penjelasan kepada awam....
3. Muadz
Muadz Zulkifli turut dijemput.....sering dijemput sebenarnya di pentas ini...dah beberapa kali juga lah kami mendapat rezeki melihat persembahannya secara percuma di pentas ini dan beberapa pentas lagi di sekitar Shah Alam...seluruh ahli keluarganya turun padang memberikan sokongan....apa-pun memang best persembahannya....suaranya power...anak kami Asiah amat meminatinya...

4. Dr Hatta Ramli
Ha...ini artis undangan yang tak asing lagi di pentas ceramah dan di jalanraya...Dr Hatta Ramli menyampaikan sajak ciptaannya sendiri tak ingat tajuknya...boleh tahan juga..sebelum itu Dr Hatta dan Mat Sabu berwacana mengenai isu kesenian dan musikal...lain sikit dari kebiasaannya...mereka berdua memang terkenal dengan sikap 'berseloroh' mereka dengan gaya sendiri.
5. Ito Blues Gang
Ini pula Ito bekas vokalis kumpulan Blues Gang menyanyikan lagunya yang terkenal Apo Nak Di Kato.
6. Renggo
Renggo bekas vokalis kumpulan Arrow, menyampaikan 2 buah lagu...satunya lagu rock Pesan Tok Guru...yang menyebabkan berhijrah ke arah kebaikan. Tonton di sini
7. Azhan
Azhan Atan juga menyampaikan nasyid dari albumnya.
8. Mat Sabu
Ha...ini Mohamad Sabu menyampaikan sajak ciptaannya sendiri tentang 'wanita itu'...tak boleh sebut...kena teka sendiri...kalau sebut kena pula dipanggil oleh pak polisi...baca di sini

9. GMI lagii...
Ini gerai pameran GMI yang masih luas dan selesa sebelum 'diserang' oleh peniaga lain...akhirnya menyesakkan ruang pameran dengan pelbagai barang jualan...banner kempen bebaskan tahanan 8-tahun ISA.
10. Pelancaran Buku oleh TG Nik Aziz, DS Nizar & Dr Mujahid

Ini pemandangan di gerai AN Bakri...selepas majlis pelancaran buku Fenemona Nizar dan Wajah Baru Politik Malasysia oleh TGNA. ini sudah tentu sesi majlis ambil autograph....gerai ni memang di tempat yang strategik...


Tok Guru melancarkan buku...
10. Gerai dan lain2
Cantik...berwarna warni dan murah....salah satu gerai di hujung sekali...lihat di hujung sana deretan gerai yang kosong yang diisi dengan parking kereta...berfaedah juga...

Ini gerai UmmuAsiah...ada seorang yang baru masuk dan keluar....ini hari yang pertama..hari Jumaat..pada Hari Khamis gerai kami yang asal lagi jauh kedudukannya...pada malamnya kebanyakan gerai yang jauh bertungkus lumus mencari tepak gerai lain yang lebih baik untuk ditukar...maka pada malam tersebut juga kami dan beberapa penggerai yang lain bertungkus lumus memindahkan barangan. Oleh kerana hari itu adalah hari Jumaat, kami membuat andaian bahawa kemungkinan ramai tak datang lagi sebab hari kerja...kami menaruh harapan pada hari Sabtu lebih ramai yang hadir...namun meleset lagi...lalu di tengah terik mentari dengan kepala yang pening...sekali lagi kami berpindah dan mendapat ehsan dari pemilik gerai yang lain untuk berkongsi gerai.....
Inilah Makcik Kiah yang baik hati yang membenarkan kami berkongsi ruang untuk berniaga di bawah khemah niaganya...ikutkan hati saya memang sudah berputus asa...sebab dah di landa migren...nasib baik ada suami, anak-anak, rakan niaga saya, Kak Juli, suaminya Aris dan anak-anak yang membantu...saya baring saja di bawah tapak khemah yang kosong...di sebelahnya..Mis..muslimat yang datang merantau jauh dari Johor bersama suami untuk berniaga..gerainya di sebelah gerai Makcik Kiah...lihat senyuman mereka saja hati jadi tenang dan gembira...orang yang berniaga dengan jujur dan ikhlas...makcik ni dan anaknya jual T-Shirt Muslimah dari Indon dengan begitu murah sekali....kata mereka biarlah untung sedikit...hati puas lebih lagi bila tahu orang yang pakai akan tutup aurat dan boleh di bawa solat...Alhamdulillah....
Kami bergaya dengan headband Mansuhkan ISA yang dibeli oleh Mis dari gerai GMI....ishh...semangat dia..saya pun belum sempat beli lagi..sebab baru disiapkan untuk muktamar....
kawasan gerai pameran yang sudah menjadi sedikit sesak...

lagi gambaran kawasan pameran GMI yang masih berkeadaan selesa...boleh buat kenduri masa ni...
Majlis Forum Perdana yang memberikan nostalgia di zaman kegemilangan Forum Perdana di TV1 suatu ketika dahulu sebelum semua tokohnya di ban oleh stesen TV kerajaan...
Hadirin di malam majlis Forum Perdana...ini pada hari Khamis malam Jumaat...Forum ini dibuat di pentas terbuka di tengah padang di bahagian tengah kawasan Stadium Malawati..
Lagi gambaran hadirin yang telah hadir di malam itu....lihat di sekeliling padang tersebut di penuhi dengan khemah gerai...gerai kami yang terletak di sebelah kiri yang bernasib malang kerana terletak di luar laluan pengunjung dan perwakilan...hari ketiga...semuanya kosong...samada pindah ataupun gulung tikar!!!!...di sebelah kanannya menerima pengunjung yang betali arus..hingga ada yang menagatakan peniaga tak menang tangan nak layan di waktu puncak...ada 4 baris gerai semuanya kalau tidak silap saya...sudah cukup berpeluh

Berkesempatan berjumpa dengan blogger Abang Long...yang punya banyak pengalaman. Kelihatan juga Aris, suami kepada Kak Juli teman perniagaan saya dan anak mereka yang membantu setiap hari. Kelihatan di belakang satu khemah yang kami dirikan untuk berehat. Pada malam Ahad dua orang anak saya Asma' dan Ammar tertidur di dalam khemah ini dan saya pula menumpang tidur di atas kerusi malas di khemah disebelah kanan sambil Asiah di ribaan saya...terlindung dengan barangan...bila terjaga terlihat jam sudah hampir pukul 1 pagi...segera saya mencari hp...kelihatan ada beberapa miss call dari suami...terus saya call mereka...anas anak lelaki sulong yang angkat..."kenapa tak datang gerai cari ummi"..."anas dgn abah dah pergi tapi tak ada orang pun"...sah lah mereka telah tinggalkan kami kerana tak perasan kami tertidur, saya pula dek kerana terlalu letih dan sakit kepala lupa nak tinggalkan pesanan kepada mereka yang berada di dalam dewan mengambil gambar dan mendengar ceramah...

Sedih betul saya ketika itu memikirkan segala susah payah dan keperitan yang saya lalui demi untuk berniaga...nasib baik ada satu lagi kenderaan kami yang sengaja ditinggalkan di kawasan stadium dan kuncinya pun pada saya..kalau tidak alamat kami bermalam di dalam khemah lah jawabnya...

Kena creatif dan rajin berusaha untuk menjual barangan......adik2 yang menjual comforter dari Nilai dengan harga yang sangat murah RM50-RM70 each...
Asiah berkenan dengan baby yang comel dan montel ni yang datang singgah ke gerai kami....

Yang di sebelah kiri tu, Puan Sal teman segerai dengan saya juga..kami bersama-sama berpindah randah...namun beliau dan suaminya berhati waja dan cekal...bila saya hampir putus asa dia berkata.."saya yakin ada rezeki buat anak-anak saya.."...sayu rasa hati saya..beliau dan suamniya menjual tuala wanita berteknologi tinggi jenama ANION..pada hari Jumaat malam sabtu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas jam 12tghmlm, kereta kancil secondhand milik mereka rosak di sepanjang jalan dari Shah Alam ke Batu Caves sebanyak 6 kali...sedih dan perit mendengarnya..esoknya dihantar ke bengkel dengan gear box yang rosak..melambong lagi kos kehiduoan mereka!!!

Keesokan harinya mereka datang dengan membonceng motosikal sambil membawa anak yang paling kecil bersama...moga rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT.


Ini mungkin pemandangan dari deretan gerai menjual makanan...saya lansung tak menjejakkan kaki ke sini....terlalu jauh khabarnya...


gerai yang hanya khusus menjual kopiah


best tu...dapat urutan muka dan mata percuma...issh...kalau time migren ni mesti sedap punya nih....

Muktamar PAS 55-Ceramah Perdana 6-06-09

Wednesday 10 June 2009

Ustaz Nasharuddin, betul ke ni????..Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated'

Ustaz Nasharuddin mungkin boleh membuat kenyataan sebegini kerana beliau sentiasa berada di dewan yang sejuk...berjalan di atas karpet merah..memang ada karpet merah terhampar, menggunakan tandas yang selesa tanpa perlu berjalan jauh di tengah terik panah matahari, tanpa perlu beratur panjang untuk menggunakan tandas, tanpa perlu mencari di mana tempat untuk solat dengan selesa, berwuduk..dan macam-macam lagi...makanan dan minuman kebiasaannya disediakan di hadapan mata...park kereta mungkin paling dekat dengan tempat kejadian...

Mungkin inilah contoh pemimpin yang buat kenyataan dari atas 'kerusi empuk' sahaja tanpa turun ke padang melihat kesusahan rakyat bawahan....hmm...saya jarang sekali menulis sebegini...namun apabila saya sendiri dan ramai lagi yang terpaksa melalui beberapa kesusahan ketika berada di muktamar PAS ke 55 ini...mohon maaf saya juga perlu mengambil sikap yang lebih terbuka untuk memberi teguran...geram dan marah....

Baca kenyataan di bawah...

Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa.

Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara.

ha...itulah masalahnya...mana ada keselesaan pada semua...nak solat pun terpaksa beratur di peak hour especially di waktu awal masuk waktu...usah ceritalah bab nak menggunakan tandas...saya hampir menangis melihatkan keperitan anak saya menahan diri dari membuang air besar lantaran ceret beret...kami tidak dibenarkan menggunakan tandas di bahagian atas yang berdekatan pintu masuk stadium kerana tiada tag...saya terplkasa merayu dan mendesak atas alasan anak saya ceret beret!!!!.....namun tetap tak dioendahkan..katanya orang yang menjaga tu.."maaf puan..ini arahan pemimpin"....kata saya.."arahan pemimpin apa, macam ni punya zalim"...tandas hanya beberapa langkah di hadapan saya....takkan tak boleh nak gunakan budi bicara lansung....

Saya juga marah dan rasa dizalimi oleh pihak penganjur terutamanya urusetia gerai yang saya sifatkan terlalu tamak menyediakan khabarnya hingga 600 buah khemah gerai...namun akhirnya mungkin hampir separuh terpaksa gulung tikar sejak hari pertama lagi mungkin...saya termasuk golongan yang terpaksa berpindah randah gerai sebanyak 3 kali hingga hampir berputus asa kerana tempat kami berniaga asalnya boleh dikira dengan jari berapa orang yang melaluinya...sewa sebanyak RM800 yang dikenakan...ramai penyewa gerai merungut dan membuat aduan...janji urusetia mereka akan pertimbangkan selepas muktamar nanti...jadi sila buat sesuatu sebelum semua orang semakin marah....

Media updated???memang ya pun..tapi....at last...media arus perdana yang dilayan dengan sempurna juga yang memutarbelitkan berita...mengambil kesempatan.....memang ramai nampaknya media yang hadir dan memang diakui paling ramai....tapi kita juga mendengar rungutan dari bloggers Pakatan Rakyat yang tidak mendapat akses ke sidang media yang dijalankan kerana tidak mendapat Pas Media...mereka hanya inginkan maklumat yang tepat direct dari sumbernya untuk disampaikan kepada rakyat..melalui media blog mereka yang makin mendapat perhatian.

Kini lihat..apa dah jadi..pimpinan PAS terpaksa meminta segala perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan dihentikan...apa nak buat semuanya sudah terlepas...kata blogger bagaimana mereka nak bantu backing bila mereka tidak mendapat maklumat asalnya...apa nak buat...lain kali pertimbangkanlah...dan beri layanan juga pada pihak blogger, janganla beri alasan terlalu ramai pulak...

Kepada Ustaz Nasharuddin...tolonglah...lein kali pandang-pandang jugalah golongan yang lain...turun lah ke padang yang panas terik tengok rakyat....lawatlah semua golongan rakyat bawahan...saya cuma ambil contoh apa yang berlaku di satdium malawati sewaktu muktamar PAS 55 dijalankan...kerana mungkin ada yang kata 'takkanlah tak boleh bersusah sikit'..tapi sebab kenyataan di sini ialah..tentang penganjuran Muktamar ke 55 yang dikatakan terbaik...

Mengenai Kerajaan Perpaduan...saya dipesan oleh suami saya untuk mengambil contoh kisah Ibn Ummi Mahktum sebagai teladan dan teguran...tapi tak perlu lagi saya beri ulasan..saya pun tak lah pandai sangat...saya terbaca di bog ini.

..Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, penganjuran Muktamar ke-55 adalah yang terbaik pernah diadakan.

Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya.

"Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke-55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.

Muktamar yang ke-55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa.

Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara.

sumber: Harakahdaily

Siapakah leader yg dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad Awang tu ye...

Saya tertarik untuk copy paste tajuk berita panas yang dah dua hari berlalu ni...sebab saya pun dapat rezeki untuk tahu siapa orang tu...macam Ustaz Ahmad Awang kata saya pun tak nak reveal jugak secara open di alam maya ni..biarlah beberapa orang saja tahu...:))...he..he..tapi siapalah saya ni....

Taklah penting sangat atau rasa megah sangat kalau tahu pun tapi yang penting untuk kita tahu masih ada pimpinan yang masih memahami aspirasi rakyat yang inginkan perubahan, yang sudah muak dengan sikap pimpinan UMNO dan BN. Terlebih lagi untuk rakyat yang sudah cukup terasa dizalimi oleh kerajaan yang telah lama memerintah...tidak perlulah kita terperangkap...

Ramai rakyat yang telah berkorban sejak peristiwa September 1998 hingga kini semata-mata inginkan perubahan hingga kita dapat menang besar akhirnya di tahun 2008, ramai rakyat yang bangun dan baru sedar tentang kezaliman kerajaan yang sedia ada...

Kami bangga dengan sikap pimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang amat disayangi oleh segenap lapisan masyarakat...

Fikirkanlah akan kepentingan rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan yang sebegini penting..dahulukan hak rakyat...sebelum terfikir hendak berpadu dengan sesiapa pun....rakyat sanggup bersusah dan berkorban untuk mendapat kejayaan yang sebenarnya.....

ummuasiah....


Perak commissioner reveals attempt for tie-up with Umno
The Edge (8/6/09): Perak PAS Commissioner Ahmad Awang revealed that a party leader wanted to form a coalition with Umno to rule the state after the March 8 general election last year.

In his winding-up speech at the 55th PAS muktamar, Ahmad, who did not seek re-election as vice-president, told the delegates that he received a call from the official who is part of the party's national leadership asking him to band with Umno, which he refused.

He said the leader contacted him a day or two after PAS had announced that it would be forming the government with PKR and DAP.

"I refused because even before the 12th general election, we in PAS had made a decision that we will not form any government with Umno and Barisan Nasional," said Ahmad when approached by reporters.

However, he refused to name the leader who made the call. "Only a few other leaders and myself know who he is," said Ahmad, who smiled when pressed if the said leader is still in the new elected line-up of PAS leadership.

He said PAS was offered the menteri besar, state assembly speaker and exco positions in the effort to form the first Malay-dominated Perak state government.

"(Ousted Perak Menteri Besar) Datuk Seri Nizar Jamaluddin was one of the first who was asked to cooperate with Umno," he added.

Ahmad also claimed that Umno had used Perak mufti Datuk Hurussani Zakaria as a go-between for former Perak menteri besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali and PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

He alleged that Harussani attempted to trick him into agreeing to a partnership with Umno by telling him that Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had agreed to the cooperation between the parties.

"But I know Niz Aziz well and he would never agree to something like this," said Ahmad, adding that Umno leaders were desperate to get PAS to change its mind to the point of sending another go-between to intercept him at the Iskandariah palace just before the swearing-in ceremony of the menteri besar.

"I just ignored them and walked off," he said

Monday 8 June 2009

Muktamar PAS 55 dan 'KAMI'

Selesai sudah muktamar PAS yang ke 55...yang membawa kenangan berbeza kepada setiap orang yang hadir dan terlibat...samada anda perwakilan, pemerhati, pengunjung, peniaga,
petugas, pemilik gerai pameran urusetia dan macam-macam kategori lagi.

Saya secara khususnya buat kali ini menjadi tetamu jemputan untuk Muktamar Muslimat PAS Pusat, Muktamar PAS Pusat, pemilik gerai pameran GMI dan pemilik gerai perniagaan. Untuk kategori pemilik gerai ini adalah pengalaman pertama saya dan ianya menjadi satu pengalaman yang memeritkan untuk saya dan kawan-kawan.

Namun anak-anak kami enjoy every minute of it...ya anak2 yang belum mengerti tentang kehidupan...usaha dan jerih payah ibu ayah untuk mencari rezeki...namun sudah tentu menjadi pengajaran dan pengalaman buat mereka..

Ini Asiah anak bongsu kami...mengikuti kami setiap hari dan masa. Hari pertama muktamar diserang muntah-muntah dan ceret beret...terseksa kami untuk mencari tandas dan mendapatkan tandas..setiap tandas untuk awam terpaksa menanti giliran yang terdiri dari orang yang berbaris begitu ramai sekali...saya terpksa 'buat bising' dan mendesak untuk dapat menggunakan tandas apabila tidak dibenarkan menggunakan tandas di stadium kerana dihadkan untuk mereka yang memakai tag sahaja...akhir sekali oleh kerana 'kebisingan' saya akhirnya saya dibawa masuk ke tandas yang dikhususkan untuk VIP!!...saya hanya mahukan sebuah tandas untuk anak saya yang ceret beret...

Hari kedua saya dilanda migren yang teruk...dari tengahari hingga malam...tertidur di bawah khemah gerai bersama anak2...terjaga jam 1.00 pagi....menangis sendirian sambil memandu pulang..

Hari ke 3 dilanda sakit perut dan ceret beret sekali lagi saya tewas dan tinggalkan anak2 untuk menjaga gerai...gerai kami ditapak yang dikatakan tempat 'jin bertendang'...lansung tidak balik modal...infact modal pun hangus..namun di hari terakhir saya pulang dengan jiwa yang tenang dan gembira...kerana saya telah belajar erti kemanusiaan dan persaudaraan sejati dari insan2 inginkan rahmat dan ganjaran dari Allah.

Ingin sekali saya berkongsi setiap detik pengalaman yang saya lalui sepanjang muktamar kali ini khususnya mengenai pengalaman berniaga dan erti 'KEMANUSIAAN' khususnya.

Tengok betapa gembiranya anak-anak ini...bila besar nanti jadi insan yang berguna...berlaku ehsan kepada manusia yang lain terutama sekali kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Ah....sedapnya diurut selepas penat berjalan..dapat landing di atas kerusi malas......maklumlah ada 600 buah gerai semuanya!!!!!!kononnya di setup oleh urus setia...namun ramai yang menderita.....

Best juga saat ini...rehat santai membaca di bawah pokok....

Rehat-rehat makan di atas tangga stadium sambil memerhati gelagat orang ramai

Sepasang suami isteri santai-santai...mungkin juga pemilik gerai



Beberapa paip yang tersedia digunakan oleh penjual yang berniaga makanan dan minuman, juga alternatif untuk mengambil wuduk dan mencuci apa yang patut......ada peniaga yang mengeluh, satu paip terpaksa dikongsinoleh berbelas peniaga makanan....

Ada padang..ada bola...dapat bersukan...

Bagus anak ni...dari kecil sudah diajar bagaimana untuk berusaha dan berniaga mencari rezeki...insyaAllah cerah masa depan.

Bersambung lagi....