Title : Dad, I miss you So Much!
Illustration : Dad, where are you?
Why your effort to push for a thorough reform of the electoral process in Malaysia has been denied? Free My Dad, I want to be together wit you always!
Date & Event : 09 December 2007
Candlelight vigil gathering to support arrested BERSIH and Hindraf leaders at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Shot by: See Tho Chee Seong
Gambar di atas ialah sebuah kalendar meja yang dikeluarkan oleh FAN FNF Alumni Network Malaysia. FNF @ Friedrich Naumann Foundation.
'This calendar project was carried out in conjuction with "works of Freedom" photo competition nd exhibition organized by FAN Malaysia on 1-7 December 2008 at Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur.
Calendar ini dihadiahkan kepada saya oleh Mun Hui dan staff SUARAM yang lainnya semalam, ketika saya dan Cikgu Laila bersama mereka makan tengari dan berbincang mengenai projek kami "Lobby Internationally".
Gambar Asiah memegang lilin bersama kakaknya Asma' dan yang lainnya.
Gambar Asiah dan Asma' sering diambil oleh jurugambar dan akan tertera di akhbar dan media milik media alternatif. Alhamdulillah digunakan untuk tujuan yang baik. Walaupun mereka bukanlah anak kepada mana-mana tahanan ISA, namun mereka sejak dari tahun 2001, juga tahun di mana Asiah telah dilahirkan telah bersama berjuang membebaskan tahanan ISA dan memperjuangkan agar ISA dimansuhkan.
Mereka mewakili ratusan anak-anak tahanan ISA yang lain yang telah menderita merindui ayah mereka dan puluhan yang lain yang masih menunggu kepulanan ayah mereka ke pangkuan setelah dikurung bertahun lamanya....entah bila akan pulang....
Anak-anak tahanan ISA bersama ibu mereka Puan Dayang...masih menunggu dengan penuh pengharapan dan rindu dendam.
We miss you dad....so much....we need you by our side...to be with us...guide us...see us grow in front of you....to ease the pain in our mum's heart who have lost the love of her life....how much longer must we wait....?????
Puan Hapipah yang mengalami masalah jantung bersama anaknya...masih lagi meneruskan kehidupan dalam kepayahan semenjak suami ditahan bertahun lamanya..
Walaupun Asiah dan Asma' bukanlah anak tahanan ISA....mereka juga dapat merasakan kezaliman yang menimpa ke atas sahabat-sahabat mereka yang lain....bahkan Asma' dan Asiah juga pernah menyaksikan bagaimana ayahnya sendiri juga ditahan dan digari, dipisahkan selama 4 hari.....juga pernah dipisahkan dengan ibu apabila ibu mereka juga dipenjarakan selama 4 hari tanpa alasan yang benar...hanya atas alasan yang direka-reka....namun mereka juga tidak pernah gentar dan takut untuk terus sama berjuang...dan tidak mahu melepaskan peluang sekiranya ada sebarang demonstrasi ataupun perhimpunan aman.
Gambar ini diambil pada 9 December 2007 juga...ketika menyertai peace walk bersama kumpulan peguam dari Bar Council....di tahun berikutnya ketika musim kempen Pilihanraya Mac 2008 RTM telah menyalahgunakan klip video yang mereka ambil ketika Peace Walk ini dan ditayangkan di kesemua saluran berita di TV1 dan TV2..ketika prime Hour..sekitar jm 8.10, setiap malam, petang dan siang without fail....mereka menggunakan dakyah bahawa...'menggunakan anak-anak'....mohon maaf wahai Kementerian Penerangan...anak-anak kecil ini pun sudah faham tentang hak-hak seorang manusia...yang bebas..
Moga Keadilan akan tertegak dan Kezaliman dihapuskan..
2 comments:
mungkin neeza tak sesedih anak-anak itu sebab neeza bukan dalam kasut mereka..
tapi neeza geram sangat dengan orang-orang yang menyebabkan nasib mereka jadi macam tu kak..
semoga Allah kurniakan mereka kebahagiaan yang berlipat ganda selepas ni...
neeza..
rasanya kezaliman amat teruk sekarang ni..tapi tak semua yang merasa secara direct...kita tumpang simpati..moga Allah mengangkat kezaliman dari semua rakyat Malaysia...
hari ni pun polis dan fru zalim lagi..dalam masjid negara pun ditembak dgn air dan tear gas..sapa yang alami terasa zalimnya!!!
Post a Comment