Friday 27 March 2009

Day 5..BALKIS Kau sungguh istimewa..dah dapat 'wahyu' yang BN akan kalah!!!

Saya ingin menarik perhatian semua mengenai kenyataan ataupun tuduhan Khir Toyo bahawa Pakatan Rakyat yang menyebabkan beliau kalah...anda rasa orang boleh percaya ke, boleh terima ke tuduhan ini.


Berapa kerat sangat lah perwakilan UMNO yang dapat mengikuti Sidang Pendengaran ini, apatah lagi ianya lansung tidak mendapat tempat di media arus perdana.

Khir toyo juga dengan sombong dan angkuhnya mengatakan bahawa beliau tidak bersalah....laporan dari Malaysiakini: "Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu bertegas bahawa beliau tidak bersalah kerana siasatan pihak polis mendapati beliau dan pertubuhan tersebut, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bekas presiden Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohd Khir, dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 11 Mac tahun lalu untuk membubarkan pertubuhan itu dan menutup akaunnya sehari kemudiannya.

Siasatan awam kemudiannya diadakan untuk menyiasat perkara itu tetapi Dr Mohd Khir hari ini berkata, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Selangor mengadakan siasatan tersebut, sedangkan tiada seorang daripada mereka merupakan 'penyiasat terlatih'."Mereka hanya membazirkan masa. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk mentadbir negeri itu, walaupun sudah setahun mereka mengambil alih pentadbirannya," tambahnya."

Memang sungguh melucukan kenyataan Khir Toyo ini...pelik betul orang ni, dia benar-benar rasa dia tak bersalah...atau mungkin dia memang merasakan apa yang dia dan isterinya lakukan selama ini dengan memerah duit syarikat kerajaan negeri untuk melancong, membeli barangan dan menerima cenderahati yang mahal sebagai bukan satu kesalahan...begitulah rasanya...cuba baca entry saya yang lepas-lepas mengenai semua kenyataan yang dicakapkan oleh semua saksi yang terlibat dalam Pendengaran Awam ini.

Pada hari ini iaitu hari ke 5 sesi pendengaran awam , Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor En Yunus Jamil telah dipanggil menjadi saksi untuk isu pembubaran BALKIS.


Untuk kita lebih menghayati kes ini sukalah saya memaklumkan bahawa BALKIS telah ditubuhkan pada tahun 1984 bermakna telah 24 tahun pertubuhan BALKIS ini telah wujud di Selangor. Fakta ini dimaklumkan oleh En Yunus setelah ditanya oleh JK SELCAT.

Isu yang dibangkitkan tadi ialah apakah pembubaran BALKIS pada 11/3/08 itu adalah sah dengan mengambil kira beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh Pertubuhan BALKIS menurut perlembagaan dan mematuhi undang-undang Akta Pertubuhan 1966.

Menurut En Yunus sebelum sesuatu permohonan pembubaran diterima ada beberapa proses yang perlu diteliti dan disemak dengan tepat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN). Dokumen yang perlu ada dan perlu disemak ialah, Minit Mesyuarat, Salinan Senarai Ahli, Penyata Akaun Terakhir, Penyata dan Laporan yang diaudit. Sekiranya semua lengkap maka barulah permohonan boleh diluluskan.

Soalan yang ditanya kepada En Yunus ialah:

1. Adakah beliau lihat dan semak bahawa laporan kewangan diaudit atau tidak. Ini kerana menurut fakta bersumpah yang dikatakan oleh Juruaudit Balkis ialah mereka tidak pernah menerima apa-apa laporan kewangan dari BALKIS untuk diaudit walaupun telah meminta BALKIS melakukan demikian.

Jawapan dari En Yunus ialah beliau tidak meneliti samada laporan yang diterima diaudit atau tidak, alasan yang diberikan ialah beliau menerima segalanya ‘in good faith’, bermaksud meletakkan kepercayaan yang penuh kepada ahli-ahli BALKIS yang menghantar laporan tersebut.
Setelah ditanya berkali-kali dengan berbagai bentuk soalan oleh JK SELCAT En Yunus akhirnya berkata bahawa "Saya telah terlepas pandang".....yakni beliau tidak melihat dan tidak menyemak samada laporan Kewangan BALKIS adalah lengkap dan telah diaudit.

Apa yang berlaku walaupun dokumen untuk permohonan BALKIS bagi membubarkan Pertubuhan mereka tidak lengkap dan tidak sah, Pengarah Pendaftar Negeri masih tetap menghantar permohonan tersebut ke Pejabat Pendaftaran di Putrajaya dan menulis bahawa "saya sokong untuk diluluskan" tanpa mengambil kira bahawa segala dokumen tidak lengkap dan tidak sah...bak kata JK Selcat..'membuta tuli'

Maka di sini YB Saari bertanya "mana yang lebih tinggi, hierarki good faith berbanding akta dan perlembagaan"...terdiam tuan pengarah...
Soalan dari YB Edward Lee Poh Lin pula "Memandangkan proses pembubaran tidak teratur dan ada masalah apakah tindakan yang boleh diambil oleh En Yunus?"

Sebelum sempat En Yunus menjawab YB Teng secara berseloroh mengatakan bahawa "soalan itu tidak adil kerana En Yunus baru tahu hari ini"...merujuk kepada kemungkinan pembubaran Balkis adalah tidak sah.

Jawapan dari En Yunus ialah selagi ahli dah luluskan maka ianya boleh diterima.

Soalan seterusnya ialah "jika persatuan tidak teratur dan tidak ikut peraturan apakah tindakan yang boleh diambil."
Mulanya En Yunus hanya menjawab bahawa beliau hanyalah pentadbir dan bukan yang membuat keputusan, yang membuat keputusan ialah di peringkat ibupejabat.

Soalan lain dari JK SELCAT ialah " Pada April 2008 JPPN Selangor hantar surat ke Putrajaya menyokong permohonan dengan alasan semua dokumen teratur dan diterima, negeri ada kuasa untuk menyatakan sokongan, hari ini pula kata Pengarah telah terlepas pandang dan dokumen pembubabaran tidak diaudit. Tidak apakah tindakan JPPN kini bila dah tahu salah?"

En Yunus juga cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa semakan dokumen bukan sahaja dilakukan olehnya tetapi juga disemak di pihak yang lain.
En Yunus juga disoal "adakah beliau sedar atau tidak pada 8/3/08 telah berlaku peralihan kuasa?"...beliau menjawap ya.

Seterusnya lagi beliau ditanya " apakah ada kaitan pembubaran BALKIS dengan peralihan kuasa dari BN ke PR"...beliau menggeleng.

Beliau juga menafikan yang wujud layanan istimewa terhadap BALKIS berbanding dengan pertubuhan lainnya.

En Yunus juga cuba mengelak dari menjawab dengan menyatakan tidak faham soalan YB Haniza Talha dan mengatakan soalannya berbelit-belit dan mengelirukan....ini membuat ramai yang hadir tertawa dengan jawapan yang kurang bijak tersebut kerana kami semua yang hadir dapat memahaminya dengan mudah...jawab saja ya atau tidak.


Soalan YB Haniza berbunyi: " Apakah ada sebarang perbincangan di antara Negeri dan Pusat bagaimana hendak menangani Pembubaran dan Pengecualian untuk BALKIS?...ini susulan dari surat yang dihantar oleh JPP Pusat untuk memberikan pengecualian kepada BALKIS bagi proses pembubaran BALKIS.

Isu lain yang diambil kira ialah mengenai taraf ahli BALKIS pada ketika itu yang suami-suami mereka sudah tidak lagi menjadi ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri dan apakah secara automatik seseorang yang memenui syarat keahlian boleh menjadi ahli.

Akhir sekali fakta yang paling jelas pelik ialah tarikh Mesyuarat Agong Khas yang diadakan pada 11/3/08. Sedangkan mengikut peraturan dan undang-undang Akta Pertubuhan 1966 ialah notis mesti diedarkan kepada ahli sekurangya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

Mesyuarat mestilah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh sebulan daripada tarikh permintaan mesyuarat tersebut.

Namun dalam kes Balkis mesyuarat telah diadakan pada 11/3/08, iaitu 3 hari selepas tumbangnya kerajaan negeri yang diketuai oleh Khir Toyo dan Barisan Nasional...apakah mungkin mereka telah mendapat inspirasi yang mereka akan kalah dan telah menghantar notis mesyuarat agong khas even sebelum PRU dijalankan????

Pelik bukan.....sungguh tergesa-gesa dan tak cukup tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang Akta Pertubuhan.

Akhirnya Pengarah mendedahkan bahawa ketika pembubaran yang tidak sah itu dilakukan jumlah wang dalam akaun semasa BALKIS ialah RM 9,916,140.84 sen. Semuanya telah dipindahkan ke akaun BAKTI pula.

Sidang Pendengaran Awam ditangguh pada jam 11.40tgh dan akan disambung pada hari Isnin jam 10 pagi. Saksi yang sepatutnya datang pada sebelah pagi tadi ialah Puan Sri Hasbi, tapi beliau mohon untuk ditangguhkan ke tarikh lain.

Jumpa lagi di hari yang lain.

7 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya kita semakin tahu kenapa Rakib dan Atid di ujudkan.

Kerana Allah swt serba mengetahui bahawa akan ada manusia yang seperti ini.

Anonymous said...

Haha jawapan dari En Yunus agak kelakar ... "saya telah terlepas pandang" ... ingtkan adik aku yg form 5 jer tau menjawab mcm ini kalo2 dia ada wat salah. Orang tua pon ada jawab mcm ini!! hahaha. Meh dtg sambung blajar kat sekolah adik aku lg bagus rugi jer pegang jawatan tinggi2 .. kuikuikui

Insaflah said...

Agaknya 'mereka' terlepas pandang tentang AZAB ALLAH.

ummu asiah said...

tindakan begini i dunia boelh menyebabkan manusia lebih berhati-hati dan jangan rasa macam dunia ni diri sendiri punya..

terutama sekali untuk pemimpin PR

ummu asiah said...

jawapan depa2 ni memang kelakar dan tak bijak lansung utk taraf pengarah..masuk sekolah buat kena tendang saja..

buat penat sekolah tinggi2..lepas tu pening bila kena soal paling mudah..hanya kerana nak cuba membetulkan sesuatu yang ternyata salah

ummu asiah said...

insaflaH..

mungkinlah tu...atau mungkin lansung tak ingat dan tak pandang

Anonymous said...

pastikan kerajaan selangor sekarang hadapkan yang menyeleweng itu ke muka pengadilan. jika wujud salahguna kuasa jangan ada tolak ansur. seret ke mahkamah dan humbankan ke penjara.