Monday 30 March 2009

Hari ke 6: Rupanya Balkis tidak istimewa..'tanya sendiri pada BALKIS"

Hari ini siasatan awam diteruskan lagi dengan Pengarah Pendaftar Pertubuhan En Mohd Yunus Jamil menyambung memberi kenyataan kepada SELCAT.

Isunya masih bertumpu kepada kesahihan pembubaran BALKIS mengenai segala dokumen yang berkaitan dengan pembubaran BALKIS. Pengarah mendedahkan laporan BALKIS tidak diaudit semenjak tahun 2001 lagi. Persoalan apakah tindakan Pengarah apabila mengetahui laporan BALKIS tidak pernah diaudit, dan adakah dimaklumkan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Pusat di Putrajaya mengenai hal itu.

Jawapan standard dari Pengarah sejak dari hari yang lepas ialah, selagi ahli BALKIS terima dan okay, dan bersetuju dengan laporan mereka, JPPN pun ok juga, dan lagi JPPN tak 'cukup tangan' untuk menangani semua urusan kerana ada lebih dari 13,000 buah pertubuhan dan tugas utama mereka ialah urusan pendaftaran sahaja.

Hari ini pengarah JPPN sepatutnya hadir dengan membawa segala dokumen yang berkaitan dengan isu pembubaran iaitu, minit mesyuarat, laporan kewangan, senarai ahli dan lain-lain lagi.

Tetapi sidang hari ini dimaklumkan oleh Pengarah JPPN ialah beliau telah mendapat nasihat dari Pusat bahawa segala dokumen tersebut tidak dibenarkan dibawa dan diserahkan kepada JK SELCAT. Ini juga atas nasihat Penasihat Undang-Undang (PUU) dari Pusat. Ini sebenarnya melanggar situasi biasa di mana segala dokumen berkenaan sesebuah pertubuhan adalah terbuka kepada orang awam.

YB Azmin menyoal balas "apakah kemungkinan sebenarnya lansung tidak ada notis yang sempurna untuk diadakan mesyuarat agong khas BALKIS 3 hari selepas tarikh peralihan kuasa antara BN kepada Pakatan Rakyat."

Untuk ini En Yunus menjawab "kena tanya BALKIS, dia orang yang buat mesyuarat tersebut."....tetapi dimaklumkan notis sudah dihantar kepada JPPNS.

Persoalan yang penting juga ialah kenapa JPPNS mesti dirujuk kepada PUU dan mesti ikut arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Pusat sedangkan menikut akta segala dokumen boleh diakses.

YB Edward membuat rumusan bahawa JPP Pusat juga telah membuat kesilapan dengan meluluskan permohonan pembubaran BALKIS walaupun permohonan mereka tidak lengkap dan tidak sah.

Memandangkan dokumen untuk BALKIS tidak boleh didapati berbanding pertubuhan lain maka persoalan yang timbul apakah situasi ini luarbiasa dan layanan kepada BALKIS adalah istimewa...jawapannya ialah tidak luarbiasa dan tidak istimewa.

Soalan lain yang ditanya ialah kenapa dalam kes BALKIS nak minta dokumen kena rujuk pada Pusat dan PUU...jawapan En Yunus ialah.."kenapa tak minta terus (dokumen) pada BALKIS saja"

En Yunus masih dengan sikap menidakkan semua persoalan dan berlepas tangan apabila dia menyebut mendapat arahan dari Pusat dan PUU, maka YB Teng telah mengarahkan En Yunus tetap harus membawa dokumen pada hari Rabu bila sidang diteruskan...En Yunus mengatakan bahawa dia masih tidak dapat membawa dokumen tersebut atas nasihat Pusat dan PUU. Maka untuk ini YB Teng menyebut "tidak mengapa, JK SELCAT akan memanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Pusat dan Penasihat Undang-Undang mereka."

Sesi bersama JPPNS akan disambung lagi pada hari Rabu ini.

Sidang pada pagi tadi diteruskan dengan kehadiran Puan Sri Asbi Rohani Asnan isteri Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bekas Menteri Besar Selangor....

Lebih banyak pendedahan dan lebih banyak putar belit.....namun....pekung di dada sudah terserlah.....

Jawapan terlepas pandang masih tetap menjadi jawapan mudah untuk menyelamatkan diri...

Tunggu laporan seterusnya.....

2 comments:

Mary Ann said...

Hello! Would love to be able to read your blog! Google has a great translator widget you can add to your side-bar!
Greetings from Denmark!
Mary Ann

ummu asiah said...

Mary Ann..

thanks for your interest in reading my blog..

a very good idea indeed..i will give a try...

I have visited your blog and learnt about your hobby...nice crafts..