Tuesday 31 March 2009

Najib bakal angkat sumpah Jumaat ini??..adilkah untuk Rakyat???

Nampaknya Najib dan isteri sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menaiki takhta..

Dah terbaca di Malaysiakini news at 6.52pm hari ini. Najib to be sworn in on Friday!!!!..


Ah...takutnya...seramnya....


Patutnya...seperti yang disebutkan oleh Mohd Sabu di ceramahnya di Taman Melewar minggu lepas, Najib sepatutnya dan seharusnya membersihkan namanya dahulu yang dilibatkan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya. Beliau seharusnya mendakwa pemberita Perancis yang telah membuat laporan terperinci tentang pembunuhan ALtantuya dan membabitkan Najib dan isterinya Rosmah sebagai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut..

Detik-detik pembunuhan dan sesiapa yang terlibat disebut dengan jelas di dalam laporan tersebut, maka sudah tentulah sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin No 1 dalam negara membersihkan namanya dan meminta siasatan dilakukan ke atas laporan yang dibuat oleh wartawan Perancis tersebut.

Begitu juga dalam tulisan oleh Kim Quek di Malaysia Today : Najib Must be screened by a Royal Commission Of Inquiry.

Berbalik kepada isu Najib akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini, soalannya mengapa telah terbongkar bahawa upacara itu bakal diadakan pada Jumaat ini dan hanya dimaklumkan melalui sms lengkap dengan tatacara pakaian yang patut dipakai.....siapa pula penghantar sms tersebut dan mengapakah tiada surat rasmi dikeluarkan.

Dan di satu pihak lagi pula, Perdana Menteri kini, masih tidak dapat mengumumkan bilakah tarikhnya dan mengharapakan pihak Media untuk tidak terus mendesaknya dengan bertanyakan bilakah proses peralihan kuasa tersebut bakal berlaku.

Manakala jawaban Najib pula ialah...kena tunggu official statement dan dia tidak ada hak dan tidak boleh buat kenyataan tersebut....
Apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri tetapi dikaitkan dengan tuduhan membunuh...dan telah tersebar ke seluruh dunia. Adilkah untuk rakyat???...
Bagi rakyat khususnya dari pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bahang panas dari corak kepimpinan DS Najib sudah terasa membakar diri......mungkinkah ramai yang bakal menjadi korban???
Ini jawapan DS Najib seperti yang tercatat dalam tulisan Kim Quek seperti diatas ialah "It is not fair to prejudge me. Give me a chance to take office first. Judge me by my action"
Hah....tak perlu tunggu hingga masuk office mengambil tempat sebagai Perdana Menteri...kini rakyat memang sedang memerhatikan anda dengan secara dekat...begitu juga tindak tanduk isteri anda ...

6 comments:

Insaflah said...

Terbayang ~ SIRATAL MUSTAQIM.

Aina@Azila said...

Tergedik gedik si Rosmah tu nak masuk Seri Perdana. Dah lama dia tunggu saat ni Kak N. Orang gila kuasa, apa nak di hairankan hehehehe...

Well, pasal "Najib MUST BE screened BY a Royal Commission Of Inquiry"... tapi yang berlaku ialah "Najib screened the Royal". Terbalik laa...

ummu asiah said...

insaflah,
kalau manusia ingat hari pertemuan dengan Allah pasti akan cepat bertaubat..apa ada pada nikmat dunia..

...................

aina,

rasanya mungkin juga sidia sudah tidak sabar lagi. dlm satu interview dgn media luar..dia kata..najib memang sudah ditakdirkan utk menjadi PM..org saja dengki..he..he..

mereka berkuasa..mereka miliki semua org bawahan mereka dan semua sistem di bawah mereka..

Aina@Azila said...

Sesungguhnya 'kuasa' dan 'harta dunia' hanya sementara....

Mungkin mereka lupa atau tidak tahu atau pura2 tak tahu, bila besar jawatan, besar tanggungjawab. Semua ni akan dipersoalkan di dalam kubur nanti...

Sahabat2 Rasulullah saw fikir panjang bila diberi jawatan pemerintah, takut dengan tanggung jawab. But orang sekarang berebut2 nak jadi pemerintah.
p/s: kesian kat Munkar & Nakir, banyak kerja dia nanti bila die orang ni dah mati... Oppss just kidding.

Ariffin said...

kita minta Allah tunjukkan balasan di dunia supaya dapat menjadi iktibar kepada muslimin yag lain.

ummu asiah said...

pak payne..

Ya betul tu...balasan Allah sentiasa menanti untuk setiap perbuatan buruk....Allah belum mengambil nyawa mereka..mereka masih punya masa untuk bertaubat dari kesalahan..tapi nampaknya..belum nampak bunga2nya lagi..