Wednesday 11 March 2009

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM 60 BILLION DAN RM 80 SAHAJA

Hari ini, tajuk semua akhbar utama dan media TV adalah berkenaan Pakej Ransangan Ekonomi sebanyak RM60 billion....untuk kita rakyat biasa tak boleh nak bayangkan atau membandingkan jumlah itu dengan apa-apa...banyak mana tu ye???....tapi bagi mereka yang berkepentingan memanglah boleh terbeliak biji mata agaknya....tak sabar memikirkan cara-cara untuk sama-sama grab beberapa slice dari kek yang sejumlah RM60 billion tersebut...
"Kerajaan hari ini mengumumkan suntikan tambahan RM60 bilion menerusi satu lagi pakej bagi merangsang sektor penting dalam ekonomi negara demi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat - dalam mengharungi kebimbangan prospek ekonomi sejagat yang suram."mStar
"ALI RUSTAM SIFATKAN PAKEJ RANGSANGAN KEDUA BAJET RAKYAT – berita hairan
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan pakej rangsangan ekonomi kedua yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai bajet rakyat.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, bajet mini itu meliputi semua peringkat seperti penduduk luar bandar dan pedalaman, peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta serta penganggur. "
BOLEH PERCAYA KE?????.....
Pagi tadi saya menonton rancangan Hello Malaysia di ASTRO AWANI mengenai isu di atas. Beberapa orang awam telah diajak memberikan pendapat mereka tentang pakej rangsangan ekonomi yang sejumlah RM 60 B ini...
Rata-rata mereka di dalam lingkungan 10 orang memberi jawapan yang hampir bernada yang sama...yang merasakan memang bagus .....namun ada tapinya...kerajaan mestilah telus...pastikan diagihkan dengan adil dan saksama dan biar semua rakyat merasa. Ini bermakna, rakyat semakin bijak menilai dan akan sentiasa menjadi pemerhati kepada setiap tindakan kerajaan dalam melaksanakan apa yang dikata......balasannya tunggu bila tiba saat pilihanraya diadakan.
Seronok juga dengar banyak peluang pekerjaan disediakan kepada lepasan universiti, peluang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat PHD...
Teringin juga saya nak merasa sedikit dari kek tersebut...namun sebagai rakyat biasa..kita terpaksa terus bekerja keras untuk memastikan setiap pinjaman yang 'terpaksa kita buat'....untuk mendapatkan rumah untuk didiami dan kenderaan untuk digunapakai setiap hari tetap dapat terus dibayar setiap bulan...selain dari keperluan asas yang lain.
Dua hari yang lepas saya menerima satu sms yang diforwardkan oleh Cikgu Laila dari seorang isteri bekas tahanan ISA. Suaminya telah dibebaskan lebihkurang 2 tahun yang lepas.
"Aminah, isteri X-ISA minta bantuan dari I. Dia sedang sarat pregnant. Tunggu hari nak lahirkan anak ke 7. Dia minta RM80, terdesak sangat. That's y dia tel I 2-3 kali petang tadi. Boleh tak kita bantu dia sikit? I kesian la. Hubby dia kerja driver lori....Ni no akaun di *******"
Ya, Puan Aminah, juga seorang rakyat Malaysia, namun sejak dari kami menjaga kebajikan keluarga tahanan ISA, dia jarang sekali memohon bantuan, kecuali amat terdesak seperti ketiadaan wang hanya untuk membeli gas memasak. Itupun standard permohonannya kepada kami ialah hanya RM70...itu sahaja..tidak lebih tidak kurang...itu saja keperluannya.
Beliau tinggal di luar bandar...tiada siapa tahu sepanjang ketiadaan suaminya ketika dikurung di Kem Kamunting...apakah sentiasa ada bekalan makanan atau bekalan keperluan asas yang lain...mungkin apabila beliau membuat permohonan bermakna beliau merasa amat terdesak....
Kesian bukan...bagi kita RM 70 atau RM 80 hanyalah untuk mengisi kurang dari setangki minyak yang kadangkala habis digunakan hanya dalam masa 2 hari...tapi nasib Aminah dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia..RM 80 terlalu tinggi nilainya...mereka tidak perlu duit ribuan ringgit...hanya sekadar cukup untuk mengisi perut yang lapar....peritnya hidup orang yang miskin namun tinggi nilai mereka di sisi Allah bila mereka tidak meminta-minta.Cukup sekadar apa yang mereka perlukan untuk meneruskan kehidupan..kerak mereka tidak besar seperti kita yang hidup di bandar....
Alhamdulillah dengan lebihan rezeki dari sumbangan orang ramai Cikgu Laila dan saya sebagai wakil Pusat Sokongan Keluarga dapat juga memasukkan sedikit wang ke dalam akaun Aminah dengan segera. Moga dia lebih tenang dalam menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang ke 7.
Cikgu Laila juga telah forward satu lagi sms dari Aminah:
"Alhamdulillah, terima kaseh banyak2. Semoga Allah menambah kebaikan Lela dan semoga suamimu dibebaskan buat lela dan anakmu gembira. Jika sebaliknya saya harap janganlah berputus asa. Kita sama-sama terus berdoa sehingga dibebaskan dan sabar selalu. Allah sentiasa bersamamu. Mesti yakin. Salam dari saya sekeluarga.Amin"
Ya...moga Allah berikan kesabaran kepada Cikgu Laila untuk meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi....saya sedar bukannya mudah untuk beliau mengharungi hidup ini begitu juga isteri dan keluarga tahanan ISA yang lainnya...


Saya dan Cikgu Laila ketika meraikan tarikh hari lahir beliau pada 6hb Mac yang lalu...di favourite spot kami di Food Court, Jaya Jusco AU2.

Saya hanya dapat meleraikan kedukaan Cikgu Laila dengan mendengar dan melayan segala masalah yang diluahkan..namun masalah emosi dalaman yang lain hanya Allah yang dapat meleraikannya....namun setiap denyut nafas setiap keluarga mangsa tahanan ISA ada habuan kebaikan dari Allah kerana mereka adalah mangsa kezaliman.

Moga kerajaan yang memerintah lebih prihatin terhadap nasib semua rakyat...jangan hanya sentiasa cakap yang indah-indah sahaja sedangkan ekor bergelumang dengan najis...duit milik rakyat habis masuk kocek sendiri...rakyat dibiarkan menderita.....

2 comments:

Brahim Nyior said...

Puan, 60 bilion tu, sebenarnya bukan untuk rakyat secara langsung, tapi untuk merancakkan aktiviti ekonomi di negara kita... Itulah yang saya faham. Memang akhirnya 'akan dapat pada rakyat' juga, tapi macam puan kata, .. TELUS.

Persoalannya, TELUSKAH?

Sehari dua ini, banyak yang menyebabkan rakyat tambah musykil:

1. KPN dan AG dibebaskan oleh SPRM berhubung isu mata lebam Anwar.

2. SPRM tidak menyiasat lebih 900 aduan rasuah menjelang pemilihan UMNO Mac ini

3. Speaker DUN Perak tidak boleh diwakili peguam swasta (Mesti diwakili oleh pihak yang dilantik dari pihak kerajaan negeri yang tak sah)

Cukuplah beberapa isu yang memberi ruang kita berfikir.

Di mana ketelusan?

INGAT, RAKYAT TIDAK BODOH. BUKAN MACAM 20 TAHUN ATAU ERA 50-AN..

ummu asiah said...

Brahimnyior..

Terimakasih sudi ziarah dan komen..menambahkan kenalan..saya pernah ziarah ke blog brahimnyior..

memang betul..tapi definasi rakyat oleh kerajaan mungkin berbeza lah tu..rakyat yang disekeliling mereka sahaja...

tapi tahulah kita tujuan sbnr ialah utk mengkaburi mata rakyat utk dilihat malaysia ini sebagai okay walaupun bnyk negara yg teruk ekonomi mereka..lembab..tapi ekonomi msia rancak..sbb pemimpin kita selalu kata..our fundamental is strong atau our economy has no problems.

Yang menjadi masalahnya bila kerajaan yang salah usrustadbir harta negara...baca dalam artikel yg saya baca di harakahdaily ditulis oleh dr zulkifli Ahmad "berjayakah pakej ekonomi ke2"..

disebut juga akhirnya..rakyat yang 'dipaksa' berbelanja..'meningkatkan permintaan domestik'..mungkin itu juga sbbnya mengapa kerajaan beri option utk pekerja kurangkan caruman ke kwsp, boleh keluar duit utk bayar ansuran rumah dll..

tengok sajalah..pantang ada sales penuh shopping complex dgn manusia..heran juga ye..maklumlah skrg duit terlalu mudah utk dapat..kad kredit pinjaman dll..akhirnya rakyat yg menderita dgn kemudahan yg sebenranya menikam belakang pengguna sebenarnya..

memang sudah tiba masanya semua rakyat bangun menolak pimpinan yang tidak telus dan tidak pandai nak urus harta negara...

ikuti sidang dun selangor..memang menyakitkan hati dan jiwa..Alhamdulillah Allah telah tarik balik kuasa yg ada di tangan anak Toyo tu..kalau tak seluruh dunia nak ditakluki dengan wang rakyat!!!!!

rakyat terus merana!!!!

Jom sama-sama kita bongkarkan.