Sunday, 19 April 2009

"Apakah Pendakwah juga TERRORIST?"

Bukan mudah untuk memecahkan tembok penghalang paling kuat dan utama bila sesebuah keluarga dicengkam dengan akta zalim ISA. Satu tembok penghalang tersebut ialah 'takut'...takutkan gangguan polis dan SB, takut diwawancara dan disapa oleh wartawan, takut malu.....ya...malu sekiranya orang tahu ada anak atau saudara kita sendiri ditangkap..
Memang benar...itulah tanggapan yang ada pada manusia...bila seseorang ditangkap bermakna beliau bersalah...walaupun tiada bukti dikemukakan.

Inilah perkara asas yang harus GMI tekankan kepada ahli keluarga yang terlibat....jangan takut...selagi kita takut mereka akan terus menekan kita..."jangan jumpa GMI...jangan pergi SUHAKAM, jangan jumpa reporter, jika buat semua ini maka lebih lama anak atau suami anda akan merengkok di Kamunting di bawah akta ISA."

Ini dilakukan dengan segala pergerakan ahli keluarga dipantau dan diikuti, siap dengan camera dan video...untuk membuat ahli keluarga terus berada dalam ketakutan.

Namun asas yang utama juga yang perlu ditekankan pada ahli keluarga ialah.."Jangan percaya SB, Jangan percaya SB dan jangan percaya SB"....mereka ini cakap sentiasa menipu....janji tapi tak pernah dikotakan...."kalau awak duduk diam-diam,tak buat apa-apa, tak melawan, suami akan bebas cepat"..."kami akan bebaskan suami awak sebelum hari raya"...dan macam-macam janji manis lagi.


Inilah juga fakta yang harus kami tekankan pada ibu dan adik Agus Salim...jangan takut, jangan malu...ISA adalah satu alat politik..sesiapa yang ditahan di bawah ISA adalah mangsa politik pemimpin kerajaan...untuk menakutkan rakyat.

Bagi mereka yang berjuang dan cuba menegakkan Islam..juga akan menjadi mangsa ISA...mereka dituduh sebagai anggota Jamaah Islamiyyah...dikaitkan dengan Al Qaeda...dikaitkan dengan terrorist yang bermula dengan pengeboman WTC..bermula dengan kebencian Presiden Bush dengan pejuang Islam....di situlah bermulanya..maka lebih seratus orang rakyat Malaysia 'dikambing hitamkan' oleh pemimpin negara sendiri.

Rakyat Indonesia yang bermastautin di sini juga tidak terlepas dengan nasib yang malang ini...turut ditahan bertahun lamanya...namun dalam hal Hak Asasi ini...kerajaan Indonesia lebih baik dan prihatin..mereka yang dikeluarkan dari KEMTA dan dihantar balik ke Indonesia terus dibebaskan dan Bebas sepenuhnya...mereka ini dikaitkan dengan ketuanya iaitu Ustaz Abu Bakar Basyir..namun Ustas Abu Bakar Basyir diadili di Mahkamah dan didapati tidak bersalah, namun pengikutnya di Malaysia dikurung bertahun-tahun tanpa bukti yang sah.


Semalam kami membawa ibu dan adik Agus Salim untuk diwawancara oleh 2 buah stesen TV yang terkenal di Indonesia iaitu TV 1 dan RCTI Rajawali Citra Televisi Indonesia dan juga bersama seorang wartawan TEMPO, Faisal Mustafa.

Liputan Faisal di Suhakam pada hari sebelumnya telah menarik minat syarikat TV Indonesia yang ada di Malaysia yang ingin turut mendedahkan nasib rakyat mereka yang ditahan oleh kerajaan Malaysia tanpa tahu dimana mereka berada.

Wartawan ini juga telah banyak membantu usaha GMi dengan mendedahkan hal rakyat mereka yang ditahan dibawah ISA dan disiarkan rencananya di Indonesia...maka dengan berkat usaha tersebut...majority rakyat Indonesia yang ditahan di bawah ISA telah dihantar pulang ke negaranya...Alhamdulillah...

Di akhir wawancara..saudara Faisal telah memberitahu kami..."Kak, saya tanya Junaidi..apakah abangnya seorang terrorist, Jawab Junaidi...Apakah sebagai seorang pendakwah juga boleh dianggap sebagai terrorist????"..

Alhamdulillah..Junaidi faham akan situasi sebenarnya melalui pendedahan sedikit yang dapat kami berikan dan melalui pembacaan sedikit dari buku Ia Sah Aniaya...yang menceritakan tentang testimony mereka yang ditahan ISA.

No comments: