Bukit Gantang..Kemenangan Rakyat..Bukit Selambau..juga a sweet victory to all Malaysians!!!!
Satu kejayaan yang amat manis dan bermakna sekali...apatahlagi apabila DYMM Tuanku Sultan sendiri telah menafikan hak rakyat untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah MB DS Ir Nizar...dan setelah usaha Najib dan kuncunya merampas kerajaan Perak yang sah!!!
Ini pemandangan di suatu Simpang yang sibuk setelah kami keluar dari tol Cangkat Jering...meriah..
Memang betul...kami tak tahan tinggal diam di rumah dan menonton live dari computer sahaja...suami pulang dari kerja jam 3.45ptg...at 4.30 kereta kami meluncur laju di Lebuhraya PLUS....dengan seorang anak yang demam tapi tak mahu ditinggalkan.
masing2 dlm perjalanan menuju ke pusat pengiraan undi di Majlis Perbandaran Taiping mungkin. Di lebuhraya hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan. Terlihat juga beberapa buah kenderaan dengan bendera PAS, DAP dan PKR berkibaran bergerak pulang dari hala Taiping...mungkin mereka ini sudah lama berada di Bukit Gantang...tiba masa untuk pulang ke pangkuan keluarga...
Orang ramai yang mula berkumpul menunggu keputusan rasmi, walaupun keputusan tak rasmi telah meniti dari mulut ke mulut yang kita dah menang dengan majority 3000 lebih!!!
Masing-masing sibuk membelek handphone menerima dan menyampaikan berita kepada yang tidak hadir..maklumlah...nak berita kat TV..tak dapat cepat punya...suspen giller...
Berbilang bangsa dan agama...tahan diri ditimpa hujan renyai...hanya untuk sama menikmati nikmat kemenangan.
High up in the air...yes...PAS bersama Pakatan Rakyat....buktikan kemampuan untuk memerintah dengan adil dan berkebajikan
Setia menunggu di dalam hujan yang renyai2
Boleh tahan ramainya, pasti ramai lagi di serata pelusuk tempat...dalam gelap
Ha...tengok..tak tau lah upin ke ipin ke...datang juga..kena dokong dengan ayah....semangat tu upin ipin...besar nanti berjuang bersama ye..untuk Malaysia yang lebih aman sentosa untuk rakyat...betulkan?.....
Ketibaan calon P059...diarak...meraikan kemenangan walaupun keputusan rasmi belum diumumkan....
Lambaian 'First Lady Of Perak'....ha belum tentu DS Rosmah akan dapat peluang macam ni tau...jangan jeles dengan DS Fatimah Taat pulak....tu la lain kali buat baik dengan semua orang...jangan jahat-jahat...
Lambain seorang pemimpin yang melalu berbagai dugaan namun sentiasa tersenyum...dan membuatkan orang tersenyum...
...lagi lambaian mesra...
FRU setia menjalankan tugas...di halang dengan kawat besi....
Berbagai ragam tak lepas peluang raikan kemenangan....setelah gigih berjuang
Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan truck FRU ini dan banyak lagi truck lain yang sama-sama menutup tirai perjuangan di P059.....habisla duit rakyat....
On the way balik kami tertarik dengan restoran ni...so kami u-turn and masuk ke dalam...patutlah...inilah restorannya yang saya terbaca dan terlihat di blog perisik rakyat..tengok kat hujung sebelah kiri..ada banner besar...di dalam restoran pula sebelah kanan grup Ustaz Ahmad Awang dan isteri turut makan di sini..YB Sivakumar yang famous pun singgah, beserta beberapa orang pimpinan PAS pusat.
Ini pemandangan di tepi jalan sepanjang jalan utama...mereka meraikan kemenangan...genggaman erat tanda mengekalkan kemenangan rakyat...jika diganggu kami akan bangun membela!!!
Ini pula....ha....dari kaum Cina...tengok tu...mereka pun gembira...thumbs up....yessss....kita menang...good job to all...kita bersatu.......jumpa lagi.......
Sebelum keluar dari parlimen Bukit Gantang kami singgah dulu di Markas Induk di Air Kuning..terserempak dengan kereta comel dan antik ni...penuh dengan banner PAS dan calon di depan markas...baru nak ambil gambar dia dah gerak...so kami ikut belakang sampai dia belok baru boleh snap gambar...comel...slow and steady je...steady la pemandu ni...siap hon sepanjang jalan lagi...
Kami tiba di rumah dengan selamatnya jam 4.10 pagi..Alhamdulillah...memang berbaloi!!!!
Allah hu Akbar!!!!!
10 comments:
salam ummuasiah..
meriahnya suasana..tapi kami team BlogNet tak dapat join kerana sibuk menanti keputusan dan cuba memberi keputusan yang terkini kepada pelayar kami...
terima kasih kerana mengongsikan saat gembira ni di sini...
ummianni..
Alhamdulillah..gembira dpt tumpang share kemenangan..
tu la tengok dlm entry..blogger selangor pun berlabun kat sana..kalau tau..mau kami singgah sama...
isnin ni akan gerak lagi ke perak..mahkamah majistret kuala kangsar kes 9 OKT masjid Ubudiah..
if blogger perak ada yg free..jom la buat coverage and bagi moral support...
Yang membezakan....PR mempunyai penyokong tegar seperti Ummu Asiah, sanggup berjuang demi mencari keadilan dan kebenaran.
Penyokong BN tanya dulu, 'how much?'
hehehe.
Alhamdulillah..
Allahuakbar!!!
I agree sangat dengan Ariffin. memang betul pun. Kelemahan BN ialah penyokongnya perlu disogok dgn $$$$$.
InsyaAllah. PRU13 kita akan bertemu.
Pak Payne..
Alahmdulillah...ramai penyokong tegar PR..kita berjuang untuk memastikan kemenangan untuk rakyat..agar nasib rakyat terbela..
sama-sama menyumbang dan saling sokong menyokong.
Terima Kasih..
Neeza..
Ya..Alhamdulillah..lega dan puas kan..hilang debaran dan kerisauan..now kena kerja kuat untuk maintain and even menambahkan kekuatan dan kemenangan.
Allah hu Akbar!!
Insaflah..
Jika kita istiqamah dan menambahkan semangat perjuangan...pasti dengan kuasa Allah..kita pasti menang!!!
sogokan...ya...mereka jua yang membiasakan...
tentu berbeza mereka yg bekerja ikhlas untuk kemenangan dan kerana ALlah dan hanya kerana wang semata.
Post a Comment