Wednesday, 1 April 2009

SELCAT hari terakhir: Disneyland Honolulu, Orlando, Paris = "lawatan teknikal vs lawatan leisure"

Sidang pendengaran awam yang diadakan oleh kerajaan Negeri Selangor benar-benar membuka mata dan fikiran sesiapa sahaja yang mendengar dan membaca akan segala penyelewengan yang boleh dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa.

Dalam hal yang berlaku di Selangor, ianya mendedahkan bagaimana Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu dari tempoh tahun 2000-2008 telah menggunakan jutaan ringgit wang kerajaan negeri melalui anak syarikat negeri Selangor untuk meraikan dirinya dan keluarganya.
Pada masa yang sama ahli pengurusan syarikat juga turut merasa menumpang nikmatnya atas nama 'lawatan kerja atau lawatan teknikal'. Kemudiannya di dalam laporan tahunan letakkan saja selonggok sejumlah wang ke bahagian sumbangan tahunan BALKIS, atau pun sumbangan kewangan Amal Balkis. Senang bukan????
Untuk makluman juga Datin Khairiah telah diarahkan untuk bercuti selama sebulan bersama dengan Pengurus Kewangan PNSB lantaran penyiasatan yang sedang dilakukan berikutan pembelian unit apartment di Arab Saudi..Baca juga di sini mengenai pendedahan yang lebih menakutkan...keluar wang RM25 juta instead of RM8 juta yang diluluskan...semuanya semasa Khir Toyo menjadi Pengerusi PNSB dan Datin Khairiah sebagai CEOnya...Datin Khairiah mengakui dirinya sebagai akrab dengan Zaharah Kechik. Perbelanjaan yang banyak dibelanjakan ketika Datin Khairiah menjadi CEO...
Ikuti sesi soal jawab antara JK SELCAT dan CEO PNSB Datin Khairiah Abu Hassan. sambungan dari entry yang di bawah.
Dibawah adalah soal jawab untuk lawatan teknikal ke Jakarta bagi melawat perusahaan Batik di sana bagi direalisasikan di Selangor.
Soalan dari YB Saari: "Atas kedudukan apakah Khir Toyo di dalam lawatan tersebut, Menteri Besar ataupun Pengerusi PNSB?"
Datin Khairiah: "Pengerusi PNSB"
Soalan : " Adakah menjadi kelayakan membawa isteri jika libatkan Pengerusi?"
Datin Khairiah : "Boleh bawa isteri"
Soalan : "Ada procedure atau tidak tentang kelayakan siapa boleh ikut"
Datin Khairiah: "Tidak ada"
Soalan : "Jadi apakah ikut budibicara, boleh bawa anak2 dan pembantu rumah"
D.K : "tak pasti setakat mana"
YB Teng : "Apakah hasil dari lawatan tersebut"
D.K : "dah buat perancangan, sudah ada tanah untuk buat galeri tetapi terpaksa dibatalkan"

Susulan dari lawatan teknikal ke Morocco melalui London dari 17 hingga 24 Disember 2004. Lawatan ini jga singgah di Disneyland di PAris.

Perbelanjaan yang terlibat ialah sebanyak RM916,000.00 untuk dua lawatan.

diambil dari Malysiakini.

Lawatan pertama ialah kumpulan pasukan peninjau bagi meninjau tempat yang akan dilawati. Kos yang terlibat ialah RM366,000.00. Untuk ini YB Teng membuat komen "ini bukan lawatan masuk hutan yang mesti dihantar pasukan peninjau dulu untuk lihat selamat atau tidak..."

Kos untuk delegasi yang kedua pula ialah RM416,000.00. Rombongan ini juga telah singgah selama 4 hari di Dubai dan membelanjakan lagi sejumlah wang di sana. Bila ditanya kenapa singgah di Dubai, Datin Khairiah menjawab "transit" dan disambut dengan gelak ketawa dari semua yang hadir...transit sampai 4 hari!!!!.....

Sekali lagi Datin K memberi sebab lawatan ialah lawatan teknikal untuk melihat dan mempelajari tentang senibina bangunan di sana. Datin Khairiah turut serta dalam lawatan tersebut. Dia mengaku dirinya sebagai seorang Perancang Bandar bila ditanya jika lawatan teknikal mesti ada orang yang berkaitan yang turut serta seperti arkitek dan lain-lain.

Soalan : "Apakah tindakan susulan dari lawatan teknikal tersebut"

D.K : "ada dibincangkan tapi tak terlaksana"

Lawatan terkini dan mungkin yang terakhir ialah ke Honolulu dan Orlando Disneyland pada 23/12/07 hingga 1/1/2008. Rombongan ini diikuti bersama 6 orang Lembaga Pengurusan PNSB termasuk Datin Khairiah, Datin Paduka Norhayati Onn, Tn Haji Radin Mokhtar, Mohd Yusof Joned, Norizan Abu Bakar (HR) dan Pengurus Projek. Turut serta 3 orang anak-anak Menteri Besar serta seorang pembantu dan seorang anak Datin Khairiah.

Penginapan mereka di sana ialah di Walt Disney Dolphin Hotel. Penginapan untuk Khir Toyo, isteri dan anak-anak ialah di Suite Room dengan tiket penerbangan 1st Class.

Datin Khairiah menegaskan yang PNSB tidak membayar kos perjalanan anak-anak Khir Toyo walaupun tidak ada buktinya.

Kos penerbangan untuk Khir Toyo dan isteri ialah sebanyak RM 48,000.00 dan penginapan suite room RM110,000.00

Walaupun alasan mereka ke sana adalah lawatan teknikal untuk memahami konsep pembinaan Disneyland Orlando dan Disneyland Honolulu, namun mereka lansung tidak bertemu dan bermesyuarat dengan ahli pengurusan di kedua-dua Disneyland tersebut. Sebaliknya setiba mereka di sana mereka dijemput mesra oleh Kakitangan Tourism Selangor Sdn Bhd dan memasuki ke Disneyland dengan membeli tiket dan menggunakan khidmat Tour Guide sama seperti situasi orang yang pergi bercuti dan melancong.

Rombongan ini turut melawat Miami Beach dimana YB Azmin memberi komen "bahaya tu". Mereka juga melawat Kennedy Space Center, juga ke Pearl Harbour, China Town, Dinner Cruise dan Island Tour.

Alasan ke Disneyland ialah dengan harapan untuk membuat satu theme park di Bagan Lalang. Bila ditanya sudah adakah tapak tersebut dan berapa luas tanahnya, Datin Khairiah menjawap "sudah ada di Sepang Gold Coast dengan keluasan tanah 20 ekar"

YB Teng kata "kecil saja, kenapa susah-susah nak ke disneyland, pergi saja ke Genting Highland".

Datin Khairiah menyebut untuk setiap perjalanan Khir Toyo yang menetapkan tarikhnya yang kesemuanya trip ke Disneyland bertepatan dengan tarikh cuti sekolah dan peak season.

Satu lagi pendedahan ialah di dalam lawatan tersebut mereka juga telah membawa sejumlah USD30,000.00 yang menurut Datin Khairiah ianya dipegang oleh Pegawai Human Resource Puan Norizan Abu Bakar (beliau turut serta dalam sidang SELCAT duduk di sebelah Datin Khairiah).

Wang tersebut ialah untuk kegunaan perjalanan dan makan, walaupun pada hakikatnya seperti yang telah dibentangkan sudahpun termasuk dalam kos 'ground arrangement' mereka.

Pendedahan lain ialah mengenai perbelanjaan ke Hong Kong dan Tokyo pada tahun 2006 dengan perbelanjaan sebanyak RM88,388.00.

Bila ditanya Datin Khairiah menjawab lawatan kerja, bila ditanya berulang kali akhirnya Datin Khairiah terpaksa akur dengan menjawab "no specific program"...bermakna cuma lawatan leisure ke Disneyland dan shopping2 lagi.

Namun YB Haniza menarik perhatian Datin Khairiah tentang laporan kewangan tahunan PNSB, di mana letaknya jumlah tersebut. Datin Khairiah menjawab "tidak tahu" dia tidak terlibat.

YB Haniza bertanyakan adakah diletakkan jumlah yang dibelanjakan ke Hong Kong dan Tokyo di ruangan "sumbangan kewangan program2 amal BALKIS", kerana jumlah nya sama.

Akhirnya YB Teng berkata " Adakah Datin telah memberikan keterangan yang palsu untuk fakta diatas atau PNSB menganggap lawatan suka-suka ke Hong Kong sebagai program amal BALKIS?"

Datin menjawab "program amal BALKIS".

Maka Siasatan Awam yang dijalankan oleh SELCAT berakhir setakat ini sahaja. Laporannya akan dikeluarkan oleh JK SELCAT.

Ooooppss...ada satu lagi pendedahan yang juga melibatkan MAIS...didedahkan sendiri oleh CEO PNSB ini, lawatan untuk menyaksikan Moto Show di China sambil menemani DYMM Tuanku Sultan sebanyak RM88,000.00. Ikut jadual yang disertakan hanya breakfast, lunch, dinner and GOLF...

...juga beberapa kesilapan dalam pengeluaran bayaran untuk invoice perjalanan dan lawatan yang melibatkan jumlah sebanyak RM600,000.00 untuk invoice yang didapati pada awal tahun 2008 tetapi dibayar pada penghujung tahun 2008...nota di invoice bertulis "please arrange payment-21/12/08"

....issh... apakah akaun PNSB ini diaudit...banyak sangat silapnya.....

Berakhirlah sebuah episod kehidupan penuh dengan kemewahan atas wang rakyat yang dilalui oleh Khir Toyo dan isteri beserta beberapa orang lagi....juga pembayaran membuta tuli tanpa usul periksa dan soal siasat oleh anak syarikat kerajaan Negeri...jika dicampur kesemuanya entah berapa banyakkah yang telah dibelanjakan oleh mereka....sedangkan rakyat ada yang hanya mampu kais pagi makan pagi sahaja....Khir Toyo masih mahu mendabik dada kerana dia rasa dia masih selamat berada di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional.

Selamatkan Wang Rakyat!!!!!

6 comments:

Aina said...

Eeee.... seram saya baca entry ummuasiah ni sepanjang minggu ni. Mudahnya dia orang main dengan duit rakyat kan.

Patut laa saya ada dengar cerita dulu, ada sorang orang kaya tak nak bayar zakat kat MAIS, dia lebih rela distribute zakat by himself to those who really need it. Mungkin dia dah tau semua ni.

Harap SELCAT dapat korek lagi sampai ke lubang cacing....

silversarina said...

Semoga kebenaran ditegakkan , InsyaAllah.

adi360 said...

thanks kak ummuasiah...
saya dari dulu lagi geram tgk khir toyo... smpai la ni dia boleh klaim yg dia tk bersalah... kalau tk bersalah awat tk mai dtg bercakap kt SELCAT...

tp, takkan setel macam tu je?.. kalau boleh nk khir toyo tu masuk jail...

ummu asiah said...

aina..

memang menakutkan..

habis duit rakyat..tapi lagi seram dgn khit toyo sbb dia masih kata dia tk salah!!!

ummu asiah said...

Kak Rina..

akhirnya kebenaran pasti dapat ditegakkan..rakyat kena berani dedahkan.

ummu asiah said...

adi360,

mmg ye sgt geram, sampai hari ni masih ego lagi...tak pa...JK SELCAT pasti ada jalan peneyelesaiannya..mereka mungkin tidak terlatih bak kata KHir toyo, tapi mereka juga telah pelajari dari sidang open enquiry dari negara lain..bukannya susah sangat bukti dah ada dari resit, invoice dan laporan tahunan...