ISA ZALIM: tekanan demi tekanan
Isnin 6 April 2009.
"Ibu Laila, saya dapat nombor telefon ni dari seorang teman di Solo dan di minta menghubungi ibu kerana abang saya telah hilang dari tempat kerjanya.... kata kawannya, abang saya ditahan di Bukit Aman.."itulah sms pertama ku terima dari W, adik perempuan seseorang bernama Agus Salim yang dikatakan sudah ditahan dibawah ISA.
baca di sini
Begitulah bermulanya misi kami di PSK GMI untuk membantu keluarga tahanan ISA yang malang ini.Namun akhirnya setelah pertemuan dengan Agus Salim di Bukit Aman selama 4 jam dengan dikelilingi oleh SB dan gambar-gambar yang diambil oleh ramai SB..mereka akhirnya telah pergi meninggalkan rumah yang mereka tumpangi tanpa memaklumkan kepada kami, walaupun kami telahpun berusaha ke puduraya bersama mereka dan telah membeli tiket untuk pulang ke johor ke rumah tumpangan adiknya.
Sepatutnya misi terakhir untuk membantu mereka ialah untuk membawa mereka ke Kedutaan Indonesia bagi melaporkan tentang tangakapan Agus di bawah akta ISA dan peristiwa yang menimpa mereka di Bukit Aman di hari Isnin.
Walaupun kami telahpun membelikan tiket untuk mereka berdua pulang ke Johor pada jam 2 petang hari Selasa, namun akhirnya Junaidi terpaksa akur dengan desakan ibunya untuk segera pulang ke Johor dan kemudiannya terus segera pulang ke Medan.
SMS terakhir yang diterima oleh Cikgu Laila daripada Junaidi ketika mereka di dalam bas dalam perjalanan untuk ke Johor berbunyi:
"Assalamu'alaikum kak..mamak kirim salam pada semua kakak yang sudah membantu kami. Terima kasih banyak. kami sudah bisa jumpa bang agus. kak saya nanti tak nak ditelefon pihak media nanti, tolong akak aja yang jadi wakil. terima kasih banyak kak"
Kami akur dengan keputusan mereka...kami sedar akan tekanan berat yang diterima mereka...apatah lagi mereka ada orang asing di negara ini...baru tiba beberapa hari terus menerima tekanan hebat dari SB yang terkenal amat terror dalam usaha ini...lihat saja terlalu ramai ahli keluarga tahanan ISA yang sanggup berdiam diri dan tidak mahu mendedahkan tentang kezaliman yang menimpa diri....
Mereka menerima kehadiran kami dengan amat baik..dibawa masuk ke ruangan media mereka tidak seperti nasib yang diterima oleh kami setahun yang lepas apabila kami dihalau keluar dengan kasar dan angkuhnya...
Di akhir sidang media di tepi jalan...wartawan2 dari Indonesia yang menjemput kami telah memohon maaf bagi pihak kakitangan kedutaan mereka yang mengarahakan kami keluar dan cuba hentikan sidang media tersebut....namun kami jelaskan kepada mereka yang kami amat faham akan situasi sebenar...selagi isu ISA cuba ditekankan selagi itulah ada pihak yang terasa tertekan...namun perjuangan harus diteruskan...
4 comments:
salam....
ana doakan usaha antum dipermudahkan, berdebar2 jugak baca...
antum mmg hebat.....
ana ada bangkitkan dalam meeting Pejabat JIM, ana minta JIMEDIA terbitkan Sorotan2 ENTRY dalam blog cikgu laila ni...suapa dijadikan buku...
ana harap sgt ianya menjadi....
ana doakan...amin,,...
allah bersama antum.......
Bai...
mmg berdebar giller..bayangkan cikgu laila kalut sampai pakai baju terbalik..pastu relax and cool saja..
Alhamdulillah...dengan sokongan semua sahabat kita boleh jadi hebat dan bersemangat..
tadi pi PWTC..seronok tengok ramai sahabat pakat dah ada buku sendiri...
InsyaAllah dgn sokongan hebat dari JIM pasti terjadi...
Kak..
Teruskan perjuangan
Sangat berdebar membacanya..Tapi menambah semangatkan kekentalan dan motivasi diri..
Kak..bila boleh jumper lagi nie??
Atriza..
orang yg membaca berdebar??..org yg melaluinya...ada la sikit-sikit..:)
tapi bila dikenangkan mcm buat kalut saja..
InsyaAllah..bila kak laila nak buat apptmt dgn atriza..boleh akak tumpang sekali..sambil mkn2 di restoran haslam..
Post a Comment