Friday 3 April 2009

Khir Toyo lagi...."kalau ada kekhilafan saya bersedia bayar balik"

Dalam banyak-banyak media arus perdana TV, radio dan suratkhabar, buat masa ini saya hanya sekali sekala membeli akhbar SINAR Harian...boleh la juga diterima akal isinya.
Hari ini saya beli SInar Harian pun hanya kerana di Front pagenya tulis "Khir Toyo jawab SELCAT".
eeee...memang geram saya dengan bekas calon Ketua Pemuda UMNO yang sorang ni...memang tak tahu ukur langit tinggi dan rendah, masih mahu mempertahankan dirinya.
Yang herannya kenapa dia tidak mahu hadir ke sidang Pendengaran Awam SELCAT dan menjawab sendiri sambil memberikan penjelasan balas kepada ke semua keterangan seperti yang tercatat dalam entry-entry saya yang sebelum ini. Kenapa beliau memilih dan memberikan penjelasan kepada media pula di sebaliknya. Siap dengan keterangan tentang tidak benarnya segala keterangan yang sudah diberikan oleh CEO PNSB Datin Khairiah.
Yang peliknya juga kenapa CEO, Ketua Eksekutif PNSB Datin Khairiah tidak pula memberikan penjelasan seperti yang telah dijelaskan oleh Khir Toyo di mana katanya PNSB tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk perjalanan anak-anak dan pembantu Khir Toyo...macam-macam...
Bersambung lagi selepas ini...

No comments: