P059 Bukit Gantang: YES FOR NIZAR AND PAS
Maka pagi-pagi lagi kami telah bersiap-siap untuk bersama dengan kumpulan ini. Kami turut membantu mengedarkan risalah terkini GANTANG 10 kepada pengunjung pasar. Rombongan DS Ir Nizar tiba sejurus kemudian.
Dari jauh maka saya tidak pasti apa yang dibualkan oleh DS Nizar, namun ternyata tertumpu kepada beliau walau ada yang tersipu-sipu malu mungkin. Ketika kami berdiri di luar mengedar risalah kami juga berhenti bersembang dengan anak-anak Puteri UMNO ini, masih muda remaja.
Kami meminta risalah yang mereka bawa untuk berkongsi maklumat...memang jelas isi dan gambar yang tertera amat 'jahat'. Tajuknya "DAP memperkudakan PAS" lebih kurang begitulah...dengan ilustrasi kartun yang teruk. Kami memberi penerangan kepada adik-adik tadi tentang perkara sebenar...mereka tersenyum dan nampak menerima dan memahami hujah kami.
Kami menasihatkan mereka untuk berfikir dahulu sebelum menerima apa2 maklumat dan tidak terjebak dan sama-sama menanggung dosa akibat megedarkan risalah yang menghina begitu.,,mereka pula meminta risalah yang kami bawa. Mereka masih muda, berpelajaran dan mempunyai pekerjaan, sudah tentu dengan maklumat yang tepat dan terkini mereka boleh bijak menilai...dan tidak hanya mengharap habuan duniawi sahaja.
Selain dari itu kami juga terlihat sebuah banner jemputan ke Forum Perdana Ehwal Islam bersama Exco Pemuda UMNO..Lokman Adam x-ISA detainee dan seorang Ustaz...tajuk forumnya lebih kurang berbunyi "PAS amalkan ISLAM DAP".....ada ke Islam DAP...tak lojik betul...ISLAM HADHARI adalah yang diguna pakai oleh kerajaan BN.
Wah...tengok anak bujang ni..tersenyum...agaknya berbesar hati dan amat gembira bersalaman dengan MB nya...."Yes, Nizar is my MB"...mungkin itulah yang ada di fikirannya.
Kakak ni mungkin dengan spontan menghulurkan tangan untuk bersalaman...mungkin tak sangka bertemu DS Nizar...namun DS Nizar dengan sopan dan tersenyum sahaja dan mungkin berseloroh untuk tidak menyambut salam kakak ini...:)
Tengok tu....tersenyum pemuda berbangsa China ini dengan genggaman tangan yang erat...
Bermesra dan menegur seorang anak kecil lagi di luar kawasan Pasar.
Wah....tengok makcik tu...siap melambai dari jauh kepada DS Nizar...tersenyum semua...
"tunggu..tunggu...Datuk Seri"....ramai yang mengambil peluang bergamabar...saat tergempar begini...begitu berguna sebuah handphone dengan perisian camera....
Dapat duit memang biasa, dapat basikal, dapat specs adalah hanya biasa di musim pilihanraya...Bak kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang saya nampak tertulis di banner di Markas Induk di Air Kuning "BERI SALAH......TAK BERI KALAH.....JADI UMNO SERBA SALAH..."....kelakar kan...tapi dalam maksudnya..TGNA...memang bijak dalam berkata-kata yang mengena!!
Sepanjang kami berada di sana kami telah menginap di sini Taiping Golf Resort, kerana mudah untuk kami tinggalkan 3 orang anak dalam keadaan yang selesa dan selamat. Resort ini sejak sehari selepas Allahyaraham Hj Roslan ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia telah habis dibook untuk selama 10 hari tempuh kempen. Maka ketika kami berada di sana maka sibuklah kawasan resort ni...dengan orang-orang....pihak SPR pun tinggal di sini...media juga siap berkampung di sini sejak hari penamaan calon, NTV 7, TV8, STAR, Utusan Melayu dan banyak lagi..memang berebutlah ruang lobby kecil untuk penggunaan Wi-Fi..memang bertungkus lumus...namun bila keluar berita semuanya berat sebelah...memang tak adil...dan membazirkan wang sahaja....
Kami dimaklumkan...pada hari biasa rate hotel ini ialah RM120-150, namun bila time kempen naik sehingga RM250...tapi kami bernasib baik kerana menyewa dari owner maka ratenya adalah rate orang yang datang untuk 'bekerja tanpa gaji'.
4 comments:
dah la salah guna kuasa guna balai raya takde orang pulak tu haha~
Salam Kak Ummu...
Saya berasa malu dengan "puteri2 UMNO" itu...mereka berpelajaran,berilmu serta masih muda dan sepatutnya lah mereka perlu lebih matang berfikir serta membuat penilaian dengan teliti...bukannya terlalu mudah menerima apa yang cuba disogok kan...
Semoga seluruh puteri2 UMNO serta seluruh kelab UMNO di luar negara ini cepat sedar serta berubah...
MALAYSIA PERLUKAN PERUBAHAN
P/S: Kak Fakhzan kirim salam pada Akak...dia berada ditempat saya pada ketika ini...
Salam perjuangan buat Akak dan juga family di Malaysia...:-)
Dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-
Mujahid..
semua kuasa yg dipegang disalahgunakan..paling tinggi..mufti2 juga telah sama hilang daya kewarasan...memang menyedihkan..kita harus terus dedahkan pada rakyat..
Faiza..
oh..se geng dgn fakhzan ye..dah lama tak menyempat nak 'ziarah' dia..
bila pergi ziarah rumah org kat london..tenang sikit jiwa lihat pemandangan yg indah2 dan bunga2 yang mekar..:)rindu nk baca tulisan fakhzan yg sangat puitis..he..he..
tu la..kita tunggu kepulangan puteri2 anak Malaysia di perantauan pulang bersama memacu perubahan di Malaysia..tak lama lagi kami makcik2 ni semua dah sakit2 lutut dan belakang dah..kena jaga kesihatan utk terus berjuang 'memerdekakan malaysia'!!!
Post a Comment