Thursday 21 May 2009

2 Kes di Mahkamah Persekutuan Putrajaya

Pagi ini InsyaAllah saya akan ke Putrajaya...menghadiri 2 kes...(teringinnya nak jadi lawyer pulak:)

Isnin lepas dah pergi...sebutan kes samada mahkamah akan menerima atau tidak rayuan kes Tahanan ISA terhadap SPR...menuntut hak mereka untuk mengundi walaupun disumbat di dalam KEMTA.

Pada Isnin lepas Chief Justice, Tan Sri Zaki telah mengarahkan peguam Edmund Bon untuk decide samada ingin meneruskan kes rayuan tersebut atau tidak kerana sebolehnya Chief Justice tidak mahu menjadi Hakimnya kerana atas beberapa sebab yang saya takut salah pula tafsiran saya jika saya catatkan...tapi dia kata if Edmund tak kesah maka Chief Justice berjanji yang dia akan menjalankan tugas dengan adil dan competent...lebih kurang macam tulah bunyinya....dan dia kata..dia beri peluang untuk Edmund decide supaya "tidaklah nanti ada pula yang tulis dalam blog' tentang dia tidak mahu dengar kes tersebut...lebih kurang macam tulah..tapi apa yang menarik bagi saya ialah kenyataan Chief Justice berkenaan dengan penulisan dalam blog...hhhmmm..ada effect juga ya..

Tan Sri Zaki menangguhkan kes ke hari Khamis (hari ini)..Edmund minta tukar sebab dia juga perlu hadiri kes rayuan DS Nizar pada waktu dan hari yang sama...Tan Sri Zaki kata tak apa...it is just at the same place..just next to the corridor..lebih kurang macam tulah..kiranya bila edmund keluar dari kes tahanan ISA..terus masuk ke pintu hadapannya ke kes DS Nizar pulak...

Ramailah hari ini di Palace of Justice...

Semuanya menuntut keadilan..moga Hakimnya juga boleh mengekalkan prinsip Keadilan....

No comments: