Ayuh Kaum Wanita/IBU...Bantu Hentikan Kezaliman ISA!!!!!
Awal pagi semalam saya bercadang untuk ke Kompleks JIM untuk bersama menghadiri sidang Media Wanita JIM sempena Hari Ibu, namun kemudian menerima sms dari Nalini tentang berita penangkapan 14 orang aktivis termasuk 5 orang peguam dan selebihnya adik-adik aktivis dari DEMA.
Salah seorang peguam terbabit ialah Fadiah yang merupakan AJK GMI. Adik-adik DEMA yang kesemuanya Chinese ialah yang kuat membantu GMI dan mereka juga terlibat dalam AJK majlis DEBAT yang akan berlansung hari ini...maka saya melencong destinasi saya ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta instead...
Ramai peguam memenuhi ruang legar Mahkamah...semua serba hitam....nasib baik saya juga berpakaian serba hitam...ada juga tanjak sebagai peguam.
Pulang...saya menyinggah pula ke satu tempat favourite saya, terjumpa pula seorang sahabat....kami berbincang dari hati-ke hati mengenai pelbagai perkara...perbincangan kami berlansung di dalam kenderaan berkilometer juga jauhnya...namun Alhamdulillah...beban yang ditanggung oleh kami berdua terasa tertumpah jua keluar sedikit.
Ketika itu juga menerima berita terkini yang mengatakan bahawa 13 orang tahanan ISA dibebaskan oleh kerajaan termasuk YB Manoharan. Maka sudah tidak ada lagi tahanan ISA Hindraf di KEMTA. Namun suami Cikgu Laila masih belum dibebaskan...apakah muslihat di sebalik semua ini..?????
Bosan...bosan...bosan....zalim....zalim...zalim...kita marah...sedih...geram...apa pulak perasaan ahli keluarga mereka...
Namun kemudiannya mendengar pulak berita..ada seorang lagi ditahan di bawah ISA...semalam juga....
kenapa asyik pilih angka 13 ni....hari tu pun bebas 13 juga...lepas tu tangkap 3 orang...semalam bebas 13 lagi..tangkap seorang lagi....
Awal-awal pagi ini menerima panggilan yang dari Ustazah Nuridah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga AJK GMI....menaikkan sikit semangat...InsyaAllah...kaum wanita akan bangun menuntut keadilan keatas semua tahanan ISA terutamanya kepada Mat Sah Satray suami kepada Cikgu Laila dan ayah kepada Suhaib yang masih belum dibebaskan walaupun sudah lama dan paling lama merengkok di KEMTA..
Anda pembaca yang dikasihi sekelian terutama sekali kaum wanita...bagaimana???....tidak mahukah anda bersama kami bangun membela nasib wanita yang dizalimi ini????..
Marilah kita sama-sama hentikan kezaliman ini dan hentikan penderitaan mereka...
2 comments:
Apalah lagi yg hendak di kata. kalau saya di tempat kak laila tak tahulah. tak tertanggung agaknya.teruskan anda wanita2 gagah punya prinsip dan istiqamah pada perjuangan menegakkan yang hak dan melawan kebatilan. Sesungguhnya tak mudah untuk menang, lagi kita usaha lagi itulah kita diuji.... dan akhirnya pasti Allah memberi kemenangan pada kita. Beruntunglah zuriat2 anda mempunyai umi2 yg hebat.
sham,
Alhamdullah..adanya penguat semangat seperti keluarga Pak KS and Mama kakak dan adik
Post a Comment